CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terima Mantera Melalui Sms - Suami Sesat!

13-12-2013 04:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5088| Komen: 18

Description: Baling - Seorang Isteri Mendakwa Suaminya Terjebak Dalam Ajaran Sesat Sejak Setahun Lalu Sehingga Meninggalkannya Bersama Seorang Anak.


Nursalina membaca salinan semula SMS yang dihantar suaminya.


BALING - Seorang isteri mendakwa suaminya terjebak dalam ajaran sesat sejak setahun lalu sehingga meninggalkannya bersama seorang anak.

Nursalina Ibrahim (bukan nama sebenar), 22,  mendakwa suaminya meninggalkannya sejak lima bulan lalu tanpa sebarang nafkah.

Menurutnya, suaminya itu dipercayai menetap kondominium mewah di Ampang, Selangor dan sering mengajaknya untuk tinggal bersama.

“Tapi, saya tolak sebab dia ajak saya ikut ajaran yang tak betul, dia terlalu mengagungkan ketuanya sehingga mendakwa ketuanya itu adalah orang terkaya di dunia ini,” katanya.


Katanya, suaminya juga sering menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang langsung tidak masuk akal antaranya mendakwa dirinya pembesar tuanku termasuk ingin menyaman kerajaan sehingga berbilion ringgit.

“Dia kata, dia bersama kumpulannya ada bukti kukuh untuk menyaman kerajaan di negara ini,” katanya.

Katanya, dia terpaksa bekerja di restoran makanan bagi menyara kehidupannya bersama anaknya berikutan suaminya tidak lagi memberikan nafkah sejak lima bulan lalu.

“Saya terpaksa, kalau tidak bagaimana saya nak uruskan kehidupan, suami pula ajak ikut jejak dia, percaya perkara yang karut,” katanya.

Nursalina berkahwin dengan suaminya pada 2010 berikutan tertarik dengan penampilan suaminya yang kemas dan sering bercakap mengenai soal agama.

“Tapi, bila dah kahwin, apa pun dia buat, saya tak tahu, dia banyak percaya perkara karut termasuk mempercayai amalan tarik wang.

“Kemudian, selepas dia kenal dengan ajaran baru ini, dia terus percaya dan taksub sehingga meninggalkan saya,” katanya.

Katanya, dia turut menerima SMS ringkas mantera yang digunakan oleh suaminya sehingga mengakibatkannya suaminya itu terlalu taksub dengan ajaran itu.

“Saya risau, sekiranya ada yang terjebak dalam ajaran ini. Disebabkan itu, saya berharap agar pihak berwajib memantau mengenai masalah ini, saya sedia memberikan sebarang kerjasama,” katanya.

2

Bagus
2

Marah
4

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 13-12-2013 09:13 AM
apa cer......

habis SPM kawin...janji orang xkata andartu...
pas kawin timbul masalah belakang kira...
janji orang xlebel andartu...
Quote pakwetizzaqyah 13-12-2013 10:01 AM
minah ni pun tengok rambut mengurai mcm tu pun....aku tk terkejut kalau suami dia jadi sesat baran
Quote AdsMsia 13-12-2013 10:41 AM
pakwetizzaqyah posted on 13-12-2013 10:01 AM
minah ni pun tengok rambut mengurai mcm tu pun....aku tk terkejut kalau suami dia jadi sesat baran

dia ni la kut mayang mengurai yg dalam pilem tuh
Quote Al-Patih 13-12-2013 11:07 AM
@silentwinner   

apa dah ...
Quote haryatie 13-12-2013 11:10 AM
sah2 suami nya da sewel tahap gaban...
belah je la...buat apa jadik istri dia lagik..
baik bebaskan diri sdiri....
pastu lantak dia la nak meroyan ngan geng2 dia..
Quote batmana 13-12-2013 11:32 AM
ketua org terkaya didunia?
mr kamal ashnawi ka...
Quote prettyuglybabe 13-12-2013 11:48 AM
rajin tu salin semua sms masuk buku latihan
Quote ogata 13-12-2013 11:59 AM
mak_wa95 posted on 13-12-2013 09:13 AM
apa cer......

habis SPM kawin...janji orang xkata andartu...

benarla kata lecture aku dulu..

perempuan ni cepat cair bila tengok lelaki ala ala iman muda asal ada jangut sikit hafal sebaris dua ayat al quan sunnah apa semua tu..terus kita label beriman dan jatuh cinta..jangan ukur keimanan sesorang berdasarkan penampilan dan kata kata mereka.
Quote mak_wa95 13-12-2013 12:11 PM
ogata posted on 13-12-2013 11:59 AM
benarla kata lecture aku dulu..

perempuan ni cepat cair bila tengok lelaki ala ala iman muda as ...

gedik nak menikah la tu...
dah kata kaya sangat...
bohong ja kata nikah tengok jantan tu alim...
tengok dia sendiri pun karat je..
Quote AdsMsia 13-12-2013 12:11 PM
ogata posted on 13-12-2013 11:59 AM
benarla kata lecture aku dulu..

perempuan ni cepat cair bila tengok lelaki ala ala iman muda as ...

betoi kah ini ?


Quote ogata 13-12-2013 12:11 PM
mak_wa95 posted on 13-12-2013 12:11 PM
gedik nak menikah la tu...
dah kata kaya sangat...
bohong ja kata nikah tengok jantan tu alim... ...

jah asal tak listed andartu udah selamat...
Quote ogata 13-12-2013 12:12 PM
AdsMsia posted on 13-12-2013 12:11 PM
betoi kah ini ?

betul la tu kalau tak ..tak la lecture aku kata cengitu??
Quote MsIda 13-12-2013 12:13 PM
ogata posted on 13-12-2013 11:59 AM
benarla kata lecture aku dulu..

perempuan ni cepat cair bila tengok lelaki ala ala iman muda as ...

How I wish it isnt true...tapi itulah realitinya....esp among the malays.....

Quote mak_wa95 13-12-2013 12:14 PM
ogata posted on 13-12-2013 12:11 PM
jah asal tak listed andartu udah selamat...

bangga boleh kawin muda..
laku sangat la tewww..
habis SPM dah disambar orang kaya...
hambik ko...
Quote ogata 13-12-2013 12:15 PM
MsIda posted on 13-12-2013 12:13 PM
How I wish it isnt true...tapi itulah realitinya....esp among the malays.....

kan.....??
sebab sentiment kita cari suami 1st thing adalah agama...namun banyak yang terlepas pandang dan bahawa banyak lelaki yang bertopengkan syaitan dan mempergunaakan agama untuk menampak kan diri mereka tu baik... sebab tu aku kalau kenal dengan lelaki yang ala ala alim or iman muda aku cepat cepat lari...tak koser nak layan...
Quote -electrifying- 16-12-2013 09:32 AM
apsal korg pertikaikan dia khwin?
bodoh. dh jdoh, nk elak mksiat. salah ke bdoh?
Quote cmf_rambutan 16-12-2013 09:41 AM
apsal andartu kat sini marah2....
Quote NBM 16-12-2013 10:38 AM
mintak fasakh je pstu buat hal sendiri, ada laki pun serupa tak de baik tak de terus

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.052644 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top