CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video 'Onederful': Teresa Enggan Mohon Maaf

4-2-2014 12:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10753| Komen: 101

Description: Shah Alam - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Hari Ini Menegaskan Beliau Tidak Akan Memohon Maaf Sekali Gus Mempertahankan Video Sempena Tahun Baharu Cina Yang Dilakonkannya Hanya Sebagai Lawak Jenaka ...


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa kok hari ini menegaskan beliau tidak akan memohon maaf sekali gus mempertahankan video sempena Tahun Baharu Cina yang dilakonkannya hanya sebagai lawak jenaka yang disasarkan kepada kaum Cina.

Menurutnya, video sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu merujuk kepada isu semasa dan tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak.

"Minta maaf? Siapa makan cili dia terasa pedas.

"Video itu dalam dialek Mandarin dan Kantonis, saya tujukan untuk golongan yang faham bahasa itu.

"Saya juga hanya lakukan untuk tujuan lawak jenaka sempena Tahun Baru Cina, jangan serius sangat, ia hanya (watak) khayalan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengecam tindakan Teresa ekoran penerbitan video berjudul 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang disifatkan berunsur hasutan, mengancam perpaduan dan keharmonian negara ini.

Ketua Pemudanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, pihaknya mengutuk tindakan Teresa itu yang dianggap biadab.

Mohd Razlan berkata, video berdurasi 11.39 minit itu mungkin dilihat sebagai jenaka oleh sesetengah pihak, bagaimanapun, ia tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Parlimen.

“Kami mengutuk video ini yang bersifat perkauman. Kami kecam video ini yang boleh menggugat keharmonian rakyat,” katanya.

Pandangan sama turut dikongsi oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Saya berharap sungguh agar tindakan diambil tentang perkara ini. Keselamatan di negara ini antara perkara yang cukup penting," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini.

9

Bagus
8

Marah
13

Terkejut
15

Sedih
7

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote crossfire 3-2-2014 10:01 AM
China DAP biasalah semuanya TAIKOR..dlm cari nie pun ada TAIKOR soraang..
Quote shamsadis 3-2-2014 10:02 AM
Hanya lawak jangan amik seius-teressa kok cina

Dan Melayu Pakatan Rakyat akan bertakbir sokong....tang bila ada pertahankan kaum dan agama mereka akan dibalas dengan caci maki racist katanya oleh Melayu Pakatan Rakyat...
Quote pakwetizzaqyah 3-2-2014 10:08 AM
Mohd Razlan berkata, video berdurasi 11.39 minit itu mungkin dilihat sebagai jenaka oleh sesetengah pihak, bagaimanapun, ia tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Parlimen.



ia tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Parlimen. lol
Quote din_atos 5-2-2014 12:12 AM
Video ttg apa? Mnta tlg beri pencerahan..
Quote Muntz 5-2-2014 12:29 AM
Video nie racist ker? Bab mana ek? Tapi kalau ngutuk org Sabah ada lar kut.
Quote NyuNyu 5-2-2014 04:16 AM
Menghina bik mama katanya
Quote -electrifying- 5-2-2014 10:34 AM
ni just wat kmbg hitam mengalihkan isu2 pntg je.
Quote soulnazri 5-2-2014 01:46 PM
pakwetizzaqyah posted on 3-2-2014 10:08 AM
ia tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Parlimen. lol

LOL..ni bini dia la..ko jeles ke
Quote pakwetizzaqyah 5-2-2014 03:44 PM
soulnazri posted on 5-2-2014 01:46 PM
LOL..ni bini dia la..ko jeles ke

itu gambar bulum jadi bini maaaaaaaaaaaaa
Quote gede-bab 5-2-2014 03:45 PM
Muntz posted on 5-2-2014 12:29 AM
Video nie racist ker? Bab mana ek? Tapi kalau ngutuk org Sabah ada lar kut.

Muntz tak terasa sebab mu orang Sarawak...
Quote robotech 5-2-2014 03:50 PM
pakwetizzaqyah posted on 3-2-2014 10:08 AM
ia tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Parlimen. lol

Lawak goyim apakah ini wahai goyim? Bukankah hubungan goyim mereka sudah jadi halal sebab dah bernikah mengikut agama Islam yang syumul?
Quote robotech 5-2-2014 03:59 PM
Mengapa ummah Melayu goyim UMNO perlu terasa sedangkan video goyim ADUN Seputeh itu tidak rasis bagi mana2 ummah goyim yang lain?

