CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri Beri Salam!

12-11-2013 10:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9919| Komen: 56

Description: Machang - Polis Dan Orang Ramai Berjaya Menangkap Dua Pencuri Ketika Cuba Memecah Masuk Rumah Seorang Pensyarah Universiti Teknologi Mara (Uitm) Cawangan Kelantan Di Kampung Sungai Mas, Dekat Sini, Pa ...
MACHANG - Polis dan orang ramai berjaya menangkap dua pencuri ketika cuba memecah masuk rumah seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan di Kampung Sungai Mas, dekat sini, pagi semalam.

Suspek pertama berjaya ditangkap beberapa minit selepas kejadian, manakala suspek kedua ditemui di kawasan berdekatan kira-kira jam 4 petang, semalam.

Anak mangsa, NurFairuza Syahira Zainuddin, 20, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, dia seorang diri di rumah dan menyedari dua lelaki masuk ke kawasan rumah dengan sebuah kenderaan selepas membuka pagar.

“Saya intai melalui tingkap namun tidak kenal mereka dan mula rasa curiga. Saya telefon papa dan tanya jika ada sesiapa mahu menghantar barang dan sebagainya namun dia menafikan. Lantas saya minta dia pulang segera.

“Pencuri terbabit turut memberi salam namun saya hanya diam. Mereka keliling rumah sambil beri salam dan apabila saya tidak jawab, mereka cuba cungkil pintu depan rumah,”katanya kepada Sinar Harian,  semalam.

NurFairuza Syahira berkata, dia menyorok di dalam bilik selepas menyedari pintu rumah dicungkil dan sekali lagi menelefon bapanya agar segera pulang.

Sementara itu, Prof Madya Dr Zainuddin Awang yang segera pulang ke rumah setelah dimaklumkan anaknya, melihat pencuri sedang mencungkil pintu rumahnya sebaik sahaja dia tiba.

“Saya segera bunyikan hon dan mereka cuba melarikan diri dengan kereta namun, tidak dapat keluar apabila saya menunggu di pintu pagar. Mereka langgar kereta saya namun saya bertahan bagi mengelakkan mereka lolos.

“Apabila melihat polis, rakan saya dan orang ramai datang, mereka keluar kereta dan lari ke dalam semak di belakang rumah," katanya yang berterima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarganya menghadapi saat cemas tersebut


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 11-11-2013 08:16 PM

ade gambar sadis lagik..tapi aku malas nak tempek..search sendiri
Quote AdamBillionaire 11-11-2013 08:27 PM
TuntungReturn posted on 11-11-2013 08:16 PM
ade gambar sadis lagik..tapi aku malas nak tempek..search sendiri

mana dpt gmbr? kt sinar harian tiada gmbr. please upload.
Quote BurningTimes 11-11-2013 08:29 PM
Siap bagi salam? Ummah melayu sunni syafie wal jamaah felda pprt ajaran UMNO lah ini
Quote TuntungReturn 11-11-2013 08:36 PM
AdamBillionaire posted on 11-11-2013 08:27 PM
mana dpt gmbr? kt sinar harian tiada gmbr. please upload.

ang search sendiri adam..gambar banyak,,sadis..
Quote TuntungReturn 11-11-2013 08:38 PM
vios tu dihalang oleh mercedes..sumber dari mymedialab

Last edited by TuntungReturn on 11-11-2013 08:41 PM

Quote MissQaseh 11-11-2013 08:49 PM
Yg ni yg saya bace di blog







sumber:http://kemenyanberasap.blogspot. ... -khairul-fahmi.html

Quote mommymonster82 11-11-2013 08:54 PM
TuntungReturn posted on 11-11-2013 08:38 PM
vios tu dihalang oleh mercedes..sumber dari mymedialab

Vios kemek teuk...hihihi
Mercedes relek je..
Quote BurningTimes 11-11-2013 08:59 PM
Ternyata kereta Malaysia ini mengalahkan tin milo karat kemek cawat besi kalau me rempuh mercedes sekalipun.
Quote linnytuckming2 11-11-2013 09:04 PM
Memang la vios kemek teruk dr mercedes tp tgk kos repair mana yg tinggi..hehe
Quote BurningTimes 11-11-2013 09:07 PM
linnytuckming2 posted on 11-11-2013 10:04 PM
Memang la vios kemek teruk dr mercedes tp tgk kos repair mana yg tinggi..hehe

Tapi kak, saya lebih rela bayar kos repair yang tinggi dari pakai kereta yang sendu jah macam tin milo karat di mana kalau di rempuh babi hutan terus masuk gaung.
Quote linnytuckming2 11-11-2013 09:13 PM
BurningTimes posted on 11-11-2013 09:07 PM
Tapi kak, saya lebih rela bayar kos repair yang tinggi dari pakai kereta yang sendu jah macam tin  ...

Kalau xnak kemek kena langgar; pkai kereta kebal lah..haha.gurau jek
Quote BurningTimes 11-11-2013 09:16 PM
linnytuckming2 posted on 11-11-2013 10:13 PM
Kalau xnak kemek kena langgar; pkai kereta kebal lah..haha.gurau jek

Bagus jugak kak, kadang2 saya hangin tak hengat dengan ummah yang bawak lori duk hogging parking tengah jalan, kalau boleh langgar terus sampai mampos kan bagus, nasib baik kereta kecik.
Quote cloudy_83 11-11-2013 09:18 PM
vios curik kah?
Quote kecimpret 11-11-2013 09:23 PM


arsenal fan bunuh pegawai bank..man utd fan kaki rompak...liverpool fan tepuk tgn
Quote Mulan 11-11-2013 09:27 PM
bestnya tgk gambar kena pukul tu... pukullah lagi...
Quote lil 11-11-2013 09:32 PM
Nasib baik ank pensyarah bt tindakan telefon dlu ayahnye..
Quote muhammadfaisal 11-11-2013 09:33 PM
ish..ish sadis giler...tapi nak buat mcam mana..orang kata kalau jumpa pencuri bantai dulu..jangan sampi mati sudah..pastu baru bagi polis...
Quote Kassim_Patalon 11-11-2013 09:35 PM
wa'alaikumsalam

budi bahasa budaya kita
Quote leenaz 11-11-2013 09:48 PM
kesian...
tu berapa das yg baring atas jalan kena...

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.093037 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top