CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Detektif Lim' Nikah Di Usia 55 Tahun

17-2-2021 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13291| Komen: 78

Description: Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Norhayati Abdullah, 39, di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur, semalam.
Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Norhayati Abdullah, 39, di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur, semalam.


Farid, 55, yang popular menerusi watak Detektif Lim berkata, majlis akad nikah berjalan dengan lancar walaupun sedikit lewat.


Foto: Harian Metro

"Alhamdulillah, majlis akad nikah berjalan lancar. Sepatutnya ia berlangsung jam 12 tengah hari tapi dilewatkan sedikit memandangkan ada beberapa pasangan lain sebelum kami. 

"Majlis semalam dihadiri lima orang termasuk saya dan juga isteri. Akad nikah disempurnakan oleh jurunikah dari Jawi, Ustaz Maliki," katanya kepada Harian Metro. 


Menurut Farid, melangsungkan majlis pernikahan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ada kelebihan dan kekurangan.

"Kalau dari segi kos, memang jimat sebab kita tak ada jemputan dan sebagainya. Tapi, dari segi perasaan untuk mengikut adat, saya rasa sunyi sikit sebab tak ada majlis keraian.


Foto: FB

"Insya Allah, kalau PKP sudah ditamatkan nanti dan kita dibenarkan untuk adakan majlis, kami akan adakan majlis resepsi sama ada di Kuala Lumpur atau di kampung halaman isteri di Kuala Krai, Kelantan," katanya.

Itu adalah perkahwinan pertama buat Farid dan isterinya yang juga ahli perniagaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 17-2-2021 02:18 PM
wow.. tahniah, alhamdulillah.. ingatkan perkahwinan kedua.. apa2 pun semoga berbahagia ke akhir hayat.. biar le lambat kahwin tapi bahagia sampai ujung usia..
Quote Nenasketum 17-2-2021 02:25 PM
Nampak muda SI, semoga kekal hingga ke Jannah
Quote tintin22 17-2-2021 02:26 PM
tahniah
Selamat Pengantin baru
Quote stinger.baik 17-2-2021 02:28 PM
tolong sikit

skang pangkat si la

sub inspektor

tatap peminat gerak khas dri zmn ac mijal

haaaaaaaaaaaaaaaa
Quote shernazz 17-2-2021 02:28 PM
Teringat dia curi buku tu..
Taniya farid amirul
Quote stinger.baik 17-2-2021 02:30 PM
lawa kapel ni

muka ada nur

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote ciksaenara 17-2-2021 02:47 PM
alhamdulillah tahniah
Quote stinger.baik 17-2-2021 02:48 PM
shernazz replied at 17-2-2021 02:28 PM
Teringat dia curi buku tu..
Taniya farid amirul

curi buku apa salahnya

mmbaca tu kn jambatan ilmu

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Redmyvi 17-2-2021 02:54 PM
Wahh, taniah.. sudah tertulis jodoh.. lmbat atau cepat jaa..
Quote kucingitam 17-2-2021 02:55 PM
stinger.baik replied at 17-2-2021 02:28 PM
tolong sikit

skang pangkat si la

hahaha...sama..walaupun dialog skema, tetap minat

Quote bottombikini 17-2-2021 03:04 PM
aiyo..so inspiring
Quote KIM.K 17-2-2021 03:11 PM
Wah tahniah..nampak lain
Taksangka first marriage for both
Quote stinger.baik 17-2-2021 03:25 PM
kucingitam replied at 17-2-2021 02:55 PM
hahaha...sama..walaupun dialog skema, tetap minat

mmg saja dato yusof haslam wat cam tu

nk tarik org bkn melayu tengok

lps tu pnonton bkn melayu dpt blajar bahasa melayu piawai

tu la agenda jarum2 halus pejuang melayu yg ramai tk nmpk

dlm skema pun ada kelakarnya

contoh watak lando roda2 kl ngn detektif mus gerak khas ckp loghat kedah

bkn main kelakar lagi

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote ezacbee 17-2-2021 03:28 PM
shernazz replied at 17-2-2021 02:28 PM
Teringat dia curi buku tu..
Taniya farid amirul

Aah. Part mencuri buku tu xbleh blah
SI pun mencilok gak
Quote AmandaRollins 17-2-2021 03:28 PM
Congrats to both bride n groom...till jannah
Quote fifie_olin 17-2-2021 03:35 PM
lor bujang ke dulu
tahniah
Quote Geeayden 17-2-2021 03:37 PM
Tahniah, semoga bahagia hingga hujung nyawa
Quote zehra2 17-2-2021 03:39 PM
tahniaahh..  
Quote sleepandream 17-2-2021 03:41 PM
farid amirul nama dia... iols mati2 ingat heols cina

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.158372 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top