CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bank Hong Leong Diberi Amaran

24-12-2013 04:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5924| Komen: 15

Description: Kuala Lumpur: Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (Nube) Yang Mempunyai 40,000 Anggota Hari Ini Memberi Amaran Kepada Bank Hong Leong Supaya Mengambil Semula 27 Daripada Anggotanya Yang Dipecat Atau Meng ...


KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) yang mempunyai 40,000 anggota hari ini memberi amaran kepada Bank Hong Leong supaya mengambil semula 27 daripada anggotanya yang dipecat atau menghadapi tentangan seluruh anggotanya hingga boleh menjejas operasi dan reputasi bank itu.

Kesatuan itu setakat ini telah berpiket selama 50 jam di hadapan ibu pejabat bank itu di Jalan Perak dan akan terus berbuat demikian selama 10 jam setiap hari sehingga perkara itu selesai, Setiausaha Agungnya, J Solomon, memberitahu persidangan akhbar di sini.




Beliau berkata, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang dianggotai oleh NUBE menyokong penuh kesatuan demi menentukan pekerja mendapatkan keadilan.

Presiden MTUC yang baru dipilih semula, Khalid Atan yang turut hadir di persidangan akhbar itu berkata kongres akan menggerakkan seluruh sumbernya bagi membantu badan gabungannya.

Khalid menyifatkan pemecatan itu sebagai tidak adil dan menggesa Kementerian Sumber Manusia menggunakan jasa baiknya untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Menurut Solomon enam MP telah menimbulkan perkara itu di Parlimen dan menteri berkenaan Datuk Seri Richard Riot berjanji memberikan jawapan bertulis kepada pertanyaan mereka, tetapi hingga hari ini masih tiada respons daripada menteri itu.

Bank berkenaan tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kassim_Patalon 23-12-2013 06:48 PM
semua bank banyak karenah, semua bank pernah berpiket hurmmmm......
Quote Kassim_Patalon 23-12-2013 06:49 PM
nama pun richard riot

lu bikin riot jah
Quote sekngucing 23-12-2013 06:58 PM
hong leong darul riot
Quote nurul_akmar 23-12-2013 07:12 PM
kuat persatuan nube ni
Quote pakwetizzaqyah 23-12-2013 07:34 PM
NUBE ngn NOOB sama tk?
Quote AbukRokok 23-12-2013 07:59 PM
Hong Leong Darul Riot
Quote zach2008 23-12-2013 08:00 PM
Apa sebab dia dipecat? Kira ok la kalau dia sentiasa dibelakang ahli dan ahli pun jgn la suka2 buat taik
Quote spiderman80 23-12-2013 11:02 PM
Hong Leong Bank datang bulan lagi.
Quote outcast 23-12-2013 11:18 PM
hong leong .. arituh cimb...
aduyai ....
tiap2 tahun  kasik flyer kat Masijid Jamek
Quote xpdckelate 23-12-2013 11:50 PM
ingat lagi piket kat maybank kelantan siap berdikir barat waktu rehat depan bank,hahaha
Quote clarizsa 23-12-2013 11:52 PM
owh... camtu ke... hmmm.. elok laaa...
Quote sriwanis 24-12-2013 12:09 AM
Ikut style menteri la senang klu bank banyak kerenah jgn keje n pinjam ngan bank...pe susah...
Quote Al-Patih 24-12-2013 06:09 AM
Beliau berkata, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang dianggotai oleh NUBE menyokong penuh kesatuan demi menentukan pekerja mendapatkan keadilan.

Bab keadilan ...wajib dituntut ...le ...abih bab mutu(sami) perkerjo ...tak nak tuntut ke sekali ...benggong  
Quote abgluffy 28-3-2015 08:59 PM
bak ni memang kaki penipu!! aku pun pernah kena tipu
Quote ninja boy 28-3-2015 09:38 PM
rompak je bank berjemaah

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.048561 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top