CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Pun Tetap Jadi Mangsa Samun

22-1-2014 10:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3292| Komen: 4

Description: Dalam Kejadian 12.30 Tengah Hari, Ketika Mangsa Berusia 66 Tahun Itu Berseorangan Di Rumahnya Di Kampung Seberang Marang Di Sini, Suspek, 27, Datang Meminta Mangsa Mengikutnya Ke Chalet Itu Untuk Mene ...
MARANG - Seorang wanita trauma selepas disamun seorang lelaki yang dikenalinya bersenjatakan parang, selepas diperdaya mengikut lelaki itu ke sebuah chalet di sini untuk membantu menyelesaikan masalah rumah tangga suspek.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari, ketika mangsa berusia 66 tahun itu berseorangan di rumahnya di Kampung Seberang Marang di sini, suspek, 27, datang meminta mangsa mengikutnya ke chalet itu untuk menemui isteri suspek. 


"Namun ketika tiba di chalet berkenaan, suspek terus membawa mangsa ke kawasan belakang pantai dan mengacukan parang di leher mangsa,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner K. Manoharan kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, rantai dan gelang tangan emas mangsa disamun suspek yang berasal dari Marang itu, namun warga emas itu tidak dicederakan dan ditinggalkan di pantai berkenaan.
Beliau berkata, gerakan memburu suspek giat dijalankan kerana dia mempunyai beberapa rekod jenayah dan dikehendaki polis. 

Gambar hiasan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ip_lepat 22-1-2014 12:19 AM
bangsat btl..
Quote nurul_akmar 22-1-2014 06:51 AM
bodo  betul. umur dah 27 pon, xleh fikir.
Quote ikanmasin 22-1-2014 08:47 AM
bahaya btl skrg ni..mmg susah nak pecaya sapa2 lg...
Quote surwanis 27-1-2014 10:47 AM
acik ni kenal ke penyamun tu...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.512839 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top