CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disamun Ketika Buang Air Kecil

21-10-2013 10:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5481| Komen: 20

Description: Georgetown - Tindakan Seorang Pembantu Kesihatan Yang Memilih Untuk Membuang Air Kecil Di Sebuah Lorong Gelap Mengundang Padah Apabila Dia Disamun Sehingga Mengakibatkan Kerugian Puluhan Ribu Ringgit ...

Gambar hiasan


GEORGETOWN - Tindakan seorang pembantu kesihatan yang memilih untuk membuang air kecil di sebuah lorong gelap mengundang padah apabila dia disamun sehingga mengakibatkan kerugian puluhan ribu ringgit malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam di lorong berhampiran Masjid Seberang Jaya, mangsa berusia 29 tahun turut dipukul oleh tiga penjenayah bersenjatakan kayu.

Difahamkan, selepas mangsa rebah dibelasah, salah seorang daripada penjenayah berkenaan merampas dompet mangsa sebelum mereka melarikan diri.

Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Kulim, Kedah ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum dia berhenti membuang air kecil di lorong gelap berhampiran masjid berkenaan.

“Bagaimanapun, tiga lelaki secara tiba-tiba menghampirinya dan memukul mangsa sebelum mereka mengambil wang RM2,000 dalam dompetnya dan melarikan kereta Proton Persona hijau milik mangsa.

“Mangsa tidak dapat mengecam wajah suspek kerana kejadian berlaku dengan pantas," katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan polis.  

10

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dragger 19-10-2013 12:16 PM
LAIN KALI NAK KENCING SILALAH KE TANDAS PETROL PUMP ATAUPUN TEMPAT YG SEPATUTNYA
Quote peYno 19-10-2013 12:25 PM
kat penang mmg ramai org luar penang asal kedah, perak, kelantan.. tapi tak kecoh pon satu mesia kununnya org berhijrah tempat dia.. tu beza org urbab di penang n spore... spore pon sama.. lebih separuh penduduk dia org luar... tak kecoh pon... sooo sapa yg kecoh??

JAWA KONTOL GEDIK
Quote mak_wa95 19-10-2013 12:28 PM
jadikan pengajaran... Last edited by mak_wa95 on 19-10-2013 01:08 PM

Quote batmana 19-10-2013 12:30 PM
bwa duit byk2..

kncingla dulu kt umah, kosongkn kantung kencing dlu..

lainla klu anggap rm2k tu, mcm rm2.00 ..
Quote edee_91 19-10-2013 12:44 PM
mak_wa95 posted on 19-10-2013 12:28 PM
jadikan pengajaran....dah masjid dekat pergi la tumpang tandas masjid...gerun kut nak masuk tandas m ...

wah wah wah seronok kau bersyak wasangka tuduh menuduh ye....

Quote mak_wa95 19-10-2013 12:51 PM
edee_91 posted on 19-10-2013 12:44 PM
wah wah wah seronok kau bersyak wasangka tuduh menuduh ye....

wah wah wah...hang pun seronok bersyak wasangka tuduh aku nooo....dalam berita tu tak sebut pun pun nama mangsa,,bangsa n agama...so aku syak dia bukan islam...biasa kalau orang islam dia masuk tandas masjid dah dekat dengan masjid tu...faham dak....
Quote AdamBillionaire 19-10-2013 12:52 PM
aku takut surau kat pantai tanjung puteri melaka. biasa suka lepak sana sebab lepas tension overnight.. kt depan pantai tu ada restaurant tomyam.. belakang ada toilet.. ada sekali nk singgah solat dekat surau tu. masya Allah, nampak bantal dan keranda!!

