CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Sepahtu Dikecam Buat Lawak Lucah

19-12-2020 12:33 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 19748| Komen: 95|Original author: Cari-azza

Description: "Memang pelawak Malaysia wajib buat lawak double meaning ke?"Aksi pelawak Shuib dalam program secara langsung Sepahtu mencetuskan pelbagai polemik dalam kalangan penonton. Manakan tidak, adegan ya ...






"Memang pelawak Malaysia wajib buat lawak double meaning ke?"

Aksi pelawak Shuib dalam program secara langsung Sepahtu mencetuskan pelbagai polemik dalam kalangan penonton. Manakan tidak, adegan yang memaparkan Shuib memarut buah kelapa dilakonkan secara berlebihan. Ianya seolah-olah memberi makna l**ah kepada penonton.

Hal ini lah membuatkan kaunselor bebas, Akhi Fairuz menyelar aksi sedemikian yang telah dinormalkan menjadi sebahagian gaya hidup orang dewasa Malaysia.

Atau memang kena melawak l**ah baru kelakar?


Menurut Akhi, perkara ini telah berakar umbi lamanya dalam masyarakat kita sehingga ramai yang menjadikan ianya normal dalam percakapan seharian.

"Faham apa kesan normalisasi benda gini? Inilah yang selalu kena kepada mangsa sex harassment. Normalisasi!"

Foto :IG
Akibat terlalu banyak didedahkan dengan lawak sebegini sejak dari dulu lagi, maka ada yang berkata ianya bukan 'double meaning'. Walhal perkara ini sudah diterima mereka. Manakala bagi sebahagian orang lagi, itu sebenarnya gangguan seksual.

Foto : Twitter

Di kala netizen berdebat tentang lawak 'double meaning' tersebut, sebenarnya industri lawak kita terlalu banyak yang tidak kena. Ramai pelawak mengambil jalan mudah semata-mata untuk membuatkan penonton ketawa walaupun ia sebenarnya salah.

Foto : Twitter

Selagi ada yang berpendapat lawak sebegini normal dan tiada apa-apa, maka sehingga bila-bila gangguan seksual akan terus berlaku.

Jadi, kita mempunyai tanggung jawab yang berat untuk menyedarkan masyarakat bahawa lawak sebegini lah yang akan merosakkan minda generasi sekarang dan akan datang. Atau memang ada yang rasa lawak sebegini okey? - CARI


1

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote c===8 19-12-2020 12:41 PM
Ada ke pelawak atau host bekas pelawak yg berakal dlm negara kita?
Quote kiah_mai_pulak 19-12-2020 12:45 PM
ramai lagi ya duk hadap lawak2 bodoh yg ntah apa2 ni kan??? kesiannnnn. dh nk masuk 2021 dh kott
Quote CikDaNdeLi0n 19-12-2020 12:45 PM
Tak pnh raser teringin nk layan tgk rancangan spesis-spesis nih. Tak kuaser!
Quote Fafaaisa 19-12-2020 12:54 PM
Stoplah buat lawak lucah, double triple meaning semua tu..body shaming, troll org lain..cari lawak yg nampak bijak sikit..ingt semua netizen suka lawak bodoh gitu
Quote Gomea 19-12-2020 01:27 PM
Selagi ade yg menonton selagi tulah rancangan2 macam ni akan ditayangkan
Quote Hoola 19-12-2020 01:37 PM
Edited by Hoola at 19-12-2020 03:51 PM

............wow!tkdpt nk bhusnuzon lg lah! Apa tujuan buat mcm tu??? im impressed! Ingat ya,org msia semua dh bijak2 ya,tkdak masa lagi dh dgn lwk2 bodoh!
Quote babynina30 19-12-2020 01:42 PM
Bodohnya beliyau tyg muka tgh ml begitu ke jadinya
Quote awekjepun 19-12-2020 01:43 PM
Raja lawak pencentus lawak lucah.. dulu tak kot.. senario aku lupa plak, ada tak lawak lucah ni.
Quote Fazdnoah 19-12-2020 01:45 PM
Ramai ke yg hadap sepah sampah ni???
Quote September14 19-12-2020 01:46 PM
Jijik nya muka jntan nih

Yg tgk cter lawak raja lawak smua tu mmg bodoh.. x pnh rasa lawak geng2 diorg ni kelakar annoying adalah
Quote Amigurumi 19-12-2020 02:05 PM
Semalam tertengok lawak superstar ke apa ntah. 2 group kena tegur dgn juri sebab bawa ‘lawak’ yg membabitkan hal agama dan sexism. Bagus ada juri yg mcm tu sound dalam TV so that bdk2 muda tahu benda tu tak okay
Quote haruslah 19-12-2020 02:06 PM
Dulh masa baru tgk geng2 RL ni yg suka buat lawak double meaning ni kumpulan syuk
Ape ntah nama nya
Skrg dah makin byk....
Betul la tu....dah jd norma baru
Quote AshKetchum 19-12-2020 02:21 PM
lepas dah kena kecam upload la video mintak maaf bagai khenss. masa buat tu takde maksud apa. nak bagi penonton ketawa jahh katanyerr

[ig]https://www.instagram.com/p/CI9n35DFVQb/[/ig]
Quote imrb 19-12-2020 02:30 PM
rupamu.. perangaimu.. hazab!
Quote dudaberhias 19-12-2020 02:33 PM
tak lawak pun! dia ni tak pernah lawak pun bagi iols...

tapi at the same time iols tak nampak lucah tu.. taktau la dia cuba maksudkan lucah ke tidak...
kalau sagat kelapa dekat mesin tu memang bergegar teruk macamtu yach.. sape pernah guna tahu lah... mesin tu sendiri pun bising ya amat dan bergegar2... kalah vibrator yach
Quote Knowlee 19-12-2020 02:34 PM
Selagi ada yg menonton, selagi tu la diorang makin galak buat...
Quote kaseh80 19-12-2020 02:36 PM
Sudahnsudah la tgk lawak bodoh piang ni

Perasan popular sgt

Iq low
Quote adelea 19-12-2020 02:37 PM
xde modal dahh pelawak malaysia ni
semua xde originality
Quote pooh~key 19-12-2020 02:38 PM
awekjepun: Raja lawak pencentus lawak lucah.. dulu tak kot.. senario aku lupa plak, ada tak lawak lucah ni.


Ada sis. So tak payah nak acah suci konon2 zaman dulu ok zaman sekarang teruk ke apa lanciao ye dekkkk..... sama jah dek....

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.056424 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top