CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Pelanggan Buat Page Boikot Kedai Salun Rambut!

21-11-2013 09:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23002| Komen: 195

Description: Menurut Tanya H. Fernandez Dalam Pos Pertama Di Laman Berkenaan 15 November Lalu, Dia Datang Ke Salun Berkenaan Dengan Rambut Tebal, Panjang Dan Sihat. Namun Lima Jam Kemudian Rambutnya Bertukar Menj ...
Seorang pelanggan salun rambut terkenal di negara ini, A Cut Above tidak bepuas hati dengan hasil akhir lalu meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan wewujudkan laman “Boycott A Cut Above” di Facebook.


Menurut Tanya H. Fernandez dalam pos pertama di laman berkenaan 15 November lalu, dia datang ke salun berkenaan dengan rambut  tebal, panjang dan sihat. Namun lima jam kemudian rambutnya bertukar menjadi kering, kasar dan kusut sedangkan dia telah mengeluarkan belanja sebanyak RM600.


Menurut Tanya, pendandan rambut dan pengurus salun mengaku rambutnya telah rosak namun tidak pasti apakah penyebab utama.
Penyelesaian yang disarankan padanya adalah mendapatkan rawatan kondisioner dan Keratin Brazilian setiap tiga bulan hingga rambut baru tumbuh semula.





Tanya yang berasa kesal dengan kejadian ini meminta wangnya dipulangkan semula manakala rambutnya yang rosak diberikan rawatan secara percuma. Apabila pekerja salun gagal mendapatkan tindakbalas daripada pemilik salun iaitu Datin Winnie Loo, Tanya berkeras menunggu di salun hingga masalahnya diselesaikan.


Akhirnya Tanya dapat bercakap dengan anak Winnie iaitu Richard Teo namun dia diberitahu, tiada pulangan wang dapat diberikan setiap kali pelanggan tidak berpuas hati kerana jika itu dilakukan setiap kali, bisnesnya boleh bangkrap. Jawapan ini menyakitkan hati Tanya lalu tercetuslah page ”Boycott A Cut Above” yang mencatat 811 Likes sehingga hari ini (Rabu).





Laman yang diwujudkan oleh Tanya rupa-rupanya menangkap perhatian pihak A Cut Above. Salun itu kemudiannya menerangkan kejadian yang berlaku dianggap bermula daripada kesilapan Tanya apabila mengabaikan nasihat pendandan rambut mereka.

Jawapan A Cut Above berbunyi:


   

Namun cerita belum berakhir. Tanya kemudiannya memuatnaik pula pos di Facebook  ’print screen’ daripada anak Winnie, Hazel Teo yang menghantar pesanan kasar kepadanya. Tanya turut memuatnaik respon yang dirasakannya berlagak apabila dia diingatkan supaya tidak lupa pemilik A Cut Above, Richard Teo dan Winnie mempunyai gelaran Datuk dan Datin pada pangkal namanya. Dia juga menyertakan ‘print screen’ dirinya dikata oleh Winnie dan anak beranaknya di laman Facebook lain.




Keadaan tambah panas apabila anak perempuan Winnie, Hazel sekali lagi menghantar pesanan biadap kepada Tanya lalu dia berkongsikan status ini di laman Facebook.



Ternyata, inilah silap paling besar dilakukan oleh pihak Winnie. Bahasa yang digunakan ini membuatkan ramai pihak mengutuk seterusnya menyokong Tanya. Bagaimanapun susulan itu, Winnie Loo menjernihkan keadaan apabila meninggalkan jawapan di laman Facebook yang diwujudkan Tanya bahawa dia sendiri tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan Hazel.

Winnie menyatakan dia tidak dapat melihat secara jelas isu yang berlaku pada Tanya kerana dia berada di luar negara sebelumnya.
Justeru, dia mempelawa untuk menyelesaikan permasalah dihadapi. Diharapkan, inilah pengakhiran kemelut antara Tanya dan Cut Above. Masalah ini mungkin tidak berpanjangan jika kedua-dua pihak menggunakan cara diplomasi dan profesional sejak mula untuk menyelesaikan sebarang masalah

4

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 21-11-2013 03:02 AM
cukur kasik botak je.......



Quote BurningTimes 21-11-2013 03:04 AM
Sudah biasa dah jumpa akak2 bimbo pergi salon, orang surah guna vitamin untuk rambut dia masih gigih duk guna shampoo pprt, lepastu rambut rosak mulalah nak mengamuk, soooo pprt!!! Ummah dunia ketiga pakai cawat besi memang perangai macam ini lah kot. Moga2 ummah begini di timpa kecelakaan lagi bahagus.
Quote xanderz 21-11-2013 03:05 AM
BurningTimes posted on 21-11-2013 03:04 AM
Sudah biasa dah jumpa akak2 bimbo pergi salon, orang surah guna vitamin untuk rambut dia masih gigih ...

teringat kes pizza domino hari tu.. mcm bangsa tu jer..
Quote lavacoffee 21-11-2013 03:06 AM
Winnie la...richard la..hazel la....

mata sepet gak...

