CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Johor Tarik Balik Gelaran Datuk Bekas Pengarah Upen Johor

8-11-2013 04:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16518| Komen: 61

Description: Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli Berkata, Baginda Turut Bertitah Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (P.I.S 11) Yang Dikurniakan Kepada Hamsan Juga Ditarik Balik Dan Dibat ...
Sultan Johor tarik balik gelaran Datuk bekas Pengarah UPEN Johor


Sultan Ibrahim Ismail Almarhum Sultan Iskandar


JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Almarhum Sultan Iskandar bertitah darjah membawa gelaran Datuk yang dikurniakan kepada bekas pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor Hamsan Saringat ditarik balik serta merta.

Setiausaha Jumaah Majlis DiRaja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, baginda turut bertitah Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (P.I.S 11) yang dikurniakan kepada Hamsan juga ditarik balik dan dibatalkan serta merta.      

"Mulai tarikh itu, Hamsan bin Saringat tidak boleh menggunakan gelaran Datuk dalam apa jua urusan," katanya di dalam satu kenyataan hari ini.      
            
Sultan Johor, katanya membuat keputusan itu mengikut kuasa-kuasa di bawah Fasal 7(2)(f) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 dan Fasal 13 Undang-Undang dan Peraturan Bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia.

Hamsan dikurnia Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Datuk Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J) yang membawa gelaran Datuk pada 2005.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FlowerGirl 8-11-2013 02:50 PM
Sebabnya?sori x tahu berita
Quote mawarika 8-11-2013 02:50 PM
Kenapa tarik balik
Quote sapp73 8-11-2013 02:51 PM
nixar...apa kes sampai kena tarik balik tu

Quote NIXAR 8-11-2013 02:52 PM
@sapp73           x tahu. xde penjelasan lg.
Quote che_yatt 8-11-2013 02:52 PM
Ada kes ka?
Quote zorrro_03 8-11-2013 03:09 PM
Mungkin sebab sultan johor baru perasan ex pengarah upen tu adalah jawa tegar.  
Quote kecimpret 8-11-2013 03:12 PM
zorrro_03 posted on 8-11-2013 03:09 PM
Mungkin sebab sultan johor baru perasan ex pengarah upen tu adalah jawa tegar.

jawa dan bugis dont mix
Quote azharuchan 8-11-2013 03:18 PM
mungkin dia pakai ic palsu dan berasal dari sulawesi...
Quote puterikhaleeda 8-11-2013 03:19 PM
mmg tegas jhr punya datukship nih ..... selalunya yg mmg betul2 berjasa pada negeri johor je yg dia org bagi ...
Quote rikays 8-11-2013 03:20 PM
jemaah majlis diraja johor tidak akan bagitau sebab2 penarikan , atas alasan tak nak aibkan beliau..
Quote md_nana 8-11-2013 03:22 PM
Patutlah td dgr radio ade berita ni.
Tak dingy atasan juga sbb penarikan balik.
Mesti sume org nk tau.
Quote AdamBillionaire 8-11-2013 03:23 PM
adam dpt title tan sri intan payung delima.. darjah kebesaran di kurniakan  oleh king edward ..tp title adam panjang sgt.. susah nak sebut.. so adam cancel lah..
Quote zorrro_03 8-11-2013 03:25 PM
Harap @peYno ada penjelasannya.  
Quote Muntz 8-11-2013 03:27 PM
Mintak balik kat negeri Pahang. Pahang senang sikit dpt kan?
Quote gaara_X 8-11-2013 03:28 PM
itu hak dia....suka hati dia nak bagi kat sesiapa n nak tarik bila2 masa pun......ngan dok jaga sangat tepi kain orang laa....ahaks!!
Quote kasijelaya 8-11-2013 03:54 PM


cara senang nak dpt Datuk
ni hah ...


Quote jazaa 8-11-2013 04:15 PM
Mesti ada sebab sampai kena tarik balik gelaran datuk.....
Jgn main2 dgn sultan johor.......
Sultan tak kisah buruk siku ke lengan......
Quote ateam1312 8-11-2013 04:21 PM
wow!!

serious ke nie...apa punca agaknyer kne tarik balik title nie......
Quote AnBulisia 8-11-2013 04:23 PM
abislah ketuanan jawa

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.057255 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top