CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Busana Hitam Putih, Penampilan Aina Abdul Disamakan Macam Valak

17-12-2020 03:26 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 6095| Komen: 34|Original author: Oleh: Saiful

Description: Ada netizen yang menyamakan penampilan Aina Abdul dalam episod ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) dengan Valak!
Ada netizen yang menyamakan penampilan Aina Abdul dalam episod ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) dengan Valak!

"'First impression for most people' dengan Aina Abdul malam ini macam Valak dari filem Nun. Tapi, vokal dia tetap 'slay' walaupun malam ini macam ada kurang sikit," tulisnya melalui Twitter.


Foto: IG

Aina muncul dengan busana berwarna hitam dan putih rekaan Syamil Fazwan.

Penyanyi itu berkata, ia menggambarkan dirinya sebagai seorang wanita yang dah kama meninggalkan masa silam.


"Saya suka bereksperimen dengan fesyen.  Sebenarnya, ada cerita di sebalik busana rekaan Syamil Fazwan ini. Ia menggambarkan saya sebagai wanita yang sudah lama meninggalkan masa silamnya.

"Apabila orang lihat saya dari busana ini, saya nak semua nampak saya sebagai wanita kuat yang datang semula untuk menceritakan apa yang pernah dilalui dahulu.

"Sebenarnya, saya boleh agak orang akan samakan saya dengan watak berkenaan. Saya minta maaf jika saya membuat orang lain seram," katanya seperti dipetik di Harian Metro.


Sementara itu Aina bersyukur lagu ciptaanya terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lag uke-35 (AJL35).

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur berjaya melayakkan diri ke pentas besar ini. Sebagai penyanyi baru, ini adalah satu penghargaan yang sangat tinggi untuk saya.

"Saya sangat berterima kasih kepada barisan juri dan pihak TV3 yang memberikan peluang kepada lagu Semalam. Sudah tentunya saya tak akan dapat buat semua ini tanpa bantuan pasukan yang menjadi 70 peratus kekuatan saya.

"Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada peminat saya, Ainations. Mereka menjadi nadi dan pembakar semangat untuk saya terus melangkah. Insya-Allah, saya akan memberikan sebuah persembahan yang bakal diingati semua di malam AJL35 tahun hadapan. Saya mohon doa semua." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 17-12-2020 03:28 PM
De jamos versi muda..
Quote sharlenetexas 17-12-2020 03:42 PM
Sekali pandang macam nun versi setazah.

Quote hanihan16 17-12-2020 03:46 PM
nampak kurus skek, ke sebab baju itam?
Quote mizzmimi 17-12-2020 04:09 PM
Kenapa aku rasa dia macam sengaja dressing pelik2 pastu konon "nurakatizen" (aka kawan2 dia) sendiri yang buat komen kaitkan fesyen dia ngan macam2 benda pastu dia pun sesaja balas komen konon orang mengata dia.

Gila publisiti murahan. Sedeh ko aina. Kalau berbakat boleh je jual suara tu. Asyik buat gimik camni je menyampah dah aku tengok.
Quote alesandra 17-12-2020 04:26 PM
Aku ok je dia ni. prefer lagu semlm dari sumpah. ok je  dia deliver lagu tu.walau dari segi muka dia x selawa dari retis2 bimbo lain. tapi dia talented compose lagu sendiri semua tu. all the best aina
Quote iza.moha 17-12-2020 04:28 PM
hanihan16 replied at 17-12-2020 03:46 PM
nampak kurus skek, ke sebab baju itam?

Tp aina ni suka pakai baju bsr2 tu yg nampak berisi..rasanya mmg kecik kot. Tgk pakai maskot bunga raya kecik je plak
Quote pro-goals 17-12-2020 04:41 PM
mizzmimi replied at 17-12-2020 04:09 PM
Kenapa aku rasa dia macam sengaja dressing pelik2 pastu konon "nurakatizen" (aka kawan2 dia) sendiri ...

Sendiri rasa2 sendiri judge. Apooooo
Quote Sagiez85 17-12-2020 05:06 PM
pro-goals replied at 17-12-2020 04:41 PM
Sendiri rasa2 sendiri judge. Apooooo

Kan? Macam org saiko yg cakap sorg2 kat penjuru pastu gelak sorg2..
Quote siasia 17-12-2020 05:14 PM
Dia ni mcm kesian
Muncul mcm mn pun tetap impaknya agak so-so
Quote WajibulGhunah 17-12-2020 05:22 PM
Semata- mata nak tegakkan selera sendiri konsep sendiri last2 sendu jugeks
Baju tu lain kali tak payah pelik2 sangat la
Quote Redmyvi 17-12-2020 05:49 PM
Aina ni very talented.. nyanyi power.. buat lagu pun power..

Fesyen je kelaut..

Orang bertudung ni kadang susah nak bereksperimen dgn fesyen kalau tak kena dengan gayanya..
Quote husna_amal 17-12-2020 06:00 PM
Dia ni dari dulu penampilan over sangat. Stylist mana lah yang dia ambil.
Quote aderaderker 17-12-2020 06:17 PM
pro-goals replied at 17-12-2020 04:41 PM
Sendiri rasa2 sendiri judge. Apooooo

Kenz...
Judgemental much..
Quote slyfynx 17-12-2020 06:25 PM
Naaaa.
Actually aku suspek die mmg saje cr baju yang kontroversi supaya ade publisiti.
Nk suh orang bercerita pasal muke, die is x le cantik, and x le buruk.
So xde pe nk diceritakan.
Bakat pun biase2 je.
Hahahaha, kejam x teori aku
Quote salmon-suki 17-12-2020 06:32 PM
Ntah laa..ai rasa dia ni mangsa fesyen je....setakat ni baju dia hauk .xde y betul2 fashionable...tp mujur lagu dia best..ai suka lagu dia tp sayang,aura dia xmenonjol sgt..jd terkenal sbb rajin bt cover kat utube n ramai utuber review cover dia..
Quote Zirara99 17-12-2020 07:18 PM
I tak rasa bakat dia biasa-biasa. Pergi youtube tu dengar dia nyanyi acoustic. Serioussss sedap.
Quote fadz84 17-12-2020 07:46 PM
Muka persis Afiyah anak ibu sgt aina bedul ni..
Quote lattehazelnut 17-12-2020 07:47 PM
Berdasarkan gamba ni ok je baju ni.. tudung tu xleh style elok sikit ke?
Quote kiah_mai_pulak 17-12-2020 07:48 PM
dh tu acik2 kat sini nk kena mggelabah teksssss ke tak ni?

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.060837 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top