CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Edar Ganja Seberat 392 Kg

3-5-2021 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4727| Komen: 25

Description: Kota Bharu: Sepasang suami isteri bersama dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar ganja seberat 392.767 kilogram (kg), dua minggu lalu.
Kota Bharu: Sepasang suami isteri bersama dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar ganja seberat 392.767 kilogram (kg), dua minggu lalu.


Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada empat tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh iaitu Khairul Idzam Khairuddin, 50, bersama isterinya, Fazliana Zainudin, 37, dan dua rakan mereka, Mohd Kamarul Kamaludin, 37, serta Adibah Noor Nekmat, 31, didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya disyaki kanabis dengan berat kasar 392.767kg.

Kesalahan itu dilakukan mereka di sebuah rumah di Kampung Paya Bemban di sini, pada jam 8 malam pada 20 April 2021.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Kredit foto: Harian Metro



Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia.

Media sebelum ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah selepas merampas ganja dan syabu bernilai RM4.5 juta menerusi dua serbuan di Kota Bharu dan Tanah Merah, dua minggu lalu.

Serbuan di dua lokasi di Kota Bharu pada jam 8 malam, merampas 393 kg dadah jenis ganja yang dianggarkan bernilai RM982,500 dan menahan empat suspek termasuk dua wanita berusia 31 hingga 50 tahun. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nini_azmi 3-5-2021 01:58 PM
Mak oi beratnye...dah tua2 pun pakcik tu buat keje mcm ni.
Quote highcastle 3-5-2021 02:02 PM
Mak aii......... setengah tan ganja..........
Quote 3chanceno 3-5-2021 02:08 PM
Mana dapat banyak gitu?????
Quote saviour_09 3-5-2021 02:09 PM
ffuuhhh pakcik kayooo dekat 400kg kena tuuu

mana mau lari bang
Quote Shanan 3-5-2021 02:35 PM
Lain macam ni..
Quote JinnaL 3-5-2021 02:52 PM
Macam mana simpan 300kilo ni eh...
Quote Artemesiaa 3-5-2021 02:54 PM
Nak cepat kaya dah kantoi sendiri mau ingat
Quote Belibis 3-5-2021 03:03 PM
Alang2.baik bawa banyak terus.kalau sikit pun gantung jugak bila kantoi.
Quote Cik_jantung 3-5-2021 03:05 PM
ni cubaan nak jadi jutawan sangat nihh.... padan la mukaa
Quote rajilusharon 3-5-2021 03:11 PM
seriously..
Quote syamzana 3-5-2021 03:11 PM
banyaknye stok
Quote purplelilac 3-5-2021 03:17 PM
Wei x takut ke buat keje mcm ni, kalau kantoi sia2 hbs masa kat dalam x pun kene gantung! Tak fikir masa depan ke  Takutnya terkahwin dgn tokam dadah, x pasal aku dikira bersubahat
Quote paz 3-5-2021 03:20 PM
Wow banyak sungguh yer.
Quote Boomibulat 3-5-2021 03:34 PM
Cash lah..dgn Adibah Noor sekali masuk dlm..
Quote Cece1234 3-5-2021 03:39 PM
Sekilo rege brape?
Quote any42 3-5-2021 03:39 PM
wowwwwwwerrrrrsss
Quote _blackbird 3-5-2021 03:58 PM
Boomibulat replied at 3-5-2021 03:34 PM
Cash lah..dgn Adibah Noor sekali masuk dlm..

bila baca komen ko igt adibah noor yg gemuk tu. siap baca balik rupanya adibah noor lain
Quote mdhelmi 3-5-2021 04:00 PM

393kg = RM982,500


1kg = RM2,500
Quote roserouen 3-5-2021 04:07 PM
Banyaknyaa. Rosak anak bangsa macam ni

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.296498 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top