CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pejuang Islam Bakar Buku-Buku Agama Sebagai Bukti Taubat!

18-10-2013 05:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6020| Komen: 16

Description: Sebagai Membuktikan Taubat 'Nasuha' Mereka Kepada Jais, Jakim Dan Masyarakat Maka Semalam Pemimpin-Pemimin Gisb(Global Ikhwan Sdn Bhd) Diketuai Oleh Khadijah Am Telah Membakar Buku-Buku Agama Tulisan ...



Sebagai membuktikan taubat 'nasuha' mereka kepada JAIS, JAKIM dan masyarakat maka semalam pemimpin-pemimin GISB(Global Ikhwan Sdn Bhd)  diketuai oleh Khadijah Am telah membakar buku-buku agama tulisan Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad. Buku-buku AGAMA tersebut hasil tulisan al marhum Ustaz Ashaari Muhammad sejak zaman Arqam lagi.

Program bakar buku itu dijalankan di Bandar Country Homes, Rawang pada hari raya Haji kedua 16hb Oktober 2013 disaksikan oleh pegawai-pegawai polis, JAIS, bomba dan para wartawan.




Khadijah Am, bekas balu kepada al marhum Ustaz Ashaari Muhammad, mengaku telah mengamalkan ajaran sesat selama ini dan kini ingin kembali ke pangkal jalan dan mengikut fatwa yang digariskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.
Khadijah Am pernah ditahan di Mekah beberapa bulan yang lalu bersama-sama pengikutnya dan hampir-hampir dijatuhkan hukuman pancung di atas kesalahan mereka yang berat iaitu menyebarkan ajaran sesat kepada jemaah haji serta masyarakat sana.
Antara ajaran-ajaran sesat yang dibawa beliau:
a. mengaku beliau sangat intim dengan Rasulullah SAW, selalu bercakap dengan baginda SAW dan menerima arahan-arahan baginda SAW dari masa ke semasa.
b. mengaku dan mengisytiharkan dirinya sebagai 'wasilah' iaitu perantara antara manusia dengan Rasulullah SAW.
c. menyakini bekas suaminya yang telah meninggal belum mati tapi hanya ghaib dan akan muncul semula sebagai pemimpin besar di dunia ini. Bahkan beliau mengaku selalu 'berjimak' secara roh dengan bekas suaminya.
d. memisahkan suami dan isteri, anak dan ibu ayah, memberi kuasa kepada isteri untuk menceraikan suami atau lari dari suami jika suami enggan mengikut isteri bersama perjuangan Khadijah Am.
e. menggunakan wang kutipan anak-anak yatim dari 81 buah rumah amal untuk kebajikan Khadijah Am sekeluarga serta pemimpin-pemimpin jemaah mereka. Sedangkan kebajikan ahli-ahli biasa serta anak-anak yatim terabai sama sekali.


Tapi kini Khadijah dan pengikut-pengikutnya mengisytiharkan secara rasminya telah meninggalkan segala ajaran karut marut mereka dan ingin kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan sebagai orang mukmin sebenar. Diharap masyarakat dapat memberi kerja sama untuk membimbing mereka ke jalan yang benar dan bukan hanya lakonan semata-mata.

Puan Khadijah Am - tokoh memerangi ajaran syiah?


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NIXAR 17-10-2013 03:59 PM
betui ka Khaty yg bako? entah2 lakonan je ni.

kalau betul bagus lah....balik lah ke pangkal jalan.
Quote am. 17-10-2013 04:02 PM
kalu buku "Seks Islam Perangi Yahudi kembalikan Seks Islam kepada dunia" ni kena bakar tak?
Quote niceghost2005 17-10-2013 04:06 PM
NIXAR posted on 17-10-2013 03:59 PM
betui ka Khaty yg bako? entah2 lakonan je ni.

kalau betul bagus lah....balik lah ke pangkal jala ...

Buku ajaran sesat mana lagi yg nak di bakaq???
UMNOgok ada buku ke?
Quote JohnDeSouza 17-10-2013 04:07 PM
aku x percaya.korang percaya?
Quote NIXAR 17-10-2013 04:10 PM
niceghost2005 posted on 17-10-2013 04:06 PM
Buku ajaran sesat mana lagi yg nak di bakaq???
UMNOgok ada buku ke?

buku seks islam dgn bidio terajang yahudi tu pun lepas abuya tiada rasanya ..... aku susah nak caya geng2 ni sembang, dh banyak kali berlakon depa ni
Quote kucingTomey 17-10-2013 04:12 PM
ape yang boleh dibuktikan dengan bakar buku..??macam org bakar koran,tapi masih ada al hafiz yang koran hidup dalam diri dan hati dia...kalau bakar sekalipun...tapi abuya punya ajaran u sudah serap dalam hati makan tahun jugak nak buang
Quote niceghost2005 17-10-2013 04:17 PM
NIXAR posted on 17-10-2013 04:10 PM
buku seks islam dgn bidio terajang yahudi tu pun lepas abuya tiada rasanya  ..... aku susah nak  ...

