CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ditidurkan Dan Guna Alat Bantuan Pernafasan,”-Ibu Diserang Asma, Ali Puteh Mohon Doa Orang Ramai

18-12-2020 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15596| Komen: 86

Description: Ibu kepada pelawak Ali daripada kumpulan Puteh iaitu Sabariah Arshad dimasukkan ke Hospital Selayang, Selangor kerana serangan asma pada malam Khamis.
Ibu kepada pelawak Ali daripada kumpulan Puteh iaitu Sabariah Arshad dimasukkan ke Hospital Selayang, Selangor kerana serangan asma pada malam Khamis.

Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut memaklumkan ibunya kini ditidurkan dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

Foto: IG

"Salam Jumaat penghulu segala hari, emak dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Selayang sebab semput semalam (Khamis).

"Sekarang masih di hospital... mak ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan. Semoga mak kuat dan terus kuat," katanya menerusi Instagram.


Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik foto memperlihatkan sebuah ambulans yang dinaiki ibunya.

Sementara itu, adik kepada Allahyarham Abam ini memohon orang ramai mendoakan kesihatan ibunya itu agar cepat sembuh dan pulih seperti biasa.

"Doakan buat mak semoga semuanya kembali sedia kala... Allah uji tanda Allah sayang, segala puji bagi Allah.

"Doakan buat mak ya! Amin," ujarnya.


Dalam pada itu, rata-rata pengikut mendoakan supaya wanita berusia 63 tahun ini diberikan kesembuhan segera.

"Allahuakbar... sayu tengok wajah makcik, semoga dijauhi dari segala kesulitan dan kesakitan. Amin!

"Sabar bro dengan dugaan ini, emak saya pun tak berapa sihat juga... semoga Allah beri kesembuhan buat ibu-ibu kita dan mereka-mereka di luar sana yang juga kurang sihat," komen pengikut. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 18-12-2020 02:27 PM
TT asma la bukan sama.. Aiyoooo
Quote Atata 18-12-2020 02:28 PM
Mak dia muda lagi lg pembawaan mcm org dah tua gila. baru 63! My god
Quote bluebutter 18-12-2020 02:39 PM
Atata: Mak dia muda lagi lg pembawaan mcm org dah tua gila. baru 63! My god

Anak ramei. Miskin lak tu...


Kan berebut duit dgn nantu n cucu...

Yihhh sgt.
Quote zeetot 18-12-2020 02:42 PM
Btw out of topic, takde ke sesapa nak speculate retis lelaki main bomoh pedajal retis wanita in the same drama. Tapi ni retis2 muda. Kat yt anak polis tu.
Quote tumpanglalu74 18-12-2020 02:44 PM
[youtube]FAue62xQlaA[/youtube]
Quote awenda507 18-12-2020 02:52 PM
Dia bwk mak dia refer ke hptl org asli gombak dulu ke tu? Tgk tingkp pn dh tu tu ED hoag. Berkira btl bila part perubatan mak ko ye ali susun.
Quote Nnasda53 18-12-2020 02:58 PM
Syafakillah buat Mak arwah Abam..semoga segalanya di permudahkan oleh Allah swt.

Quote Perawankota 18-12-2020 02:58 PM
awenda507 replied at 18-12-2020 02:52 PM
Dia bwk mak dia refer ke hptl org asli gombak dulu ke tu? Tgk tingkp pn dh tu tu ED hoag. Berkira bt ...

Tu lha kan. Duit Banyak, x kn x beli medical card? Pelik2 dorg ni..
Quote amerald 18-12-2020 03:05 PM
semoga makcik ni cepat sembuh dan bertambah kuat..
dia rasa down bila kehilangan dan sangat merindui anak yg telah meninggal..
mana2 anak pun tak sampai hati melihat keadaan ibu yg tak sihat
Quote husna_amal 18-12-2020 03:08 PM
Semoga baik2 hendakNya.
Quote lavendernovella 18-12-2020 03:36 PM
Put aside lah apa2 controversy mereka ni.

Asma ni salah satu triggernya ialah stress , lagi2 stress yg berganda2. Seksanya Allah jer yg tahu. Semoga makcik dipermudahkan.
Quote AshkieLa 18-12-2020 03:49 PM
Perawankota replied at 18-12-2020 02:58 PM
Tu lha kan. Duit Banyak, x kn x beli medical card? Pelik2 dorg ni..

kadang bila tengok patient tu warga emas,.. private hospital akan reject dan advised pergi gomen walau ade insurance sekalipun.
lainlah kalau VIP...

perangai ali susun kita letak tepi dulu.
semoga makcik ni cepat sihat.
hospital selayang ok ape.. ramai pakar kat situ.



Quote Zeatyisaac 18-12-2020 03:58 PM
I doakan mak arwah Abam segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat segera selesaikan hak pusaka dan faraid arwah Abam... Aamiin.
Quote jijilaaa 18-12-2020 04:05 PM
dulu masa ada arwah merasa la jugka makcik g hosp private ye..skang duduk dgn ali susun, dapat masuk gomen aje lerr acik. tu kat astro warna nak start dah muzikal lawak superstar 2....ada si ali susun. meluat aku
Quote kimsa-ra 18-12-2020 04:06 PM
Atata replied at 18-12-2020 02:28 PM
Mak dia muda lagi lg pembawaan mcm org dah tua gila. baru 63! My god

Kan baru 63. Mungkin sbb susah selalu sakit2. naik wheelchair tu xtau la dr umur berapa. Mak dia mungkin sedih kehilangan abam buat kan lg nmpk uzur.
Quote rrgal 18-12-2020 04:18 PM
Semoga dimudahkan urusan
Quote awekjepun 18-12-2020 04:26 PM
Zeatyisaac replied at 18-12-2020 03:58 PM
I doakan mak arwah Abam segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat segera selesaik ...

Kalau mak dia ditakdirkan meninggal.. kira proses faraid tu terbatal ke utk nama mak dia?
Quote inspektoremos21 18-12-2020 04:30 PM
Tang ni pandai pulak minta tolong org ramai suruh doakan.
Quote laksmanabentan 18-12-2020 04:45 PM
awekjepun replied at 18-12-2020 04:26 PM
Kalau mak dia ditakdirkan meninggal.. kira proses faraid tu terbatal ke utk nama mak dia?

tak terbatal... pembahagian sewaktu masih sihat kan...
jadi nanti akan jatuh ke anak2 ler pulak...

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.052033 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top