CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Mesir Belasah Isteri

27-11-2013 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11658| Komen: 100

Description: Mangsa Yang Baru Lepas Pantang Itu Juga Mengalami Masalah Anemia Dan Tekanan Darah Tinggi Akibat Penderaan Suaminya Itu Dan Akibat Keletihan, Mangsa Tertidur Hingga Suaminya Pulang Kira-Kira Jam 2.30 ...
Wanita habis pantang diterajang suami warga Mesir

Gambar hiasan


Kuala Lumpur: Seorang wanita yang baru habis pantang bukan saja disepak dan diterajang suaminya, malah lelaki warga Mesir itu turut mengugut membunuh dua anak mereka yang berusia setahun sembilan bulan dan 90 hari.

Difahamkan, mangsa berusia 40 tahun itu berkahwin dengan lelaki warga Mesir itu tiga tahun lalu selepas mangsa berkenalan sebagai rakan perniagaan mengimport makanan dari Arab.
Sumber polis berkata, mangsa juga dipaksa melabur RM400,000 dalam syarikat lelaki berkenaan sebelum mereka berkahwin.

Katanya, suami mangsa melayannya dengan baik hingga pasangan itu mendapat anak pertama dan selepas itu mangsa sering didera lelaki berkenaan dari segi fizikal dan mental.

“Mangsa sering dipaksa bekerja daripada jam 8 pagi hingga 7 malam kerana ingin mengurangkan kos pekerja dan jika mangsa gagal menyiapkan pekerjaan seperti yang diarahkan lelaki Mesir itu, dia digelar pelacur dan anak anjing.

“Tidak cukup dengan itu, lelaki itu juga akan membelasah mangsa tanpa belas kasihan meskipun mangsa masih berpantang,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam kelmarin ketika mangsa berada di pejabat, suspek memarahi mangsa berikutan mesin pencetak di pejabat mereka kehabisan dakwat.

Katanya, mangsa ditampar dan ditendang dan suspek mengugut akan membunuh anak sulung mereka apabila mangsa menyatakan hendak pulang ke rumah ibu bapanya.

“Mangsa yang baru lepas pantang itu juga mengalami masalah anemia dan tekanan darah tinggi akibat penderaan suaminya itu dan akibat keletihan, mangsa tertidur hingga suaminya pulang kira-kira jam 2.30 pagi,” katanya.

Sumber berkata, suspek cuba menerkam kedua-dua anak mangsa yang sedang tidur dan apabila mangsa cuba menghalang tindakannya, dia dibelasah hingga pengsan.

Selepas mangsa tersedar keesokannya kira-kira jam 10 pagi, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Setapak untuk tindakan lanjut.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekngucing 27-11-2013 06:55 AM
bini dia mesti melayu ni
Quote aurora273 27-11-2013 06:58 AM
Konon pak arab gagah perkasa kekdahnya..
Quote sekngucing 27-11-2013 07:01 AM
salah bini dia laa ni
Quote nexusys 27-11-2013 07:26 AM
pak arab SELALUNYA main kasta ok... so sesapa nak buat laki bangsa arab ni jejaga sket...

bagi derang, arab adalah bangsa soci dan takde sapa boleh tandingi derang

Quote sueism 27-11-2013 07:28 AM
Pak Arab yg org dok sanjung tinggi
Quote vespa_oren 27-11-2013 07:28 AM
@mommymonster82 cakap orang arab nie muliakan perempuan, mana ada pukul2 nie, semua dongeng metro
Quote sekngucing 27-11-2013 07:31 AM
bangsa arab memangla mulia
dia kan kasta lg tinggi pada melayu
Quote Kassim_Patalon 27-11-2013 07:31 AM
ni sunni ka shia?
Quote sekngucing 27-11-2013 07:32 AM
shia leboueff
Quote WawaRaRa 27-11-2013 07:33 AM
vespa_oren posted on 27-11-2013 07:28 AM
@mommymonster82 cakap orang arab nie muliakan perempuan, mana ada pukul2 nie, semua dongeng metro

maybe dia muliakan perempuan arab jer kot.... kan saper tah tadi cakap dia main kasta2... hehe... agaknyer la..

Quote vespa_oren 27-11-2013 07:35 AM
WawaRaRa posted on 27-11-2013 07:33 AM
maybe dia muliakan perempuan arab jer kot.... kan saper tah tadi cakap dia main kasta2... hehe...  ...

Dia ckp dia duduk arab bertahun2 dia tahulah,
Quote wanlya 27-11-2013 07:45 AM
isk..isk....mesti suami tu sering xdapat ape yang die nak.....kesiannye...dah lame baru nak buat laporan polis....
Quote nurul_akmar 27-11-2013 08:08 AM
ant org yg aku x ske ialah org arab. rude.
Quote mommymonster82 27-11-2013 08:09 AM
vespa_oren posted on 27-11-2013 07:28 AM
@mommymonster82 cakap orang arab nie muliakan perempuan, mana ada pukul2 nie, semua dongeng metro

Sori ye xsemua..majoriti...
Xyahlh nk dendam kesumat nk tag nm sy yer vespa oren....
Quote mommymonster82 27-11-2013 08:10 AM
vespa_oren posted on 27-11-2013 07:35 AM
Dia ckp dia duduk arab bertahun2 dia tahulah,

Apa masalh ko klu aku nk kt lki arab baik?
Jntan melayu bacul pon rami jer pukul bini....
Quote salimrock 27-11-2013 08:27 AM
Sumber polis berkata, mangsa juga dipaksa melabur RM400,000 dalam syarikat lelaki berkenaan sebelum mereka berkahwin.

bagaimana lelaki arab tu buleh paksa pompuan tu melabur?


Quote salimrock 27-11-2013 08:28 AM
asal arab je..mesti pompuan tu igt arab loaeded/ mulia..kasta tinggi...mcm kat Arab saudi...abu dhabi...dubai.padahal mesir tu katergori arab caprut.........
Quote salimrock 27-11-2013 08:32 AM
dekat 40 tahun baru dpt anak pertama........kawin lambat la tu...
Quote wana89 27-11-2013 08:33 AM
Mesir bukan negara miskin ke?  

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.055763 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top