CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cari Harta Karun Dalam Kubur: Tengkorak Bersepah !

9-12-2013 10:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10354| Komen: 29

Description: Polis Menangkap 10 Lelaki Berusia Lingkungan 14 Hingga 26 Tahun Bagi Membantu Siasatan Berhubung Kes Empat Jirat Cina Yang Digali Di Tanah Perkuburan Rasa Dan Kerling.

KEADAAN sebuah kubur yang digali penjenayah untuk mendapatkan barangan berharga di tanah perkuburan di Morsjaya, Miri kelmarin.

MIRI , 9 Disember – Kegiatan mencuri barang berharga yang disimpan di dalam keranda di kawasan tanah perkuburan masih lagi berleluasa di Morsjaya di sini.

Kelmarin, sebuah kubur di tanah perkuburan Sidang Injil Borneo di sini digali oleh individu yang dipercayai mahu mencuri barangan berharga di dalam kerandanya.

Seorang penduduk, Martin Lisin, 58, berkata, kawasan itu sering menjadi sasaran kumpulan penjenayah yang menggali kubur sebelum mencuri barang berharga seperti rantai emas, jam tangan dan cincin yang disimpan di dalam keranda.

Katanya, kejadian itu disedari pada pukul 1 petang oleh pekerja kilang cat selepas mereka terhidu bau busuk dari arah tanah perkuburan itu.

“Penduduk yang memeriksa tanah perkuburan itu terkejut apabila menemui mayat reput berhampiran kubur berkenaan, selain beberapa barangan dan pakaian dalam keadaan berselerak.

“Lebih mengejutkan, tengkorak dipercayai milik si mati ditemui di dalam parit berdekatan dipercayai diseret oleh anjing liar,” katanya ketika ditemui di sini semalam.



Perompak jirat Cina dicekup

Polis menangkap 10 lelaki berusia lingkungan 14 hingga 26 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes empat jirat Cina yang digali di tanah perkuburan Rasa dan Kerling.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Superintendan Zulkifli Bedin berkata, kesemua suspek ditangkap sekitar Rasa dan Kuala Kubu Bharu pada petang dan malam kelmarin.

“Tangkapan pertama dibuat jam 7 petang di Desa Rening, Rasa, kemudian kita menangkap perancang utama kes ini di Dataran Kuala Kubu Bharu jam 10 malam.

“Sekitar jam 11.50 malam hari yang sama kita menangkap beberapa orang lagi di kawasan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu menjadikan 10 suspek kesemuanya yang berusia antara 14 hingga 26 tahun,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, kesemua suspek direman bermula semalam namun beliau tidak mengesahkan tempoh reman yang dikenakan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek melakukan perkara tersebut bersama, namun dipercayai pada hari berlainan.

Menurutnya, kejadian pertama dilaporkan berlaku 30 November lalu berdasarkan laporan polis dibuat salah seorang pengadu dan kes itu berlaku di Kerling.

Katanya, dua lagi laporan polis dibuat pada 6 Disember lalu membabitkan empat jirat di tanah perkuburan Cina Rasa.

“Tindakan suspek ini terpengaruh oleh laman internet di mana mereka mendapat maklumat mengatakan terdapat barangan kemas, barang berharga atau barang kesayangan yang ditanam dalam jirat tersebut.

“Namun daripada pengakuan suspek mereka tidak dapat apa-apa hasil daripada perbuatan itu,” katanya.

Menurutnya, ada di antara suspek  adalah pelajar di sebuah sekolah menengah dalam daerah ini.

Zulkifli berkata, dengan tertangkapnya 10 suspek berkenaan beliau percaya kes tersebut dapat diselesaikan.

Kelmarin Sinar Harian melaporkan lima jirat Cina digali di dua tanah perkuburan Cina di Rasa dan Kerling di mana dua daripada jirat tersebut masih terbuka dan dibiarkan terdedah.

Kejadian tersebut mengejutkan penduduk kampung dan kesal dengan tindakan penjenayah kerana kesemua jirat digali sehingga ke dasar tanah malah terdapat keranda yang telah dipecahkan.

