CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lori Tangki Bawa Minyak Terbakar

29-11-2013 02:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9305| Komen: 28

Description: Azizan Berkata, Siasatan Menunjukkan Kebakaran Dipercayai Berpunca Daripada Masalah Mekanikal Iaitu Brek, Namun, Siasatan Sedang Dijalankan Bagi Mengenal Pasti Punca Sebenar Kejadian.


KUALA LUMPUR - Sebuah lori tangki yang membawa muatan 40 tan minyak kelapa sawit terbakar, selepas tayar kenderaan itu meletup beberapa kali dalam kejadian di Kilometer 3.9 Lebuhraya Duke dari arah Gombak menghala ke Plaza Tol Jalan Duta, di sini, petang semalam.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, kesemua 16 tayar lori tangki itu meletup, sebelum kenderaan tersebut terbakar.


Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.31 petang, sebelum jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira 22 minit kemudian akibat kesesakan lalu lintas.

Menurutnya, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.02 petang dan dipadam sepenuhnya kira-kira 45 minit kemudian.


Katanya, bomba juga dapat mengawal tumpahan minyak kelapa sawit daripada merebak ke seluruh jalan.


"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan ketika kejadian, hanya pemandu lori sahaja yang berada dalam kenderaan tersebut.


"Dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan sempat keluar menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi, semalam.


Azizan berkata, siasatan menunjukkan kebakaran dipercayai berpunca daripada masalah mekanikal iaitu brek, namun, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.


Difahamkan lori tangki terbabit dalam perjalanan untuk ke Pelabuhan Klang dari Temerloh.


Beliau berkata, pihak berkaitan diingatkan supaya meletakkan tanda atau logo bagi menunjukkan bahan yang dibawa pada setiap lori.


“Dengan adanya logo ini, ia akan memudahkan bomba untuk melakukan kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran,” katanya.


Dalam operasi tersebut seramai 42 anggota bomba daripada enam buah balai terlibat dalam operasi pemadaman.



10

Bagus
6

Marah
3

Terkejut

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote d-7-0ne 28-11-2013 05:32 PM
tank1.jpg
Quote ocho 28-11-2013 05:35 PM
mcm tanker bwk disel jer ..
Quote cmf_DetConan 28-11-2013 05:36 PM
khabarnye dh meletop
Quote Nocturna 28-11-2013 05:37 PM
Dapat dari kawan info

URGENT: accident involving Tanker terbakar on DUKE menghala ke Jln Duta: semua kereta diarah pusing balik - kawalan Trafik Polis. Massive jam DUKE that direction. So avoid DUKE menghala ke Jln Duta.
Quote myths2011 28-11-2013 05:42 PM
Uhuuuuuu... Jem la satu kl org balik kerja...
Quote CincinKristal 28-11-2013 05:43 PM
hohohohoho....seb baek arini aku naek komuter
Quote Nocturna 28-11-2013 05:44 PM
Gambar dpt dari kawan
Quote p.timur3831 28-11-2013 05:46 PM
ya allah..cam ne leh trjd ni?
Quote brums08 28-11-2013 05:47 PM
ish jam giler nih...
Quote NIXAR 28-11-2013 05:48 PM
x silap aku tgh hari td ni. ade baca kat NST masa lunch
Quote lanbuana86 28-11-2013 05:48 PM
yup, minyak sudah tumpah ke jalan.. jem satu KeyL la.. fuhhh
Quote spiderman80 28-11-2013 05:49 PM
Dengar cerita lori tu terbakar dan mengeluarkan asap.
Quote NIXAR 28-11-2013 05:49 PM
28 November 2013| last updated at 02:57PM
Massive jam along Duke after tanker catches fire


KUALA LUMPUR: A tanker that caught fire along the DUKE Highway today has caused massive traffic jam.

The fire occured at KM3.7, after Sentul Ramp.

Read more: Massive jam along Duke after tanker catches fire - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/mas ... 15083#ixzz2lvrbaJR5
Quote cmf_DetConan 28-11-2013 05:49 PM
fuhh nasib la x drive ari ni..
Quote brums08 28-11-2013 05:50 PM
now dah ok ke?
Quote mrsamz 28-11-2013 05:52 PM
masya allah...da dekat seminggu ni aku ulang alik guna nkve-duke pasal menghantor kereta ke bengkel kat gombak..lewat mlm semalam aku pegi amek keta...kalo aku tangguhkan ke harini mmg masak laa beratur dlm jem
Quote dino 28-11-2013 05:55 PM
spiderman80 posted on 28-11-2013 05:49 PM
Dengar cerita lori tu terbakar dan mengeluarkan asap.

ni ko wat lawak ke ape
Quote shahx 28-11-2013 05:57 PM
kebakaran dah padam. jln dah leh lalu...
Quote lavacoffee 28-11-2013 05:57 PM
NIXAR posted on 28-11-2013 09:49 AM
28 November 2013| last updated at 02:57PM
Massive jam along Duke after tanker catches fire

so..apsal tak bukak thread terus...??



Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.073498 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top