CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menantu VS mertua

13-1-2014 10:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14172| Komen: 121

Description: Mahligai Yang Dibina Selama 12 Tahun Akhirnya Terputus Angkara Sihir Ibu Mentua. Itu Nasib Malang Dialami Seorang Wanita Yang Hanya Mahu Dikenali Sebagai Maznah, 38, Dari Bandar Raya Ini.



Kuala Terengganu: Mahligai yang dibina selama 12 tahun akhirnya terputus angkara sihir ibu mentua. Itu nasib malang dialami seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Maznah, 38, dari bandar raya ini.

Menurut Maznah, ibu mentuanya sanggup menjadikan anak lelakinya ibarat kekasih dengan memberi layanan ‘kelas pertama’ supaya dia cepat cemburu.

Katanya, dia mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya kira-kira 12 tahun lalu, namun selepas tiga tahun melayari alam rumah tangga, ibu mentuanya mengambil alih peranan sebagai isteri.

“Dia melayan suami tidak ubah seperti mereka pasangan kekasih dengan memberi panggilan manis kepada suami saya.

“Walaupun mempunyai anak lain, ibu mentua tetap memberi lebih perhatian kepada suami dalam pelbagai hal,” katanya.

Katanya, ibu mentuanya didakwa mengamalkan ilmu sihir bagi memisahkan dia dengan suami.


Menurut Maznah, secara tidak sengaja melihat ibu mentuanya meludah ke dalam makanan yang dimasak sebelum diberi kepada suaminya, selain beras yang belum dimasak berada di bawah kangkangnya.

“Dengan menggunakan ilmu sihir, ibu mentua sanggup menundukkan anaknya supaya mematuhi arahannya, mengakibatkan hidup kami sekeluarga kucar-kacir.


“Sememangnya ibu mentua saya mempunyai ilmu kebatinan kerana pada usia 70 tahun dia mampu tampil dengan wajah seperti berusia 40 tahun,” katanya.

Menurut Maznah, dia pernah melihat wajah sebenar ibu mentuanya ketika terlantar sakit dan mereka sekeluarga mengambil inisiatif mengerjakan solat hajat bagi memohon keselamatannya.

“Namun usaha yang kami lakukan ketika itu dikatakan amalan karut oleh ibu mentua, sedangkan ia perbuatan yang tidak melanggar syarak.

“Saya tidak tahu kenapa ibu mentua sanggup melakukan perbuatan memisahkan kami sekeluarga, sedangkan saya bersama suami tidak pernah menyakiti hatinya,” katanya.

Menurutnya, dia menceritakan kisah itu sebagai renungan bersama dan untuk dijadikan iktibar dalam melayari alam rumah tangga kerana banyak berlaku perceraian akibat campur tangan orang ketiga.

“Namun saya tetap memaafkan ibu mentua walaupun memusnahkan kehidupan berumah tangga yang dibina sejak 12 tahun lalu,” katanya.



5

Bagus
11

Marah
5

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 12-1-2014 07:45 AM
isk isk... slalu dgr bini yg sihirkan suami... ni mak sihirkan anak sndri... pelik...
Quote kambeng_masam 12-1-2014 07:50 AM
Variasari ke Mastika punya artikel nih?
Quote farah.noty 12-1-2014 07:53 AM
umur dah 70 tapi berwajah mcm 40? wahhhh dah bole jadi model utk produk kak ton dah ni

Quote tongkatwaran75 12-1-2014 08:41 AM
farah.noty posted on 12-1-2014 07:53 AM
umur dah 70 tapi berwajah mcm 40? wahhhh dah bole jadi model utk produk kak ton dah ni

mgkn di pandang dek org yg disihir...
org len takde kot...

Quote d-7-0ne 12-1-2014 08:47 AM
mulayu dan ilmu sihir tdk dpt dipisahkan.
Quote peYno 12-1-2014 08:50 AM
ingat kat johor je ada prmikiran camni... cuba tgk asal usul mereka
Quote edee_91 12-1-2014 08:51 AM
Gambar mana gambar..?
Quote Kassim_Patalon 12-1-2014 08:52 AM
bidiyo mano bidiyo?
Quote noor2 12-1-2014 08:53 AM
cakap lebih....bagi gbuktila ..alang2 dah burukkan mertua dan semua...bak la tgk gambar mertua dan suami dan mangsa sendiri....

Quote MissNigga 12-1-2014 09:03 AM
kambeng_masam posted on 12-1-2014 07:50 AM
Variasari ke Mastika punya artikel nih?

Ker Bacaria... ? Hihi
Quote lady_rara 12-1-2014 09:13 AM
anaknya itu gaji besarkah?
Quote kambeng_masam 12-1-2014 10:01 AM
MissNigga posted on 12-1-2014 04:03 AM
Ker Bacaria... ? Hihi

tang nasi kangkang tu bukan ke kena menangkang atas nasi yg masih panas2 berwap?

Tapi bila sebut 'kangkang' mungkin TT amik dari majalah mangga?
Quote mehmet 12-1-2014 10:07 AM
betul ke ni,,korang ni orang tulis jangan terus caya,
Quote mrsrezza 12-1-2014 10:11 AM
penulis mana lah yg punya imaginasi tinggi sangat ni?..tak ada bideo ker?..gambar ker?..bukti mana bukti?..
Quote BumpIQ 12-1-2014 10:11 AM
xhabis2 dgn ilmu kebatinan... padahal ibu mentua dia guna jamu mak dara je kot?
lain kali pandai2 la beli jamu kak... bila laki suka kt org lain... mula la nk meratib..
Quote tongkatwaran75 12-1-2014 10:11 AM
kambeng_masam posted on 12-1-2014 10:01 AM
tang nasi kangkang tu bukan ke kena menangkang atas nasi yg masih panas2 berwap?

Tapi bila sebu ...

tak baca ker...
sumber myMetro...


p/s @tobobon... jgn jadi penakut nyorok sebalik MN ko...guna la nick klu ko brani...
Last edited by tongkatwaran75 on 12-1-2014 10:27 AM

Quote purpledesire 12-1-2014 10:15 AM
nape la busuk ati sampai mcm tu skali..
Quote sahamboi 12-1-2014 10:21 AM
Orang putih guna bermacam protien, herba, laser dan teknologi untuk awet muda. Tapi orang melayu senang jer dengan bantuan jin dan syaitan boleh jadi muda.

Agak2 orang putih ke orang melayu yang dekat dengan dajal...
Quote HannahMontana 12-1-2014 10:38 AM
siapa yg pertikai retsu ibu ,rasakan

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.106635 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top