CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerap Terima Wang Palsu

25-11-2013 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8401| Komen: 28

KUALA KANGSAR - Beberapa peniaga di daerah ini mendakwa terpaksa menanggung kerugian berikutan kerap menerima bayaran menggunakan wang palsu, akhir-akhir ini.

Peniaga mendakwa, kebanyakannya berlaku tanpa disedari ketika mereka sibuk melayan pelanggan hingga tidak berkesempatan memeriksa ketulenan wang terbabit.

Pemilik restoran, Salim PS Hassan, 45, mendakwa, hanya menyedari kewujudan wang palsu itu setelah seorang pelanggan memulangkan wang terbabit.
       
"Pelanggan beritahu wang itu ditolak ketika dia mahu membuat bayaran bil dan kemudian dia datang semula ke kedai ini dan minta ganti.
       
"Saya terpaksa ganti walaupun saya sendiri terpedaya," katanya.

  • Salim menunjukkan wang palsu (kiri) yang diberikan individu tidak bertanggungjawab.

       
Menurutnya, biarpun nilai wang palsu itu cuma RM20, namun ia mencalarkan imej kedainya.
       
"Bukan nilai wang yang saya fikirkan, tapi imej kedai mungkin terjejas disebabkan sikap tidak bertanggungjawab individu yang membuat bayaran menggunakan wang palsu," katanya.
       
Sementara itu, penjaga kaunter sebuah stesen minyak dikenali sebagai Syafika, 23, berkata, dia beberapa kali menerima wang palsu, namun gagal mengesan individu yang bertanggungjawab menggunakannya.
       
“Selalunya, mereka akan gunakan wang palsu ketika mahu membeli kad tambah nilai.
       
"Mereka akan minta dan apabila dapat kad, mereka letakkan wang serta beredar secepat mungkin," katanya.
       
Malah menurutnya, kesempatan menggunakan wang palsu juga dilakukan ketika premis penuh dengan pelanggan.
       
 "Wang palsu digunakan itu menggunakan cetakan biasa atas kertas yang agak nipis berbanding wang tulen.
       
"Apabila wang itu dibasahkan, dakwatnya cair dan benang keselamatan bergaris putus-putus turut tertanggal," katanya.
       
Tinjauan Sinar Harian mendapati, wang palsu yang diterima peniaga bersaiz lebih kecil dan warnanya juga agak berbeza.
       
Malah, kertas digunakan agak licin dan nipis berbanding wang tulen. Namun agak sukar membezakannya sekiranya wang palsu terbabit tidak diperiksa dengan teliti.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kassim_Patalon 24-11-2013 09:55 AM
perak darul wang palsu
Quote AHMADVW 24-11-2013 10:03 AM
hrpnye brim bukan dr wang palsu
Quote purpledesire 24-11-2013 10:05 AM
ohh..mcm tu rupenye nak kenal wang palsu dgn wang btol..

Quote brownstone 24-11-2013 10:06 AM
nak jadi maju 2020, apa kata start guna electronic purse mcm touch n go tu...isi dlm kurang 100 ringgit...kalau nak bayar teh tarik touch aje.
Quote azlinahmad 24-11-2013 11:52 AM
teknologi pemalsuan juga meningkat untuk wawasan 2020
Quote batmana 24-11-2013 12:17 PM
tu kes yg pkai inkjet printer, resolution tinggi punye cetakan,
kertas yg hampir sama.
jadi mngsa kalu waktu customer ramai, wktu mlm, atau pekedai jenis budak2 yg tk peka.

ade aku jupe yg cetak gune laserjet, tu lagila celup air tk kembang dkwat .waterproof punye printing.

jadi, hati2 ajala, tak pun beli infra-red scan duit tu, ade jual kt supermarket.baru bape puluh ringgit aja..
tu pun klu gigit nk scan tiap2 duit yg dptla..
Quote Kassim_Patalon 24-11-2013 12:19 PM
entah, tak pernah jumpa duit pelesu, selalu duit koyak, duit putus dua, duit lusuh walau ori pun dah nampak pelesu
Quote Simunggu 24-11-2013 12:31 PM
sekarang banyak yg palsu bukan setakat duit....senyuman pun banyak yg palsu..susah mau kesan mana yg betul ikhlas....heheheehe
Quote rdzaccess 24-11-2013 08:39 PM
brownstone posted on 24-11-2013 10:06 AM
nak jadi maju 2020, apa kata start guna electronic purse mcm touch n go tu...isi dlm kurang 100 ring ...

Dah ada.. boleh guna debit card tetapi harga satu adget rm tiga ratus ... pekedai reluctantlah pulak nak beli ...
Quote annehuda 24-11-2013 08:53 PM
buku first Jack Reacher ade citer pasal sindiket wang palsu kt US



sindiket tu curik duit usd1, bleached kan pastu cetak jadi duit usd100. untraceable.pastu baru aku terfikir oh patutla saiz duit kt malaysia ni berbeza2....
Last edited by annehuda on 26-11-2013 10:07 AM

Quote BurningTimes 24-11-2013 08:53 PM
Lain kali cek lah duit itu, kan dah dapat duit palsu, selayaknyalah.
Quote myths2011 24-11-2013 09:54 PM
Duit palsu ni bnyk kes diaorg edar di tempat org ramai.. Mcm kat pasar mlm or pasar tani.. Peniaga kan busy.. Duit tu kdg dilipat lipat jer.. So, peniaga takde lah Beriya cek detail kan.. Nanti kira balik baru tau.. Rugi tak tentu pasal..
Quote mommymonster82 24-11-2013 09:58 PM
Kesian yg jd mngsa peniaga kecil keciln..
Pnh tgk duit rm20 yg plsu...
Mmg klu skli tgk xperasan..
Bila letak dgn yg asli baru perasann duit plsu.
Dia cetk rm20 sbb skrg ni org xkenl sgt duit rm20 tu..n org xsyk sgt..
Xmcm 100@50
Quote boyagombak 25-11-2013 06:35 PM
AHMADVW posted on 24-11-2013 10:03 AM
hrpnye brim bukan dr wang palsu

bukan wang palsu tetapi janji2 pelesu
Quote clarizsa 25-11-2013 06:38 PM
pandainya dorg wat duit palsu.. teraniaya sape yg dpt..
Quote jetrofa 25-11-2013 06:53 PM

kalau kat supermarket,
infra red scan tu derang guna utk scan note rm50 ja
jarang nampak theyol scan rm10, 20 ...motip?
Quote tupaiterbang 25-11-2013 07:27 PM
fyi wang pelsu ada collector dia and rege pun bleh tahan..tak nak bak mai sini
Quote mak_wa95 25-11-2013 08:12 PM
muka pun banyak dah palsu sekarang ni
Quote badri 26-11-2013 08:50 AM
sape punye kejelh cetak duit palsu rm20 nie..

pada hal not rm20 nie masih baru digunakan...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.041183 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top