CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trump Tinggalkan White House Buat Kali Terakhir Sebagai Presiden AS

21-1-2021 12:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2514| Komen: 9

Description: WASHINGTON: Donald Trump meninggalkan White House buat kali terakhir sebagai Presiden Amerika Syarikat, beberapa jam sebelum Joe Biden meneruskan warisan sebagai Presiden AS ke-46.



WASHINGTON: Donald Trump meninggalkan White House buat kali terakhir sebagai Presiden Amerika Syarikat, beberapa jam sebelum Joe Biden meneruskan warisan sebagai Presiden AS ke-46.

Trump yang sempat melambaikan tangan kepada khalayak ramai di situ turut mengucapkan bahawa ia adalah sebagai satu penghormatan besar untuk berada di dalam Rumah Putih tersebut.

“Adalah satu penghormatan besar, penghormatan seumur hidup.

“Orang-orang terhebat di dunia, rumah terbesar di dunia," kata Trump kepada wartawan, sebelum menaiki helikopter Marine One, di South Lawn, Rumah Putih.



Marine One akan membawa Trump dan isterinya Melania Trump ke pangkalan tentera Joint Base Andrews, Maryland, di mana Trump dijadualkan memberi ucapan serta mengadakan majlis perpisahan.

Dari Joint Base Andrews, Trump dan Melania akan meneruskan penerbangan ke Palm Beach, Florida, dengan pesawat kepresidenan AS, Air Force One.

Ini akan menjadi momen terakhir Trump terbang dengan pesawat rasmi Presiden AS.

Trump memecah tradisi apabila membuat keputusan untuk tidak menghadiri majlis angkat sumpah bekas Naib Presiden AS, Joe Biden daripada parti Demokrat sebagai Presiden baharu AS yang ke-46 di Washington pada Rabu.


Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 21-1-2021 12:47 AM
Nak nangis ke?

Quote dua_chzy 21-1-2021 12:47 AM
Melania menten gojes di sisi.
Quote rastaf 21-1-2021 12:51 AM
propa je kot gaduh ngan biden
Quote makneng 21-1-2021 01:02 AM
Tak ada lah lagi deco pokok xmas warna merah lepas ni.. {:yameteh
Quote kakikuDibibirmu 21-1-2021 01:18 AM
Jom makan kfc
Quote Perawankota 21-1-2021 02:59 AM
Alaa relax lah.. Ko ttp kaya raya wlupon ko tinggalkan white house
Quote kakakpositifker 21-1-2021 08:28 AM
Kata bini nya minta cerai. Netizen amerika fitnah ke?
Quote ctaz 21-1-2021 08:41 AM
dah tak do la METAL trump lepaih nih....

huhuhuhu sedih oooo
[youtube]p4u6cfYn_BI[/youtube]
Quote Simunggu 21-1-2021 08:44 AM
trump or biden sebenarnya sama...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.040837 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top