CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Malas Research," - Akim Ahmad Selar Penulis Portal Sensasi Cerita Stacy

25-9-2021 04:17 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6247| Komen: 25|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Foto :




Penyanyi, Akim Ahmad tampil memperbetulkan cerita yang tidak tepat mengenai isterinya yang juga penyanyi, Stacy Anam.

Menurut kenyataannya di Facebook, Akim,30 kurang senang dengan berita yang terbit di portal Utusan dan laporan di media sosial lain yang menulis tajuk Stacy dahulunya hidup tidak beragama.

Bagi Akim, cerita yang tanpa temu ramah dan tidak dikaji terlebih dahulu membuatkan dia sekeluarga berasa kecewa. Ini kerana tajuk yang sensitif ini mungkin mengundang rasa sedih ahli keluarga Stacy,31 yang berlainan agama.

Foto : FB

Penyanyi lagu Potret ini juga menyelar mereka yang suka mensensasikan cerita lalu berasa gah kerana ianya mendapat sambutan hangat dengan like dan komen yang banyak daripada pembaca.

"Jadilah orang yang buat penyelidikan, barulah tak ada emosi bagi comment atau 'trigger' dengan tajuk yang di momokkan oleh sang pencari sensasi."

Foto : ig


Malahan, Akim sempat berpesan supaya mereka yang menulis cerita sebegini sepatutnya mendamaikan keadaan bukannya menambahkan kekeliruan.

Jadi, dengan pesanan Akim diharapkan ianya menjelaskan cerita ini. - CARI


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnyEnglish 25-9-2021 05:12 PM
Silap petik ke.tpaksa aku pgi padam komen
Quote annadonna 25-9-2021 05:13 PM
Stacy kan dulu kristian then convert to Islam. Apa yg tak beragamanya.
Quote dua_chzy 25-9-2021 06:22 PM
Wartawan meleis.
Quote kiah_mai_pulak 25-9-2021 06:25 PM
apa lah nk diharap sgt dgn repot2 hausss ni.  jnji ada berita. ada kerja
Quote umbut 25-9-2021 06:35 PM
Wartawan xda etika. Suka2 buat tajuk camtu. Pastu netz meleis pun.. ermmm..malas nak cakap
Quote LadyCarefree 25-9-2021 06:44 PM
Baca apa Akim tulis pon iols xfaham. LoLLLL
Quote LadyCarefree 25-9-2021 06:45 PM
dua_chzy: Wartawan meleis.


Nak sensasikan stacy masuk islam and islam sajalah yg diiktiraf kot.
Quote belilies 25-9-2021 08:02 PM
Penting sangat sampai masuk soalan kajian kompetensi ke ni?
Quote MsKathryn 25-9-2021 09:47 PM
Bodoh pya wartawan
Quote kechikchomel 25-9-2021 09:58 PM
Edited by kechikchomel at 25-9-2021 10:01 PM

Tapi kan...kawan2 sabahan iolss yg Christian sume alim2..tetiap minggu g Church

Jiran sebelah bilik iolss masa final yr, apa2 program kat Church tu, tak pernah dia miss. Klu nampak dia baru balik tu rajin gak iolss tegur, baru balik kelas ke. Slalu gak dia ckp, tak la...baru balik Church
Quote 3480 25-9-2021 10:20 PM
Aku pon x brpa phm apa Akim gitau..
Tp bla pikir2 blk mgkin maksud dia.. dr dlu lg Stacy beragama tp x practise..
Mcm org Islam yg nma ja Islam tp solat pon x tu
Quote nakkomenjugak 26-9-2021 12:38 AM
Pulak dahhhhh
Quote nakkomenjugak 26-9-2021 12:39 AM
Sekarang reporter mana ada etika dahhh
Dulu time kat u assignment banyak copy paste
Quote nakkomenjugak 26-9-2021 12:57 AM
Reporter sekarangggg... Jenis manusia kopiteh zaman u
Quote anilanil 26-9-2021 12:25 PM
Tulisan akim pon sama level dgn penulis tu. Masa baca article yg pertama tu aku faham jer maksud penulis stacy hidup seperti tiada agama. Maknanya dlm dokumen rasmi ada je tulis agama anutan ketika itu tapi tak terlalu mengamalkannya. Bukannya stacy lahir dlm keluarga atheist/free thinker. Bila waktu celebration, diorang sambut jer Christmas, Good Friday, etc dgn meriah. Aku rasa ramai jer yg jenis cenggini.  Amal ibadat culas, time raya kemain sakan. Contoh anak doktor bertatoo tu siap minum2 lagi, time nikah pandai pulak bertudung, bulan puasa berniaga rendang.
Quote robinmosby 26-9-2021 12:40 PM
I think the most important thing is keluarga dia masih beragama kristian. Bila cakap macam tu tak ke terasa kelurga dia. Benda ni kan sensitive
Quote Jiddin 26-9-2021 12:52 PM
I feel bad asking this ....anak sulung deme sekarang dibesarkan sbg Muslim ke?

Some would give leeway kpd anak2 ni. Tp Isobel anak sulung Daphne mcm dibesarkan as Muslim Kan? Just curious how people who have to go through this situation make decision
Quote pooh~key 26-9-2021 01:06 PM
kechikchomel replied at 25-9-2021 09:58 PM
Tapi kan...kawan2 sabahan iolss yg Christian sume alim2..tetiap minggu g Church

Jiran sebelah b ...

Lepas tu dek? Akhlak dia lagi bagus ke akhlak kau lagi bagus in the end sis?
Quote pooh~key 26-9-2021 01:08 PM
anilanil replied at 26-9-2021 12:25 PM
Tulisan akim pon sama level dgn penulis tu. Masa baca article yg pertama tu aku faham jer maksud pen ...

Ada dia tagih duit kau ke buat beli baju raya dekkkk?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.053175 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top