CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tahniah! Ashira Dan Bad Indigo Sah Suami Isteri

12-3-2021 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6662| Komen: 27

Description: Penyanyi, Ashira Aziz, 36, dan pasangannya, Bad, 46, dari kumpulan Indigo melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, jam 2.45 petang, hari ini.
Penyanyi, Ashira Aziz, 36, dan pasangannya, Bad, 46, dari kumpulan Indigo melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, jam 2.45 petang, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan bapa Ashira, Syed Abdul Aziz dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin. Menerusi video yang dihantar kepada media, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz dan Bad meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis itu.

Foto: IG

"Alhamdulillah, majlis pernikahan kami berjalan lancar dan dihadiri sebahagian anggota keluarga kedua-dua belah pihak memandangkan ada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi," kata Ashira.

Mereka yang juga bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) mula rapat selepas Bad bersama kumpulan Indigo tersingkir dari program itu.




Sementara itu, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi GV7 yang bertungkus lumus menyusun agenda untuk majlis mereka.

"Terima kasih kepada pasukan produksi GV7 yang mengaturkan agenda hari ini termasuklah urusan masjid, pegawai pendaftar hinggalah jamuan untuk tetamu," katanya.



Bad berkata, anak-anaknya terbuka dan menerima kehadiran Ashira dengan baik.

"Sekarang pun, mereka sudah mula memanggil Ashira dengan panggilan 'mom'," katanya.




Ini adalah perkahwinan kedua masing-masing. Dalam perkahwinan pertama, Ashira dikurniakan seorang anak, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, manakala Bad pula memiliki dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 12-3-2021 09:04 AM
Tahniah!!!!!


Lawa ashira.
Quote Incanto 12-3-2021 09:10 AM
Tahniah

First couple GV
Quote MissyMolly 12-3-2021 09:12 AM
@kaoru44 yezza... kn dah kata dpt jodoh ahahaa.. tahniah keduanya.. till jannah!!
Quote batrisyan 12-3-2021 09:15 AM
Eww.. gambar berdiri mengadap berdua macam berpakaian tapi telanjang. Kat msjid ke tu??
Quote Fafaaisa 12-3-2021 09:54 AM
Tahniah semoga bahagia
Quote silampumeja 12-3-2021 10:03 AM
Alhamdulillah. Rezeki sangat diorang berjodohan lepas gv.. moga kekal hingga akhir hayat. Bahagia sama sama. Jodoh sangat, sbb bad pun dah lama duda kan... Niat baik, tak tnggu lama terus nikah.
Sengal cerita pasal buat anak si bad ni..sengal

Comel je ashira upload waktu bawak bad jmpa ayah, ayah dia amik gambar terus buat mini love.. ayah dia rupanya penyanyi dulu dulu.... Comel sangat lagaknya dalam family duo
Quote Geeayden 12-3-2021 10:10 AM
Tahniah semoga perkahwinan yg dibina hingga akhir hayat
Quote pngky 12-3-2021 10:28 AM
batrisyan replied at 12-3-2021 09:15 AM
Eww.. gambar berdiri mengadap berdua macam berpakaian tapi telanjang. Kat msjid ke tu??

kain melekap kat bontot
Quote nowhite 12-3-2021 10:41 AM
Kalau pakai shawl tutup leher mesti lagi cantik manis. Tahniah
Quote iresju 12-3-2021 11:02 AM
Tahniah. Semoga berkekalan ke akhir hayat
Quote bottombikini 12-3-2021 11:02 AM
batrisyan replied at 12-3-2021 09:15 AM
Eww.. gambar berdiri mengadap berdua macam berpakaian tapi telanjang. Kat msjid ke tu??

baru nak cakap ..macam telanjang

utk korang2 yg nak nikah kat masjid ni tolong la hormat tempat nak nikah tu wei


Quote rajamoney 12-3-2021 11:05 AM
gaya pegang lengan tu cam tak sabau je abang botak tu

prfffffffffght
Quote beni_nikaido 12-3-2021 11:05 AM
Tahniah....
Quote Nurul_007 12-3-2021 11:15 AM
Apa lah tt ni dah ada thread untuk ini lah lebih awal
Quote kucingitam 12-3-2021 11:55 AM
tahniah keduanya...suwit la asyira ni..suka tgk dia
Quote kaoru44 12-3-2021 12:01 PM
MissyMolly replied at 12-3-2021 09:12 AM
@kaoru44 yezza... kn dah kata dpt jodoh ahahaa.. tahniah keduanya.. till jannah!!

Itulah..bila dh jmpa jodohnya..kena plak dgn masa..senang la semua urusan..xsngka gv tu pyebab diaorg btemu..
Quote AKAZ85 12-3-2021 12:15 PM
Tahniah ashira dan bad... Tak sangka masuk GV terus jumpa jodoh... Dulu suka tengok bad ni..
Quote AKAZ85 12-3-2021 12:20 PM
rajamoney replied at 12-3-2021 11:05 AM
gaya pegang lengan tu cam tak sabau je abang botak tu

prfffffffffght

Masing2 xsabau lerrr dah lama menduda dan menjanda... Eheeeeeeeee
Quote rajamoney 12-3-2021 12:23 PM
AKAZ85 replied at 12-3-2021 12:20 PM
Masing2 xsabau lerrr dah lama menduda dan menjanda... Eheeeeeeeee

selaku pakcik tua

pakcik tk nafikn

si ashira ni cun

apa la tongong laki lama dia ceraikan dia

ish ish ish

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.062354 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top