CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

H1n1: Usah Panik, Hanya Khabar Angin

16-12-2013 03:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3114| Komen: 2

Description: Tanjung Kling - Maklumat Mengenai Wabak Influenza A (H1n1) Yang Menular Di Melaka Seperti Tersebar Di Beberapa Laman Sosial Dan Aplikasi Sosial Perbualan, Hanyalah Satu Khabar Angin.

  • Ab Rahaman menurunkan tandatangan sebagai sokongan kempen Melaka Menuju Sifar HIV 2015, semalam.


TANJUNG KLING - Maklumat mengenai wabak Influenza A (H1N1) yang menular di Melaka seperti tersebar di beberapa laman sosial dan aplikasi sosial perbualan, hanyalah satu khabar angin.

Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab Rahaman Ab Karim menasihatkan orang ramai agar tidak panik kerana negeri ini sebenarnya bebas daripada wabak berkenaan.

“Ingin saya tegaskan, kematian seorang kakitangan awam dari Kedah yang datang menghadiri majlis di Melaka pada 5 Disember lalu bukanlah disebabkan H1N1. Sebaliknya, disahkan kerana Tirod Storm iaitu penyakit berkaitan pengeluaran horman tirod yang tinggi pada kelenjar tirod.

"Kumpulan kakitangan awam yang turut hadir ke majlis tersebut diberi rawatan serta merta dan dipastikan tiada jangkitan atau sebarang penyakit melainkan beberapa orang demam biasa,” katanya.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang untuk melakukan sebarang aktiviti atau hadir ke mana-mana majlis di negeri ini hanya kerana tersebarnya khabar angin yang memburukkan Hospital Melaka serta sebuah hotel.

“Melaka bebas H1N1. Hotel yang diuar-uarkan di dalam aplikasi sosial perbualan Whatsapp dan laman sosial Facebook juga bebas daripada wabak itu," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Aids Sedunia 2013 Peringkat Kebangsaan di Dewan Petanque, Kompleks Japerun Pantai Kundur, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) negeri, Dr Ismail Ali.

Berikutan itu, Ab Rahaman meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita dalam Whatsapp atau Facebook tanpa merujuk kepada pihak berkaitan.

Sebelum ini, Sinar Harian 11 Disember lalu melaporkan seorang kakitangan awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah meninggal dunia, manakala beberapa individu lain dipercayai dijangkiti influenza A masih dikuarantin.

Kakitangan awam itu dipercayai dijangkiti ketika mengikuti Majlis Perjumpaan Kakitangan Awam PDRM Dengan KPN di Melaka pada 4 Disember lalu.


9

Bagus
9

Marah
10

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kassim_Patalon 15-12-2013 10:14 AM
sekarang ni orang sibuk penyakit cikgu gunya lah
Quote AdsMsia 15-12-2013 11:07 AM
Kassim_Patalon posted on 15-12-2013 10:14 AM
sekarang ni orang sibuk penyakit cikgu gunya lah

ini penyakit cikgu sahaja yang kena kah
lol

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.067260 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top