44

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
16

Sedih
18

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 9-12-2013 07:38 AM
macam macam hal ....
Quote nordiana87 9-12-2013 09:21 AM
p je kaco balik org yg curi tu..berupa jadi kuntilanak ke..baru padan muka c pencuri ni..
org tu dah selamat kat dalam sane ko kaco kenape????
Quote twins 9-12-2013 09:24 AM
nordiana87 posted on 9-12-2013 09:21 AM
p je kaco balik org yg curi tu..berupa jadi kuntilanak ke..baru padan muka c pencuri ni..
org tu da ...

orang2 yang buat kerja macam ni mana ada percaya or takut hantu...???  pada dia kalau dah mati tu dah laahhh...mana boleh bangun balik kan... ni memang spesis hati kering ni....
Quote aikong 9-12-2013 09:29 AM
tapi dari satu sudut pandangan yang lain, aku respek dorang ni sebab tak percaya kewujudan hantu yang karut marut ni..kahkah

Quote ogata 9-12-2013 09:32 AM
memang sial la orang yang korek kubur orang curi reta orang mati ni...

tempat ni tak ada orang jaga kot..

macam kubur kawasan my grannies ada orang jaga.
Quote siti_kus 9-12-2013 09:43 AM
dh curi bkn nk ttp blk. ngok ngek.
Quote amyainsamad 9-12-2013 09:46 AM
giler...giler...
Quote gaara_X 9-12-2013 09:50 AM
cali halete kalun maa.....
Quote sadiq_segaraga 9-12-2013 11:40 AM
Kubur kristian ke apa ni? Diorang simpan rantai dan barang kemas dan pakaian dalam sekali?
Quote dauswq 9-12-2013 11:43 AM
kristian sarawak mcm cina gak ker suka simpan brg berharga dlm kubur?

@Muntz @cmf_shalom
Quote a_gen2 9-12-2013 12:15 PM
aikong posted on 9-12-2013 09:29 AM
tapi dari satu sudut pandangan yang lain, aku respek dorang ni sebab tak percaya kewujudan hantu yan ...

percaya pada hantu yakni iblis tidak salah kerana kewujudan iblis disebut dlm Al-Quran dan Al-Hadis.  Yg salah ialah takut pd hantu/iblis.  Pun gitu, perasaan cemas bila menghadapi hantu/iblis yg muncul adalah normal bagi manusia biasa.  Maksud takut disini ialah ketakutan melampau hingga buat perkara2 khurafat/syrik.  Contohnya mengantung tangkal depan rumah kononnya utk menghalau hantu/iblis.   Ada yg takut hantu sampai enggan ke surau/masjid atau nak pergi ambil wuduk malam2 pun takut sebab ada hantu.  

Dlm konteks pencuri harta kubur ni, dari satu segi mereka betul sebab mereka tak takut hantu dlm menjalankan kerja mereka (mencari rezeki?) tapi meletakkan ketidaktakutan pd hantu ditempat yg salah.
Last edited by a_gen2 on 9-12-2013 12:18 PM

Quote OmJualGas 9-12-2013 12:36 PM
Pulangkannnnnn...Pulangkannnn...Pulangkannnnnnnnnnnnnn...........
Quote aikong 9-12-2013 12:43 PM
a_gen2 posted on 9-12-2013 12:15 PM
percaya pada hantu yakni iblis tidak salah kerana kewujudan iblis disebut dlm Al-Quran dan Al-Hadi ...

setahu aku hantu ni tak wujud, yang wujud hanyalah jin dan syaitan, kita sering dimomokkan dengan perihal hantu dari kecik lagi, adapun hantu yang menjelma dari ruh simati ni tahyul semata2, buat apa nak takut pada mayat manusia yang dah mati, dorang bukan jadi hantu,

mungkin orang kita hantu itu merujuk kepada jin-jin jahat, tapi jin-jin bukan dari mayat manusia yang dah mati

percaya kepada jin dan syaitan sama seperti percaya kepada alam ghaib yang mana merupakan salah satu dari rukun iman



Quote purpledesire 9-12-2013 01:47 PM
ermm..mcm2 hal..

Quote cmf_shalom 10-12-2013 06:42 PM
dauswq posted on 9-12-2013 11:43 AM
kristian sarawak mcm cina gak ker suka simpan brg berharga dlm kubur?

@Muntz @cmf_shalom

Kalau Roman Katholik tidak dibenarkan...klu mazhab lain ak x pasti la
Quote dauswq 10-12-2013 06:48 PM
cmf_shalom posted on 10-12-2013 06:42 PM
Kalau Roman Katholik tidak dibenarkan...klu mazhab lain ak x pasti la

ok thx

rasenye lebih kpd budaya sesuatu kaum kot ni
Quote makadek 10-12-2013 06:55 PM
Hati kehring betol anak sapo lahai
Quote shernazz 10-12-2013 06:59 PM
baek ko letak kete merc yang kotak tu..
baru depa kuciwa
Quote estrelle 10-12-2013 08:07 PM
Alahai..tak selamat la macam ni....hidup susah mati pon susah....

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.195482 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top