CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fendy Bakry Jadi Sendu Lepas Berkahwin?

22-3-2021 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3967| Komen: 17

Description: Bukan memilih untuk 'low profile' atau hilang daripada radar dunia hiburan selepas berkahwin, sebaliknya pelakon, Fendy Bakry berpijak di bumi nyata dalam situasi pandemik COVID-19.
Bukan memilih untuk 'low profile' atau hilang daripada radar dunia hiburan selepas berkahwin, sebaliknya pelakon, Fendy Bakry berpijak di bumi nyata dalam situasi pandemik COVID-19.


Fendy berkata, dia memilih memperlahankan rentak seni kerana mengalami masalah kesihatan yang enggan diperincikan, sejak beberapa tahun lalu.

Penyandang trofi Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu juga bertemu jodoh dengan wanita pilihannya dikenali dengan nama Ayu.


Kredit foto: IG

"Saya tidaklah 'low profile' sangat, cuma apa sahaja peluang depan mata kena rebut dalam situasi pandemik COVID-19.

"Sekarang, saya tengah fokus untuk memajukan perniagaan kambing perap. Kena cepat bertindak dan buat putaran 360 darjah.



"Menunggu sahaja tidak akan mendatangkan hasil apa-apa. Hidup kena diteruskan walau apa terjadi, usaha dan keyakinan juga penting," katanya kepada BH Online.

Pelakon yang pernah meledak menerusi drama Mr Grey itu berkata, dia tidaklah memilih tawaran lakonan.

"Masih ada tawaran, cuma ada kala tidak kena masa. Jadual berniaga pula tidak mengizinkan, jadi saya cuba memenuhi permintaan berlakon. Ada juga tawaran lain, cuma belum ada kata putus.

"Sebelum ini, saya sempat menyelesaikan penggambaran drama Tak Sempurna Mencintaimu untuk Akasia TV3 dan filem Seandainya Kau Ada terbitan Zeel Production. Drama arahan Emi Suffian itu akan mula disiarkan pada penghujung Mac ini.

"Saya berehat seketika, kemudiannya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0," katanya.


Mengulas perkembangan hidup berdua, Fendy atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri berkata, dia masih menikmati fasa bulan madu bersama isteri.

"Alhamdulillah seperti pasangan suami isteri lain, kami juga tak terkecuali memberi tumpuan kepada rumah tangga.

Komitmen bertambah, jadi saya kena hargai apa yang sedia ada.

"Dahulu kerja tidak berganda disebabkan saya hanya fikir diri dan keluarga. Tetapi, sekarang saya kena bekerja keras, itu belum lagi tambah cahaya mata.

"Setakat ini, kami belum ada rezeki nak timang cahaya mata. Mana tahu berkat doa, ada peluang bergelar ibu bapa, tidak lama lagi," katanya.


Dalam mengenai tahap kesihatannya, Fendy berkata, ia masih dalam keadaan terkawal.

"Tahap kesihatan seperti biasa. Saya masih buat rawatan susulan dengan doktor. Untuk soal ini, saya tidak boleh cakap lebih-lebih. Kita tidak mampu menjangka apa yang akan terjadi.

"Orang sihat pun boleh jatuh sakit, begitulah sebaliknya. Saya ikut sahaja saranan doktor dan amalkan gaya hidup sihat.

"Tiada aral melintang, ada sesuatu yang besar akan diumumkan pada Jun depan. Jadi, kena kuatkan fizikal dan mental," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote user.name 22-3-2021 03:09 PM
kambing mengeow? boleh la khenss asalkan tak low class macam mamakentut?
Quote Noraniza_Iblis 22-3-2021 03:36 PM
hero paling kepam abad 20an
Quote tagas 22-3-2021 03:39 PM
Ade cikki2 n acik2 gundu yg kisah

ka muka rempit camni
Quote kiah_mai_pulak 22-3-2021 03:40 PM
tahik lembooooo mana pulekk innehhhh????
Quote Campanula 22-3-2021 03:49 PM
hukkk...jahatnya korang..kejam sangat kot mengata rupa orang lain...
Quote anony-mous 22-3-2021 03:53 PM
Noraniza_Iblis replied at 22-3-2021 03:36 PM
hero paling kepam abad 20an

Tu pon ramai nk serahkan motiara khorsani. I tgk dah la xhensem, kepam pulak.  Klau gini rupa jd mr grey, mmg geli nk tgk. Yg sorang lg si nizam tu kelam jgk , tp ada manisnya
Quote Noraniza_Iblis 22-3-2021 04:00 PM
anony-mous replied at 22-3-2021 03:53 PM
Tu pon ramai nk serahkan motiara khorsani. I tgk dah la xhensem, kepam pulak.  Klau gini rupa jd m ...

nizam zaidi ke? heols blh tahan laa jgk.. walau gelap tp manis..
tp si FB ni.. mak aihh..mmg turn off trus,jd hero..
selayak jd..watak lalu lalang ,time pelakon shopping kt bazar ramadhan jahh..
Quote Kurex 22-3-2021 06:28 PM
Kalau uols semua taknak, biar iols yg nak dia...
Quote lynn6664 22-3-2021 06:34 PM
Tringat kes masa dia mhilang sekejap dlu. Konon2 kata kena buatan org. Upenye kena kuarantin sbb tibi♀
Quote JalaEmas 22-3-2021 06:35 PM
sebelum kawin pn takdelah mendoonia pon.. sendu jugak kn.. erk..
Quote missHaidiD 22-3-2021 06:37 PM
Dia ni takde aura nk jd hero pun.. Kepam.  Mula2 dulu skali pakej gigi kuning.  Kesan kuat merokok agaknya

Quote missHaidiD 22-3-2021 06:38 PM
lynn6664 replied at 22-3-2021 06:34 PM
Tringat kes masa dia mhilang sekejap dlu. Konon2 kata kena buatan org. Upenye kena kuarantin sbb tib ...

Laa. Ada tibi ke.  Baru tau.  Ingt betol la ada org dengki.
Quote Joysparta 22-3-2021 06:56 PM
Sapa pulak la fendi ni...
Quote Geeayden 22-3-2021 07:02 PM
Semoga fendi diberi kesihatan yg baik
Quote toxicated 22-3-2021 09:40 PM
Bila masa pulak ko tak pernah sendu
Quote Mawar91 22-3-2021 10:14 PM
lynn6664 replied at 22-3-2021 06:34 PM
Tringat kes masa dia mhilang sekejap dlu. Konon2 kata kena buatan org. Upenye kena kuarantin sbb tib ...

La bukan Sebb buah pinggang prob ke ?meols malas Bace atas tu
Quote lynn6664 23-3-2021 05:40 PM
missHaidiD replied at 22-3-2021 06:38 PM
Laa. Ada tibi ke.  Baru tau.  Ingt betol la ada org dengki.

Klu prasan kt leher dia ada parut. Lps mhilang tu time dia mncul balik tu parut tu pn muncul skali. Tu parut tibi kelenjar. Iols tau pn sbb ade kenal dgn org yg ada pnyakit yg sama

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.047481 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top