CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Spokojan', Pikat Dan Bunuh Nyamuk

6-3-2014 12:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8173| Komen: 22

Description: Beliau Juga Ingin Memperkenalkan Penggunaan Ubat Lingakaran Nyamuk Itu Dengan Pasu Seramik Yang Mampu Mengurangkan Risiko Kebakaran Dan Tiupan Angin Selain Abu Sisa Pembakaran Dapat Dikumpul Terus Ke ...
KUALA LUMPUR: Lingkaran nyamuk selalunya digunakan untuk menghalau nyamuk.

Namun penemuan terbaru kajian Universiti Malaya (UM) berjaya menghasilkan lingkaran nyamuk yang mampu menarik perhatian nyamuk lantas membunuhnya.

Ia kerana "Spokojan" mengandungi gabungan bahan feromon dan racun serangga yang disifatkan ciptaan pertama seumpamanya di dunia.
  

  


Ia kajian yang berjaya dihasil dan dipatenkan penyelidik Prof Dr Sazaly Abu Bakar selepas 5 tahun melakukan penyelidikan.

"Feromon bahan kimia bila letak bila kita bakar dia akan menarik nyamuk datang ke lingkaran nyamuk itu dan nyamuk sanggup mati kerana dalam lingkaran ada racun serangga dan apabila mati nyamuk dan datang dan hidu dan mati." ujar Prof Sazaly yang juga Ketua Jabatan Mikrobiologi Perubatan UM.

Kajian dalam makmal membuktikan nyamuk sanggup menghampiri lingkaran nyamuk kerana bau feromon.

Jutaan nyamuk berjaya dibunuh menggunakan produk itu sepanjang menjalankan kajian berkenaan.

Bagaimanapun feromon telah lama digunakan dan bukan konsep baru.
  

  


"Naluri haiwan dan serangga ini secara semulajadi akan tertarik kepada feromon. Contoh seperti kita memakai wangian bukan sahaja bau wangi tetapi ia mempunyai suatu bau yang unik. Kajian di negara luar feromon digunakan untuk serangga lain dan kami melihat potensi itu untuk nyamuk."

Tambah Prof Sazaly, bahan yang digunakan dalam Spokojan mematuhi standard diluluskan kementerian kesihatan dan feromon daripada tumbuhan yang tidak ada beri kesan kepada manusia haiwan atau persekitaran.

Sazaly melihat Spokojan boleh digunakan sebagai suatu produk gaya hidup dengan meletaknya di luar rumah.
  
  


Beliau juga ingin memperkenalkan penggunaan ubat lingakaran nyamuk itu dengan pasu seramik yang mampu mengurangkan risiko kebakaran dan tiupan angin selain abu sisa pembakaran dapat dikumpul terus ke dalam pasu khas itu.

"Kalau ada produk ini, kita boleh buat fogging sendiri depan rumah tidak perlu alat mahal hanya lingkaran nyamuk dan pasu kita letak di luar sudah cukup membunuh nyamuk." tambahnya.

10

Bagus
14

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
13

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NIXAR 6-3-2014 10:49 AM
bagus produk ni. menarik nyamuk pastu bagi mati bukan halau nyamuk.
Quote Cakkkk....aaaa 6-3-2014 10:55 AM
bagus....

cuma nyamuk tengah angau bercinta je yg akan menjadi mangsa... agaknya...

nyamuk yg laparkan darah akan tetap cari mangsa..
Quote NIXAR 6-3-2014 11:11 AM
Kajian dalam makmal membuktikan nyamuk sanggup menghampiri lingkaran nyamuk kerana bau feromon.

Jutaan nyamuk berjaya dibunuh menggunakan produk itu sepanjang menjalankan kajian berkenaan.


dah buat test dah, mesti jutaan ni termasuk yg x mabuk bercinta
Quote AdamBillionaire 6-3-2014 11:22 AM
momode dengan momode bersembang peYno tepuk tangan
Quote ren0_0 6-3-2014 11:25 AM
@asyura85 ex-boss u lar~~~
Quote the_killer 6-3-2014 11:26 AM
ketuanan nyamuk tak marah ka? hak nyamuk untuk hidup terganggu
Quote shiro82 6-3-2014 11:33 AM
ada tgk tadi dekat astro awani.....tak mahal pun dalam RM3 sekotak dalam tu ada 20 lingkaran tahan sampai 12 jam. Tp tak sebut lagi kat mana boleh carik,kalo ada mmg nak beli,yang lingkaran sedia ada tu bahaya....bau kuat sangat. aku kalo kene semalam esok confirm demam 2/3 hari......
Quote spiderman80 6-3-2014 11:49 AM
Aktivist haiwan tak nak protest ke? Kejam betul produk ni!!
Quote saden 6-3-2014 11:52 AM
dia ni keturunan Croatia kah?
Quote cmf_kunyit 6-3-2014 11:53 AM
harga mesti 5 x ganda mahal la ni..
Quote Cakkkk....aaaa 6-3-2014 11:55 AM
NIXAR posted on 6-3-2014 11:11 AM
dah buat test dah, mesti jutaan ni termasuk yg x mabuk bercinta

pheromone ni kena hati2 gak...

kang benda lain pun datang gak berkerumun...
Quote NIXAR 6-3-2014 11:56 AM
Cakkkk....aaaa posted on 6-3-2014 11:55 AM
pheromone ni kena hati2 gak...

kang benda lain pun datang gak berkerumun...

mcm lebah eh?

Quote hyie 6-3-2014 12:00 PM
masa sekolah dulu ada kawan aku nama nyamuk
Quote Cakkkk....aaaa 6-3-2014 12:00 PM
NIXAR posted on 6-3-2014 11:56 AM
mcm lebah eh?

lebah dan mcm2 serangga lain...... yg sedang dilamun cinta...
Quote Cakkkk....aaaa 6-3-2014 12:01 PM
hyie posted on 6-3-2014 12:00 PM
masa sekolah dulu ada kawan aku nama nyamuk

off topic...

mod... potong credit dia  ni...
Quote NIXAR 6-3-2014 12:02 PM
Cakkkk....aaaa posted on 6-3-2014 12:00 PM
lebah dan mcm2 serangga lain...... yg sedang dilamun cinta...

errmmmmmm......asalkan yg bukan menjalar dah la. takut
Quote Tok_Batin 6-3-2014 12:09 PM
Mana nak beli? bagus konsepnya bukan menghalau nyamuk tapi menarik. Boleh bawa camping or ke hutan.

Cuma kena tengok keberkesanan. Yang sedia ada di pasaran macam nak membunuh orang pulak rasanya.
Quote NIXAR 6-3-2014 12:19 PM


pernah guna yg ni dulu. ok jugak x pakai letrik
Quote NIXAR 6-3-2014 12:20 PM


ni kaki ubat nyamuk ni consider antik dah ni

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.106356 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top