warna putih melepak bantal itu, boleh plak bunyi angin goyangkan pintu besi toilet dekat dengan stor simpan keranda tu.. lokasi keranda dan bantal putih betul2 sebelah pagar surau.. terus aku cabut lari mencicit tak jd nak sembahyang.. aku fikir aku nampak pocong..
Quote AdamBillionaire 19-10-2013 12:53 PM
awek restaurant tomyam tu lawa2. comel2.. kalau siapa tahu taste aku cmne. pergi jeklah kedai tomyam kt pantai tanjung puteri.. cuma tak tahu status wife org atau msh single mingle
Quote edee_91 19-10-2013 12:57 PM
mak_wa95 posted on 19-10-2013 12:51 PM
wah wah wah...hang pun seronok bersyak wasangka tuduh aku nooo....dalam berita tu tak sebut pun pu ...

ayat tipikal elak dari dikatakan sedang syak wasangka. "aku bukan nak syak wasangka la, tapi bla bla bla aku rasa la kan bla bla bla dia penghuni neraka bla bla bla".


Quote Decaffeinated 19-10-2013 12:58 PM
mak_wa95 posted on 19-10-2013 12:28 PM
jadikan pengajaran....dah masjid dekat pergi la tumpang tandas masjid...gerun kut nak masuk tandas m ...

tandas masjid pun berkuncilah kak...

Quote mak_wa95 19-10-2013 01:02 PM
Decaffeinated posted on 19-10-2013 12:58 PM
tandas masjid pun berkuncilah kak...

ya ka alahai... ingatkan pintu masjid je berkunci..
Quote noor2 19-10-2013 01:02 PM
i pernah tgk lelaki kencing kat highway tepi jalan....bangsat dan bangang sungguh perangai...tepi kat kerb jalan tu ja...bukan kencing membelakng jalan tapi ke nampak ikut pandangan tepi.....nampak air kencing keluar...eii bangsattt
Quote presint 19-10-2013 01:03 PM
kayanya pembantu kesihatan nie ada 2k cash dalam wallet...
Quote Innrukia 19-10-2013 01:06 PM
memang masjid seberang jaya kunci main gate awal....pernah jd kawan aku park kete kat situ pukul 10 pi gate dah kunci...nak taknak pinjam kete member len balik rumah
Quote mak_wa95 19-10-2013 01:07 PM
edee_91 posted on 19-10-2013 12:57 PM
ayat tipikal elak dari dikatakan sedang syak wasangka. "aku bukan nak syak wasangka la, tapi bla b ...

apa apa je la....tak de kaitan pun ...tak penah terniat tuduh orang sampai...neraka semua.....aku bukan tuhan....just bagi pendapat yang lain sikit je ayatnya...aku pun tak de quote pun posting ko...kalau sakit hati abaikan aje posting aku tu...nak suruh aku delate posting aku tu pun tak de masalah.....
Quote Decaffeinated 19-10-2013 01:22 PM
noor2 posted on 19-10-2013 01:02 PM
i pernah tgk lelaki kencing kat highway tepi jalan....bangsat dan bangang sungguh perangai...tepi ka ...

then akak kena drive di Thailand. Kalau satu hari tak nampak orang mencorat tepi jalan mcm tak complete ari tu....

kencing ni utk org lelaki should be very simple. kita ja yg buat komplikated perlu ada toilet siap pewangi bunga bagai. kalau kat Korea dorang sediakn urinal in the open ja...

Quote noor2 19-10-2013 01:29 PM
Decaffeinated posted on 19-10-2013 01:22 PM
then akak kena drive di Thailand. Kalau satu hari tak nampak orang mencorat tepi jalan mcm tak com ...

owh...baru i berkira2 nak pi bangkok lepas ni....eii tak sanggupla..

Quote Decaffeinated 19-10-2013 01:33 PM
noor2 posted on 19-10-2013 01:29 PM
owh...baru i berkira2 nak pi bangkok lepas ni....eii tak sanggupla..

ai citer kat highway kak.

kat Bangkok very urbanlah... KL tu bagi dorang mcm kita tengok Seri Begawan jah....


Quote noor2 19-10-2013 01:34 PM
Decaffeinated posted on 19-10-2013 01:33 PM
ai citer kat highway kak.

kat Bangkok very urbanlah... KL tu bagi dorang mcm kita tengok Seri B ...

owh gitu...noted..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.071846 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top