Menghina ummah goyim Sabah? Melainkan ada bangsa goyim yang sepupu sepapat dengan ummah goyim Sulu lanun perompak penculik asal goyim Pinoy sahaja yang akan terasa.

Saksikan sahaja video khusus untuk semua ummah goyim Malaysia ...

[youtube]JtsRcId70bk[/youtube]
Quote cipOt_cedOt 5-2-2014 04:01 PM
dah pandai main lawak... lawak plak... ekekeke...

jom buat lawak tarik panties amoi cam kat Jepon tu nak tak... lawak jer pun... jangan amik ati... ekekeke...

simpan sikit-skit lama-lama jadi diamond... ekekeke... Last edited by cipOt_cedOt on 5-2-2014 04:03 PM

Quote sup@rm@n 5-2-2014 04:04 PM
Punyala byk lagi mende berbentuk perkauman yg dibiarkan begitu sahaja dan seolah2 pejam sebelah mata.

Malu aku sedara semelayu dan seIslam buat camtu
Quote pakwetizzaqyah 5-2-2014 04:10 PM
robotech posted on 5-2-2014 03:50 PM
Lawak goyim apakah ini wahai goyim? Bukankah hubungan goyim mereka sudah jadi halal sebab dah bern ...

pala hotak ko merepek ape?
Quote kecimpret 5-2-2014 04:12 PM
Semalam, Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengecam tindakan Teresa ekoran penerbitan video berjudul 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang disifatkan berunsur hasutan, mengancam perpaduan dan keharmonian negara ini.


Quote robotech 5-2-2014 04:13 PM
cipOt_cedOt posted on 5-2-2014 04:01 PM
dah pandai main lawak... lawak plak... ekekeke...

jom buat lawak tarik panties amoi cam kat Jepon ...

Namun begitu, video lawak ummah goyim mata sepet oleh si goyim pembangkang Teresa Kok hanya mampu mencapai 250,000+ 'views' lebih sahaja.

Tapi namun begitu, video lawak kangkung oleh ulil amri ummah goyim 1UMNO 1Malaysia telah mencapai lebih 970,000+ 'views' lebih dilihat para ummah goyim di Malaysia dan bakal mencecah 1 JOTA tak lama lagi.

Wahai goyim2 1UMNO-BN, ini satu pencapaian teramat membanggakan!



Quote Al-Patih 5-2-2014 04:15 PM
Teresa Kok buat laporan polis selepas ugutan klip video Tahun Baru Cina
"Saya turut menerima banyak pesanan teks dan pesanan Whatsapp yang biadap yang mengancam keselamatan saya ," katanya kepada wartawan selepas membuat laporan polis di  Balai Polis Tun H S Lee.
Kesal dengan kecaman tersebut, katanya, sebagai warga Malaysia beliau mempunyai hak menghasilkan satira politik.
Malah beliau juga menuntut menteri Umno, Datuk Shafie Afdal, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shabery Cheek untuk menghentikan serangan terhadapnya.
Menurut Kok, beliau merasa hairan apabila menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu boleh menuduh beliau menghina insiden Lahad Datu walhal dalam video tersebut, langsung tidak menyentuh mengenai kejadian tersebut.
"Ini sememangnya perkara biasa dilakukan menteri Kabinet Umno untuk mengalihkan isu sebenar, iaitu beban kenaikan kos kehidupan dengan sengaja mencetuskan sentiman perkauman.
http://www.themalaysianinsider.com/


meke ni dah ..muflis modal ...

Last edited by Al-Patih on 5-2-2014 04:18 PM

Quote robotech 5-2-2014 04:16 PM
pakwetizzaqyah posted on 5-2-2014 04:10 PM
pala hotak ko merepek ape?

Goyim oh goyim? Patutlah bangsa terpilih Elohim iaitu Bani Israel memandang rendah akal kamu si goyim kerana gagal memaksimumkan kepala otak yang dianugerahkan Elohim kepada kamu untuk membaca teliti post yang ditaip oleh saya itu bagi menjawab post awal kamu wahai goyim.

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.246552 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top