CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dek Gegancu, Tapak Kaki Putus

27-2-2014 04:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9595| Komen: 43

Description: Bagaimanapun Tindakannya Itu Menyebabkan Kaki Kirinya Termasuk Ke Dalam Gegancu Tanpa Disedari Menyebabkan Dia Terjatuh Dari Motosikal Ketika Bapa Saudaranya Membelok Untuk Ke Satu Gerai Pisang Goreng ...
Kuala Terengganu: Sukar untuk membayangkan kesengsaraan seorang budak lelaki berusia enam tahun Kampung Wakaf Beruas, di sini, kerana bukan saja kaki kirinya tersepit pada gegancu motosikal, malah sebahagian tapak kakinya itu putus, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Muhammad Farhan Haikal Aminudin Afandi baru keluar dari kedai bunga ibu saudaranya dan membonceng motosikal ditunggang bapa saudaranya yang berusia 31 tahun untuk pulang ke rumah di kampung sama.

Dalam perjalanan, Muhammad Farhan Haikal dikatakan menggerakkan badannya untuk menyimpan wang RM2 yang diberi ibu saudaranya ke dalam poket seluar.

Bagaimanapun tindakannya itu menyebabkan kaki kirinya termasuk ke dalam gegancu tanpa disedari menyebabkan dia terjatuh dari motosikal ketika bapa saudaranya membelok untuk ke satu gerai pisang goreng.

Menurut ibu mangsa, Aira Hartieny Mahad, 28, adik iparnya terkejut melihat anak sulungnya daripada dua beradik itu tiba-tiba terjatuh dari motosikal.

Katanya, adik iparnya yang panik melihat kejadian itu segera menghentikan motosikal dan mengangkat anaknya yang mengerang kesakitan.

“Ketika mengangkat Muhammad Farhan, adik ipar tambah terkejut apabila mendapati separuh kaki kiri anak saya sudah putus akibat tersepit pada gegancu motosikalnya.

“Dia yang panik terus mengambil cebisan daging kaki Muhammad Farhan yang terjatuh berdekatan motosikal dan membawanya bersama Muhammad Farhan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan bantuan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui, semalam.

Surirumah itu berkata, ketika kejadian dia berada di rumah dan bergegas ke HSNZ sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, setiba di hospital dia tidak dapat menahan sebak selepas melihat sendiri keadaan kaki kiri anaknya yang putus.

Katanya, harapan untuk melihat kaki anaknya pulih berkecai apabila doktor memaklumkan kaki anaknya gagal disambung kerana bahagian cebisan kaki itu sudah hancur.-mymetro


AIRA Hartieny menenangkan Muhamad Farhan Haikal yang cedera di kaki akibat tersepit  gegancu motosikal.

2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 27-2-2014 07:41 AM

AIRA Hartieny menenangkan Muhamad Farhan Haikal yang cedera di kaki akibat tersepit  gegancu motosikal.

p/s nama emak mcm retis...
Quote fifie_olin 27-2-2014 08:09 AM
siannya ...
sebaya anak aku lak tu
Quote Pailang 27-2-2014 08:18 AM
Baik mati jer.. HUMBAN budak ni ke syurga.  Dari terus menderita
Quote Pailang 27-2-2014 08:21 AM
fifie_olin posted on 27-2-2014 08:09 AM
siannya ...
sebaya anak aku lak tu

Fefeeling ibu ker?? Ewah, aku dah pandai guna perkataan 'fefeeling' sejak berkwan dgn @MissNigga  nih.. lps ni perkataan iols dgn uols llak nyah...
Quote fifie_olin 27-2-2014 08:27 AM
Pailang posted on 27-2-2014 06:21 AM
Fefeeling ibu ker??  Ewah, aku dah pandai guna perkataan 'fefeeling' sejak berkwan dgn @MissN ...

op kos la nok...
dh aku ni golongan mak2...
mestila terasa gak...wpon anak org lain...
anak aku pon boy gak...lg la terasa tawwwww
jauh la hendaknya jd kt anak2 aku...
Quote MissNigga 27-2-2014 08:30 AM
Pailang posted on 27-2-2014 08:21 AM
Fefeeling ibu ker??  Ewah, aku dah pandai guna perkataan 'fefeeling' sejak berkwan dgn @MissN ...

Teruskan usaha uolz noqs... jgn uolz tak tau... bahasa ponen merupakan bahasa kedua rasmi kat porem ni...
Quote Pailang 27-2-2014 08:30 AM
fifie_olin posted on 27-2-2014 08:27 AM
op kos la nok...
dh aku ni golongan mak2...
mestila terasa gak...wpon anak org lain...

Aminnn..






Quote tobby 27-2-2014 08:37 AM
gegancu ni bahasa sakai ke bahasa melayu kurun ke berapa?
Quote tobby 27-2-2014 08:38 AM
tongkatwaran75 posted on 27-2-2014 07:41 AM
AIRA Hartieny menenangkan Muhamad Farhan Haikal yang cedera di kaki akibat tersepit  gegancu motos ...

nama Aira  ...  tak padan dgn muka & umur
Quote MengkuduMasam 27-2-2014 08:40 AM
gegancu tu menatang ape?

sprocket kah? sbb blh kiri kan...
Quote Pailang 27-2-2014 08:41 AM
MissNigga posted on 27-2-2014 08:30 AM
Teruskan usaha uolz noqs... jgn uolz tak tau... bahasa ponen merupakan bahasa kedua rasmi kat pore ...

Nyah, maksud gegancu tu ape?? Gegancu tu bahasa gomen jugak ke uols??
Quote Cik_Eena 27-2-2014 08:52 AM
geguncu....rantai moto ke.... maap ampun xtau ni...mohon pencerahan kene lahar la koi ni krg
Quote kenarikelabu 27-2-2014 09:01 AM
Tang belah mana GEGANCU tuh??? Pirst time dgr nih...
Quote MissNigga 27-2-2014 09:14 AM
Pailang posted on 27-2-2014 08:41 AM
Nyah, maksud gegancu tu ape?? Gegancu tu bahasa gomen jugak ke uols??

Iols pun x paham noks... iols mana reti mana2 part motosikal ni uols... ni kena tanya abe2 rempit uols
Quote rospinki 27-2-2014 09:28 AM
Oo gegancu nama benda kt rim tu ya..
Quote niceghost2005 27-2-2014 09:35 AM
rospinki posted on 27-2-2014 09:28 AM
Oo gegancu nama benda kt rim tu ya..

Dulu kami panggey spoke rim............kalau betoi laaa

Quote revolusi_30 27-2-2014 09:38 AM
Gengancu tu spoket kah??  
Quote andygila 27-2-2014 09:47 AM
Gegancu tu natang bende? Aky dok pahang lasung.
Quote cmf_kunyit 27-2-2014 09:58 AM
kdg-2 perasan juga ada pemilik motor tak pasang cover rantai/sproket ni, tu yg buat bahaya klu ada penumpang blkg..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.066249 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top