CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peragut Ragut Cucu Dan Nenek Di Belasah!

27-1-2014 12:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10891| Komen: 38

Description: Menurutnya, Dalam Perjalanan, Dia Tidak Menyedari Dua Lelaki Berusia 20-An Yang Menunggang Honda Ex5 Mengekori Sebelum Menghampiri Dan Menghimpit Motosikalnya Serta Mencapai Tas Tangan Dalam Raga Moto ...

Gambar hiasan


Kuala Terengganu: Hasrat dua lelaki membelanjakan ‘hasil’ ragut yang diperoleh daripada seorang warga emas tidak kesampaian apabila dicekup penduduk Kampung Beladau Pulau, di sini, kelmarin.

Tidak cukup dengan itu, dua lelaki terbabit ‘dikerjakan’ penduduk yang mengikat mereka pada pokok untuk tatapan penduduk yang sudah lama berang dengan jenayah ragut yang berleluasa di situ.

Mangsa Sepinah Ismail, 61, dari Kampung Beladau Selat berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang, dia bersama cucunya Nur Ain Hidayah Abdullah, 7, menaiki sebuah Honda Cup untuk ke kenduri kahwin di Kampung Beladau Pulau.

Menurutnya, dalam perjalanan, dia tidak menyedari dua lelaki berusia 20-an yang menunggang Honda EX5 mengekori sebelum menghampiri dan menghimpit motosikalnya serta mencapai tas tangan dalam raga motosikal.    “Motosikal hilang kawalan dan saya serta cucu terus tersembam atas jalan sebaik lelaki menghimpit motosikal kami.

  “Sebaik mencapai beg tangan, dua lelaki berkenaan terus melarikan diri ke dan saya pening kerana muka dan dagu terhentak kuat pada jalan.

  “Ketika itu, saya hanya memikirkan keadaan cucu yang luka di tangan dan badan sebelum kami dibantu penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Sementara itu anak mangsa Mohd Damhuri Abdullah, 38, berkata, tindakan dua lelaki melarikan diri ke jalan mati di Kampung Beladau Pulau membawa padah apabila dikepung penduduk yang melihat kejadian.

Penjual ikan itu berkata, penduduk berjaya menangkap seorang suspek manakala seorang lagi ditangkap ketika bersembunyi dalam semak di kampung itu, sejam kemudian.

Katanya, ketika kejadian, dia berada di Kampung Laut untuk menghantar ikan dan bergegas pulang sebaik dimaklumkan kejadian itu oleh seorang ahli keluarganya.

“Sebaik sampai, saya lihat dua peragut berkenaan diikat pada pokok dan penduduk menghubungi pihak berkuasa untuk membawa mereka ke balai untuk siasatan lanjut.

“Ibu dan anak saudara saya dibawa ke HSNZ untuk rawatan lanjut dan doktor terpaksa merawat bahagian mata kanan serta menjahit 10 jahitan di bawah dagu ibu.

 “Saya lega kedua-dua penjenayah berjaya ditahan penduduk yang selama ini berang dengan kegiatan ragut yang kerap dilaporkan berlaku di kampung ini,” katanya.

6

Bagus
17

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honeybee1802 26-1-2014 06:04 AM
Ptt ikat kat pokok ltk krengga barang sebaldi..
Quote imransulaiman 26-1-2014 07:33 AM
tiada gambar peragut? gambar selfie pun jadilah...
Quote munchkin 26-1-2014 08:24 AM
Ikat je ke? Kalau aku ambik tebuan biar gigit derang. Geram betul . Jahanam punya manusia
Quote mak_wa95 26-1-2014 08:54 AM
20an vs 61...
penagih dadah lelaki vs opah..

padan muka dah kena tangkap
Quote matdue77 26-1-2014 08:55 AM
KOnfirm jadi sayur dah dua ekor setan nie....
Quote magnus 26-1-2014 08:56 AM
Taik dadah la ni...pdn muka..untung tak ko
Quote almari_buruk 26-1-2014 09:15 AM
terengganu ni penuh dgn mat dadah ja ka hah
Quote lady_rara 26-1-2014 09:19 AM
takde adegan debik mendebik ke?
kurang2 bagi lempang sekali sorang dek orang2 kampung..
Quote DARSITA 26-1-2014 09:22 AM
Kalau aku lah kan pakat pakat tolak muka dua orang ni atas jalan biar mereka tau betapa sakitnya jatuh motor dan muka tersembam atas jalan.

Tapi jangalah pulak ada yang ambil bideo nanti banyak pulak yang rasa simpati pada dua lahabau ini.
Quote jengkoil 26-1-2014 09:23 AM
Honda cup lampu bulat = honda samah ....   
Quote PulutDereyan 26-1-2014 10:26 AM
dasatnyer.. pkoi 4 pagi dh bukak tret..


Quote PulutDereyan 26-1-2014 10:28 AM
kasi ikat perompak tu kt moto honda cup terbabit..
lpas tu heret atas jln tar keliling Kampung Beladau Pulau tersebut..
Quote azilamie2 26-1-2014 11:18 AM
cilakak punye peragut
Quote PenjualAPAD 28-1-2014 09:49 AM
padan muka jadi lauk, buat la lagi perangai macam setan
Quote starbee 28-1-2014 02:02 PM
memalukan ummah jer dorang nie... letak dorang dlm lokap letak dadah segunung... jgn bg air ke makanan ke pape... biar mati kejung... nak sgt dadahkan...  
Quote niceghost2005 28-1-2014 02:18 PM
lady_rara posted on 26-1-2014 09:19 AM
takde adegan debik mendebik ke?
kurang2 bagi lempang sekali sorang dek orang2 kampung..

Ganaih nya hang nie..................lady_rara
Nak buat mcm kat Kedah tu kaaaaa

Di lemaskan, then di ikat kat pokok tepi jalan.
Di buka seluaq n keluaqkan punai.....

Nie mesti ada MESSAGE yg nak di sampaikan.
Quote perang_candu 28-1-2014 02:22 PM
Peragut ni layak kalu disuruh makan rumput,.
Quote mikasa 28-1-2014 02:23 PM
Lain kalau nak duit...jangan laa gi ragut pastu tolak motorsikal mangsa sampai jatuh. Cuba minta elok2. Setakat nenek tua je. Bukan bole melawan sgt pun.nasib baik umur nenek panjang. Kalau tak mau lumpur ko dikerjakan
Quote salimrock 28-1-2014 02:27 PM
almari_buruk posted on 26-1-2014 09:15 AM
terengganu ni penuh dgn mat dadah ja ka hah


errmm...wa kalo buleh tak nak kutuk..tp nampak gayanye mcm tu lah..he.he..


penah skali member wa org ganu nak kawin pompuan johor..bapak pompuan ni selamba je tanya..ko asal ganu...ko dgn kawan2 ko ni isap dadah tak?

Last edited by salimrock on 28-1-2014 02:30 PM

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.062869 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top