IDEOLOGI...............Nixar

BUKAN senang nak di hapuskan.................
Makan dalam woooooooo

Kat luaq, bley laaa angkat sepanduk sana, angkat sepanduk sini....
Buat wawancara......
Buat road show laaaa

Lam hati...........Abuya Abuya Abuya

Cam komunis laaaaa
Pahaman POLITAIK pung sama.
Lompat partai nu................kutuk partai yg lepas.
Lepas 10 tahun, dier lompat balik partai yg lalu.

Takkan hang x biasa kot???

TAPI per per pung, Rasulullah saw x suh kita bersangka buruk dgn oghang cam gini.
HANYA kita kena ler berwaspada.....
Kot kot dier nie mcm gunting di dlm lipatan!!!

Salam
p/s nak cakap mcm Mahmud June laa pulak
Quote DeMax 17-10-2013 04:17 PM
NIXAR posted on 17-10-2013 03:59 PM
betui ka Khaty yg bako? entah2 lakonan je ni.

kalau betul bagus lah....balik lah ke pangkal jala ...

Copy nye dah berjota2 dlm bilik rahsia
Quote NIXAR 17-10-2013 04:20 PM
niceghost2005 posted on 17-10-2013 04:17 PM
IDEOLOGI...............Nixar

BUKAN senang nak di hapuskan.................

betui tu bang antu.....ideologi tuh. kalu bakar buku tp dok caya abuya idup lagi menyorok kat mana2 dulu maka x betui lagi la tu. dok caya abuya boleh tangguh mati x betui lagi la tu. dok caya abuya sembang2 minum kopi dgn malaikat pun sah x betui lg la tu
Quote ringcat 17-10-2013 04:23 PM
derang ni ke Kelab Isteri Taat?

buku tu turut dibakar ke?
Quote pyropura 17-10-2013 04:25 PM

buku2 aje dibakar, tapi kandungannya semua dah save dalam pendrive ka CD ka atau external disk....ape susah.....macam orang bakar Koran, tapi ajaran Islam tetap ada kan....
Quote niceghost2005 17-10-2013 04:25 PM
NIXAR posted on 17-10-2013 04:20 PM
betui tu bang antu.....ideologi tuh. kalu bakar buku tp dok caya abuya idup lagi menyorok kat mana ...

Aku kalau nengok depa dok ikat/simpan serban tebai tu..................
SAHIH depa masih percaya pada Abuya.

Quote Talibun 17-10-2013 11:22 PM
  Kenapa pula dengan tiba2 UJ yang dulunya garang dan lantang memperjuangkan abuya dan dirinya sebagai wasilah, Saidi, daulah di bumi Mekah etc etc etc ...... tetiba jadi  lembik dan mengaku kalah?

Apa turning point nya?
Apa yang trigger perkara ini terjadi?

Tak cukup sekadar isytihar kembali kepada fatwa, tetapi perlu di tulis buku/website tentang kesesatan-kesesatan yang telah dibuat selama ini. Perlu dicela kesalahan itu, sebagai bukti memang benci dan kembali bertaubat. Perlu dijelaskan kepada umum, siapa yg UJ juma sebagai Rasul/Saidi/Abuya (RSA) tu? Adakah gambaran2, suara2 bisikan atau memang selama ini SATU PENIPUAN. Jelaskan kepada public, biar jelas dan tuntas.

Bukan buat kenyataan double meaning. Tauriah.

Perlu juga dikembalikan isteri dan anak2 yang telah dipisahkan dari keluarga. Dulu mereka ikut jemaah  GISB kerana kononnya boleh bawa kpd ISlam, sekarang terbukti jemaah dah mengaku salah dan tak ikut jalan Islam. Kembalikan mereka ke pangkuan  suami, ibu dan keluarga.

Anjang Muor pun perlu isytiar taubat juga.

Perlu juga dicela semua yg telah dibuat selama ini seperti power ka'bah, pencak, telefon Rasul, message dari Rasul  dan semua kekarutan itu.  Mesti....! Sebagai bukti taubat.

-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
Baik sangka adalah sewajarnya, tetapi berhati2 adalah wajib.

Wassalam
Din Taliban
Quote JohnDeSouza 17-10-2013 11:33 PM
saja ndak abiskan stok lama depa kot.ekekkee
Quote nurul_akmar 17-10-2013 11:48 PM
kalau tgk muka, mcm alim sesgt. tp tula. dont judge a book by its cover.
Quote rdzaccess 19-10-2013 12:07 PM
Taubatlah kepada JAIS ..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.053535 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top