CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masjid Di Makassar Tak Pernah Ada Jemaah Wanita Sejak Dibina Pada 1907

20-4-2021 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2146| Komen: 7

Description: Sebuah masjid di Makassar, Indonesia dikatakan tidak pernah mempunyai jemaah wanita sejak masjid tersebut dibina pada tahun 1907, lapor potal berita Suara.com semalam.
Sebuah masjid di Makassar, Indonesia dikatakan tidak pernah mempunyai jemaah wanita sejak masjid tersebut dibina pada tahun 1907, lapor potal berita Suara.com semalam.

Masjid As’said yang terletak di Pecinan, wilayah Sulawesi Selatan itu dikhususkan untuk jemaah lelaki tidak kira sama ada untuk ibadah solat fardu mahupun solat sunat tarawih semasa bulan Ramadan.



Kredit foto: Masjid As’said yang terletak di Makassar, Sulawesi Selatan hanya membudayakan jemaah lelaki. – Suara Sulsel.com

Menurut wakil pengurusan Masjid As’said, Habib Ali Abdullah, alasan mengapa tiada jemaah wanita adalah kerana ia merupakan budaya yang diterapkan sejak dahulu lagi.

Pihak pengurusan, kata beliau, menjadikan hadis Nabi Muhammad SAW bahawa wanita sebaik-baiknya solat di rumah sebagai rujukan melibatkan penggunaan masjid.

“Orang-orang tua dahulu mengikut hadis Rasulullah bahawa kaum wanita lebih manis dan afdal kalau solat di rumah sahaja,” katanya,


Tambah Habib, jika ada pasangan suami isteri yang mahu menunaikan solat di sini, suami akan menghantar isterinya solat di Masjid Raya yang terletak berdekatan sebelum dia ke Masjid As’said untuk berjemaah.

“Ada juga beberapa kali kumpulan jemaah wanita datang untuk menunaikan solat di sini tetapi apabila mereka melihat tiada jemaah wanita lain, mereka memilih untuk pulang,” jelas Habib.

Namun begitu, Habib memberitahu bahawa pihak masjid sentiasa menyediakan kelengkapan dan ruang solat buat jemaah wanita terutama bagi musafir yang singgah untuk menumpang solat.

“Kebanyakan penduduk tempatan menghormati budaya jemaah lelaki sahaja di Masjid As’said dan ia dibuat tanpa paksaan. Kebiasaannya, wanita yang datang adalah musafir,” ujarnya.


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kuasaberganda 20-4-2021 10:41 PM
Mcm ni best juga. Slipper xhilang
Quote ninja boy 21-4-2021 06:05 AM
Edited by ninja boy at 21-4-2021 08:15 AM

Wanita masuk neraka sbb pahala kurang ka,  lelaki solat pahala 500 wanita solat pahala 10
Quote 3chanceno 21-4-2021 12:01 PM
Emmmmm...posa2 nie baca je lah, letih nak dok pikir isu di indon nie
Quote uori 21-4-2021 04:08 PM
kat sini bukan saja pompuan boleh semayang kat masjid, kat pusat bowling pun dorang semayang k

{:nose
Quote tepisket.. 21-4-2021 04:48 PM
Masjid kat sri petaling pun cmni. Utk laki je. Sebab situ markaz tabligh. Nak masuk pun segan. Huhu
Quote notM 24-4-2021 01:29 PM
Pompuan nak masuk Syurga katanya kena taat pada suami.

So taat pada suami stay di rumah saja lah...betul lah tu
Quote Atata 24-4-2021 01:33 PM
Tapi nabi larang suami2 dari larang isteri ke masjid. Cumanya paling adfal wanita tu sendiri solat je di rumah.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.052286 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top