CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Netizen Gesa Shuk Sahar Cepat Buang Nama Hot Fm Di Instagram

19-2-2021 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3242| Komen: 5

Description: Semalam, pihak pengurusan Hot FM menerusi Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd. Tahrim berkata, mereka telah menamatkan kontrak perkhidmatan Shuk Sahar sebagai penyampai ra ...
Semalam, pihak pengurusan Hot FM menerusi Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd. Tahrim berkata, mereka telah menamatkan kontrak perkhidmatan Shuk Sahar sebagai penyampai radio Hot FM berkuatkuasa serta merta.


Ini berikutan, siasatan dalaman syarikat mendapati Shuk telah melanggar kontrak dan terma perjanjian dan difahamkan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar telah dimaklumkan mengenainya.

Kredit foto: IG

“Kontrak Perkhidmatan Shuk Sebagai Penyampai Radio Di Hot FM Ditamatkan Berkuatkuasa Hari Ini.

“Selepas Selesai Siasatan Dalaman Mendapati Berlakunya Pelanggaran Terma Perjanjian Oleh Shuk Seperti Yang Sudah Dipersetujui Di Dalam Kontrak Perkhidmatannya Sebagai Penyampai Radio Hot FM.




“Shuk Juga Telah Dimaklumkan Mengenai Hal Ini,” Katanya Dalam Sebuah Kenyataan
 
Dalam pada itu, nama yang didaftarkan pada platform Instagram masih menggunakan @shuk_hotfm sehingga artikel ini ditulis (19 Februari 2021). Manakala pada bahagian profil juga masih tertera ‘HotFM DJ Announcer’ merujuk kepada tugasnya sebelum ini.



Menjengah kepada ruangan komen hantaran terbaharu Shuk, rata-rata netizen mengecam dan menggesa agar dia menukar namanya dengan kadar segera memandangkan dia tidak lagi bersama stesen radio berkenaan. 


Namun begitu, ada diantara mereka meminta agar diberikan ruang buat Shuk untuk kembali ke fasa baharu dalam hidupnya.


Kredit foto: murai.my


Terdahulu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung sementara bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman secara terperinci berhubung isu rumah tangganya yang tular di media sosial. Difahamkan segmen kendaliannya terdahulu bersama rakan penyampai, Fizie menerusi Geng Pagi Hot (GPH) diberi nafas baharu apabila memperkenalkan pelakon,penyanyi dan pelawak Mark Adam sebagai gandingan baharu. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 19-2-2021 01:56 PM
Syuk ni nama sedara kaka

Buat malu keturunan syuk ja mamat nonek kontot ni
Quote Jemahjemah 19-2-2021 11:48 PM
Kahkah. Sian di pelakor ini. Sabar la jap netizen. Dia tgh nangis dal selimut tu. Nanti dia buang la {:smile
Quote kakakpositifker 21-2-2021 10:42 AM
Netizen netizen
Quote Sambalberapi 21-2-2021 12:00 PM
Si faraj x dpt, keje pun melepas. Hapa pun x dpt. Tahniah je la
Quote gekkou 21-2-2021 12:47 PM
lepas ni buat tiktok menari bergelak dengan bini ya

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.050535 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top