Quote BurningTimes 21-11-2013 03:08 AM
Lain kali kalau engkau dah gatal sangat nak buat rawatan, ikut lah apa nasihat yang di beri, ini orang suruh guna vitamin pergi guna sabun, Bodoh kan dik. Selayaknyalah kamu kena begini, kadang2 Elohim suka bayar cash sahaja dekat ummah bodoh begini. Apa motif buat facebook page yang likers pun tak semenggah? Supaya nampak syumul? Dah nampak sangat kau yang salah kan, sampai nak buat facebook page pelbagai, lain kali report sahaja polis, nampak sangat kau ni tak berani dik.
Quote BurningTimes 21-11-2013 03:10 AM
xanderz posted on 21-11-2013 04:05 AM
teringat kes pizza domino hari tu.. mcm bangsa tu jer..

Kes pizza domino yang mana tu kak? Akak tak tahu pun.
Quote Acong 21-11-2013 03:23 AM
rambut asalnya pun mmg kasar kan? lawa lagi rambut aku....



tapi aku sokom boikot...... anaknya perangai hazab......
Quote xanderz 21-11-2013 03:31 AM
BurningTimes posted on 21-11-2013 03:10 AM
Kes pizza domino yang mana tu kak? Akak tak tahu pun.

ada di thread ini

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=650788

Quote BurningTimes 21-11-2013 03:34 AM
Acong posted on 21-11-2013 04:23 AM
rambut asalnya pun mmg kasar kan? lawa lagi rambut aku....

Yang perangai anak tokey macam haram tu akak tau, tapi yang gambar ni apa dia ? Penyapu ke orang?
Quote mommymonster82 21-11-2013 03:50 AM
Mommy xtau citer benar disebalik ni..
Tp kn mmg my fren hubby dia ada kedai kasut...
Dah bebrpa dorg ni dtg blik mintak tukar n komplen kasut yg dijual tu rosak..
Ktnya bru pki kejp da rosak..
Tp bila cek tpk kasut..mcm org gi jungle tracking..
Yg geram beli sandal rm20-30.. Ko bajet kualiti camne?
Pastu bru terkuar citer kt rupanya pki sandal tu g jln merata...holidaylh ktkn..
Boleh dtg kedai mintk duit balik..
Geram gila dengar
Quote juliez 21-11-2013 07:35 AM


Dah settle luar ker? I cari the boycott page tak jumpa pun

check dlm a cut above pny page pun tak jumpa apa2
Quote krustykrab 21-11-2013 08:33 AM
mommymonster82 posted on 21-11-2013 03:50 AM
Mommy xtau citer benar disebalik ni..
Tp kn mmg my fren hubby dia ada kedai kasut...
Dah bebrpa do ...

hahhaha pestime aku dengar citer org beli kasut 20-30 hinggit nak tukar balik.....gilo ke apo?
Quote rosasa 21-11-2013 08:40 AM
lantak korang la..byk lagi hal penting lain nak diboikot instead of crap like this

speaking pulokkkkk
Quote bottombikini 21-11-2013 08:58 AM
lavacoffee posted on 21-11-2013 03:06 AM
Winnie la...richard la..hazel la....

mata sepet gak...

baru na type benda yg sama...nama berdegar-degar nak omputih sajer..sekali baca surname

ada few chinese yg ai kenal..cantik macam model..background famili kaya gile..tapi tetap guna nama cina..

Quote Mulan 21-11-2013 09:03 AM
Kuasa pelanggan..
Quote JalakLenteng 21-11-2013 09:08 AM
bottombikini posted on 21-11-2013 08:58 AM
baru na type benda yg sama...nama berdegar-degar nak omputih sajer..sekali baca surname

ada  ...

Macam melayu la... tak sedar diri kulit berkerak, nakkkkk jugak pakai nama arab...

Nama melayu dah hilang entah ke mana...

Quote vv2005 21-11-2013 09:09 AM
perhabiskan RM600 untuk rambut..hebat MUU
Quote Loxlaxman 21-11-2013 09:10 AM
Lox gunting rambut at Kedai Gunting Rambut Sakhti .... tujuh hengget jer sekali poton ...ammah!
Quote mute 21-11-2013 09:17 AM
kesian ko dik...ketentuan ilahi la tu rambut ko jadi camtu...

Lihat semua komen(195)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.064760 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top