CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Berbakul Kena Maki Sampai Tak Ingat Yang Mana Paling Kesat,"- Emma Sofea

20-10-2021 08:06 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 4042| Komen: 36|Original author: Oleh: Rikuren

Description: Berbakul Kena Maki Sampai Tak Ingat Yang Mana Paling Kesat - Emma Sofea
Kredit foto - Instagram Emma Sofea via BH Online



Dek kerana watak antagonis dalam drama i-Tanggang Mother of All Lies, Emma Sofea menerima berbakul-bakul maki hamun sehingga sukar mengingati kata-kata paling kesat yang diterima dalam laman sosial.

Gara-gara watak tersebut, Emma menerima kecaman hebat daripada warga maya yang terbawa-bawa emosi sehingga ke dunia realiti, termasuk ‘menyerang’ di laman sosial miliknya untuk meluahkan kemarahan.



Bukan sahaja dalam ruang mesej langsung Instagram (IG), malah platform media sosial seperti Facebook dan Twitter turut dilemparkan kecaman terhadap watak Esra yang dibawakan gadis berusia 15 tahun itu gara-gara bersikap kurang ajar yang keterlaluan.

Menurut Emma, bukan mudah membawakan watak Esra yang panas baran dan kurang ajar, memandangkan dirinya bukanlah remaja yang bersikap sedemikian.

Kredit foto - Instagram Emma Sofea via BH Online

Namun kerana tertarik dengan kelainan jalan cerita drama ini, beliau mencabar diri menerima tawaran watak yang berbeza, biarpun antagonis.

Ternyata, Emma telah berjaya watak ini  dengan baik kerana ia telah memberi impak kepada penonton.



Akan tetapi harapnya penonton tahulah membezakan antara lakonan dan dunia realiti di mana ia pastinya langsung tiada kaitan dengan kehidupan sebenar  Emma kan? -CARI







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 20-10-2021 09:12 AM
Sheolss ni ke bapak tonggang tonggeng dekat rumah tapi sheolss pulak menonggeng tepi semak sambil menanti abangnya ambil untuk menonggeng atas motosikal pulak. tapi best siri ke drama ni
Quote mzzenma 20-10-2021 09:32 AM
Drama i-tanggang ni nampak interesting tapi mzz tak pernah tengok. Ok lah drama melayu ada bawa cerita mcm ni pasal munchausen ni. Mzz tahu pasal munchausen ni pun sbb the act, ada satu episod 9-1-1, dalam IT pun ada watak yg mak dia mpbs, mommy dead etx.
Quote Jayayakaka33 20-10-2021 10:04 AM
Best jgk citer ni.
Sakit hati tgk sherly merlis
Sampai hati bt anak mcm tu
Quote Parit.Hilton 20-10-2021 11:40 AM
dudaberhias replied at 20-10-2021 09:12 AM
Sheolss ni ke bapak tonggang tonggeng dekat rumah tapi sheolss pulak menonggeng tepi semak sambil me ...

bukan. yang tu watak lain
Quote Parit.Hilton 20-10-2021 11:41 AM
mzzenma replied at 20-10-2021 09:32 AM
Drama i-tanggang ni nampak interesting tapi mzz tak pernah tengok. Ok lah drama melayu ada bawa ceri ...

not bad drama ni. my husband yg jenis tak layan drama melayu pun boleh layan siri ni.
Quote Parit.Hilton 20-10-2021 11:43 AM
first time tgk budak ni berlakon cerita Wizards of Warna Walk kat disney channel. jadi anak afdlin. memang nampak budak ni berbakat la.
Quote Pujangga22 20-10-2021 12:00 PM
i-tanggang drama lain dr yaing lain...yg aku menyampah sekarang the hotel..balik2 iklan kat astro..pembunuhan tak msuk akal
Quote KamikuP 20-10-2021 12:33 PM
Best ke citer nih?
Quote anisania 20-10-2021 12:36 PM
tgk klip klip kat IG.. mcm best. tapi iols takdak astro muahahah..
Quote gujiwa 20-10-2021 12:43 PM
iols suke dia cakap..
hahahaha... bagus budak moga berjaya dalam lakonan akan datang..

cerita ni pun okay je.. takde la mcm cite melayu lain.
Quote slyfynx 20-10-2021 12:43 PM
Chop, mmg tajuk thread potong2 ke skrg.
Jenuh Iols pikir sape Emma So.
Quote nottyyuni 20-10-2021 12:53 PM
Best drama ni.
Quote bintangct 20-10-2021 01:17 PM
dia ni anak pelakon mana2 ke? lakonan dia mmg mantap! muka pun boleh tahan cantik Semoga terus sukses
Quote bintangct 20-10-2021 01:18 PM
dudaberhias replied at 20-10-2021 09:12 AM
Sheolss ni ke bapak tonggang tonggeng dekat rumah tapi sheolss pulak menonggeng tepi semak sambil me ...

bukan la kak dud.. dia ni anak org kaya yg spoil dan kurang ajar dgn parents. Selama je dia belasah mak dia sb gaduh tak nak pegi sekolah. Cita2 dia nk jd youtuber. Baru 16thn dlm cerita ni
iols mmg minat cerita ni dan lakonan dia mmg mantap
Quote dudaberhias 20-10-2021 01:20 PM
bintangct replied at 20-10-2021 01:18 PM
bukan la kak dud.. dia ni anak org kaya yg spoil dan kurang ajar dgn parents. Selama je dia belasa ...

Oooo yang spoilt brat tu yachhh.
Yang sorang lagi adik is hero remaja tu pun muka nak lebih kurang kan... Memang deorang ambil pelakom muka biasa2 dalam drama ni tapi lakonan semua meletop, si hero remaja tu pun iols expect heolss kayu tapi not bad lakonan dia... Bertiang2 lah meninggalkan jahlok dan abam tah masa zaman debut.
Quote codenamedream 20-10-2021 01:33 PM
Best drama ni.  Menarik untuk ditonton setiap cerita tu.  
Yg munchausen by proxy tu boleh tgk The Act series kalau berminat nak tgk Gypsy Blanchard punya story.  Sebijik Joey King berlakon jadi gypsy.  

And I dulu mehkan nadhir nasar jadi hero remaja. Sebab bukan muka typical hensem dambaan acik2 tanah melayu. Tapi setelah tgk 2 drama dia,  mamat ni ada bakat besar. Selayaknya ko menang hero remaja.  
Quote rikuren 20-10-2021 01:44 PM
slyfynx replied at 20-10-2021 12:43 PM
Chop, mmg tajuk thread potong2 ke skrg.
Jenuh Iols pikir sape Emma So.

Harap IT Cari kena tambah length field untuk tajuk. Terus crop...hmmm
Quote Suchi 20-10-2021 02:23 PM
Muka dia ada iras pelakon indo yg dh arwah tu.
Muka jenis gini mmg sesuai watak kuang hajo.
Quote mobic 20-10-2021 02:25 PM
Iols duk tengok cerita ni kat tiktok je. Memang pelakon dia semua pandai berlakon la. Esra ni memang geram tengok. Rasa nak bagi pelempang je. Memang menjadi watak dia ni

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.053874 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top