CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi ditanam hidup-hidup

28-11-2013 03:31 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 13313| Komen: 115

Description: Anggota polis membawa mayat bayi yang ditanam ibunya ke rumah mayat Hospital Miri untuk dibedah siasat. - Foto ...
Bayi ditanam hidup-hidup
                  
      
Anggota polis membawa mayat bayi yang ditanam ibunya ke rumah mayat Hospital Miri untuk dibedah siasat. - Foto Kandau Sidi

Miri: Tangisan dan rontaan seorang bayi masih bertali pusat dalam plastik sampah  tidak dihiraukan ibunya bersama teman lelaki, ketika menanam mangsa hidup-hidup dalam lubang tepi pagar ladang sawit dekat Suai, Niah, petang kelmarin.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan berusia 20-an pada jam 4 petang. Perbuatan kejam pasangan itu disedari pengawal ladang yang terserempak dengan mereka dalam keadaan mencurigakan dan terdengar tangisan bayi dalam plastik hitam yang dibawa mereka.      

Pengawal keselamatan itu mulanya menyangka pasangan terbabit mahu menceroboh ladang, namun merasa pelik melihat mereka membawa sesuatu objek dalam plastik sampah.      

      
Ketika mengintai dari jauh, pengawal itu mendapati pasangan terbabit menggali tanah berhampiran pondok pengawal keselamatan di situ sebelum menanam objek yang dikeluarkan dari beg plastik dibawa mereka.

Apabila tangisan bayi itu tidak lagi kedengaran, pasangan terbabit segera meninggalkan kawasan terbabit, membuatkan pengawal keselamatan berkenaan bergegas melakukan pemeriksaan.

Ternampak kaki bayi

Sebaik pengawal itu melihat kesan tanah baru digali, dia segera mengoreknya sehingga ternampak kaki kanan bayi terbabit, sebelum segera memaklumkan kejadian itu kepada pengurus ladang yang kemudian menghubungi polis.      

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Jonathon Ringgit, berkata sepasukan anggota Balai Polis Pusat Miri bergegas ke lokasi.

Sebaik tanah itu dikorek sepenuhnya, polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat serta masih bertali pusat, dibungkus dengan kain lampin serta selimut mempunyai tanda untuk kegunaan hospital, dipercayai baru dilahirkan.

Polis tidak menolak kemungkinan bayi itu hasil hubungan terlarang sebelum ditanam. Ini berdasarkan keterangan pengawal keselamatan yang melihat gelagat dua suspek di lokasi, katanya.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan maklumat dari Klinik Kesihatan Batu Niah dan Hospital Miri untuk mengenal pasti latar belakang individu yang melahirkan bayi sejak beberapa hari lalu.                                

5

Bagus
4

Marah
9

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NIXAR 28-11-2013 01:38 PM
apesal x sergah awal2....kalau x sempat selamatkan bayi tu
Quote timahhitam 28-11-2013 01:44 PM
makin berleluasa manusia malaysia nih membuat dosa zina, dosa membunuh...
hina n dayusnya ibubapa yg membunuh anak kecil yg lemah....babbbiii betul
Quote noor2 28-11-2013 01:46 PM
kesiannyaaaa....



awat dia tak belah ja perut dia masa mengandung 6 bulan tu...sial punya mak baby ni..
Quote batmana 28-11-2013 01:48 PM
pengawal ni tarak telur ka.. sergah la weii..
baling cota ka, batu ka..

Quote Pinardi90 28-11-2013 01:49 PM
celaka betul la
Quote clarizsa 28-11-2013 01:49 PM
adoilaa... awat bunuh... bagi kt i pn xpe... kejamnyaaa... isk.. :Q
Quote nurul_akmar 28-11-2013 01:51 PM
aku doa supaya 2-2 pembunuh tu dihantui dgn baby dorg tu sehingga ke akhir hayat
Quote asha 28-11-2013 01:52 PM
ya Allah.. sedih baca berita ni.. masih hidup lagi bayi tu,mmg xde hati perut langsong mak pak bayi tu..
Quote mamat2009 28-11-2013 01:54 PM
zaman jailillah moden
Quote voiletiris 28-11-2013 01:57 PM
napa pengawaltu tak sergah .or Tanya mereka ,kan dia kata mencurigakan..kesian bayi tu..bygkan tgn kecil dia terkapai2..moga ibu dan bapa bayi tu di beri pebalasan yg setimpal masa hidup mereka atau selepas mati.aku agak ni keja PATI yg keja kat lading tu
Quote dahliateck 28-11-2013 02:01 PM
astaghfirullahalazim

dah la penzina, pembunuh pula, setannya perangai
Quote jaja4 28-11-2013 02:06 PM
kejamnyeeee!!
Quote aku_spek 28-11-2013 02:13 PM
kenapa pengawal tu tak halang awal2 padahal dia dah bgtau 2org tu kelihatan mencurigakan / sangka nk ceroboh ladang dan dgr suara tangisan bayi??  
Quote honda_jazz 28-11-2013 02:14 PM
kejammm gilor...
Quote shysari 28-11-2013 02:15 PM
Adoiii halang la dr tanam ni dok mengintai tengok apa org dok buat.. 1 nyawa x bersalah jadi mangsa..
Quote lavacoffee 28-11-2013 02:16 PM
dahliateck posted on 28-11-2013 06:01 AM
astaghfirullahalazim

dah la penzina, pembunuh pula, setannya perangai

mana lu belajar setan berzina bunuh org semua...??

buku Berbicara Dengan JIN kah..???





Quote Vokuro 28-11-2013 02:16 PM
bohsia melayu sunni syumul ahli sorga ke syiah?
Quote rebecca_nur 28-11-2013 02:17 PM
Wowww now back to zaman jahiliah..dulu tanam baby hidup hidup disebabkan bayi tu perempuan
Quote aliaa 28-11-2013 02:18 PM
kejammmm......

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.058672 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top