CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Balqis Dan Ibu Sediakan Tempat Tinggal Untuk Gelandangan Ketika PKP

15-4-2020 09:15 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 5706| Komen: 16|Original author: Straya

Description: Kredit foto: The New Straits TimesTidak lama dulu, berita mengenai pelakon cilik, Puteri Balqis dan ibunya iaitu Norashikin Mohd Aziz yang hidup serba kekurangan mengejutkan orang ramai. Selepas keper ...

Kredit foto: The New Straits Times

Tidak lama dulu, berita mengenai pelakon cilik, Puteri Balqis dan ibunya iaitu Norashikin Mohd Aziz yang hidup serba kekurangan mengejutkan orang ramai. Selepas keperitan hidup mereka yang menjual buku puisi Puteri Balqis bagi menampung hidup, didedahkan kepada umum, ramai yang memberi bantuan dan sumbangan.

Memetik laporan Harian Metro, Norashikin bersyukur kerana buku puisi 38 Poems of Puteri Balqis masih laris terjual dan dapat menanggung kehidupan mereka pada masa kini. Norashikin tidak menyangka bahawa buku puisi itu masih mendapat sambutan. Ketika ini, Puteri Balqis sedang menyiapkan buku puisi di dalam bahasa Melayu pula.

"Kami bersyukur buku itu masih terjual macam biasa. Tidak jangka juga ada yang terus membeli. Seperti biasa, saya akan hantarkan kecuali jika ia membabitkan kawasan zon merah Covid-19," katanya kepada Harian Metro.



Kredit foto: Astro Gempak

Apabila ditanya mengenai keperluan harian pula, Norashikin menjawab, "Syukur, semua cukup. Makan apa yang ada dan berjimat". 

Melalui hasil penjualan buku puisi itu, membolehkan dia menyewa seunit lagi rumah pangsa bagi menempatkan enam orang gelandangan. Menurut Norashikin lagi, dia menyewakan unit itu buat sementara kerana mereka tiada tempat tinggal. "Mereka itu gelandangan yang kami memang kenal. Itu saja cara kami nak balas jasa peminat Balqis. Ini pun rasa tak terbalas rasanya", katanya.

Walaupun serba kekurangan, mereka tidak lokek untuk menghulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan ketika PKP ini. Artis lain bagaimana pula? - CARI 
7

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 15-4-2020 09:43 AM
awat sendu sangat thread ni. dah dua jam masih takda komen.
Quote fadz84 15-4-2020 09:49 AM
naina replied at 15-4-2020 09:43 AM
awat sendu sangat thread ni. dah dua jam masih takda komen.

Org pun xnk ambil tau dh pasal dua beranak yg pelik ni.. uhuksss
Quote minah_selekeh 15-4-2020 10:08 AM
Cerita pasal jualan buku je? Forex apa cerita?
Quote MadameOnion 15-4-2020 10:15 AM
oklah tu..dpat duit byk kan?
Quote RatuDunia94 15-4-2020 11:12 AM
Iols setiap kali baca artikel pasal putri n maknya mesti akan terikut2 gaya percakapan deols.. lol
Quote armin 15-4-2020 12:16 PM
Kenapa tak hantar je kt pusat yg kerajaan sediakan? Bazir duit je. Nanti tak cukup duit mintak sumbangan lagi
Quote missyL 15-4-2020 07:23 PM
Syukur terbukak pintu hati nk tlg wlaopon diri sendiri serba kurang. Harap lepas ni murah rezeki mereka berdua.. Tgok puteri ni cm kesian. Her childhood years been striped away from her. Xdpt die nk rasai dunia kanak2 dgn riang. Sedih
Quote Rogue98 15-4-2020 07:36 PM
Lagi orang hina anak beranak ni makin murah rezeki diaorang. Alhamdullillah sekarang diaorang pulak yg membantu orang lain.
Quote sidewinder 16-4-2020 10:42 AM
dia sendiri pun sengkek......baik fokus pada diri sendiri drpd pk org lain kang jadi mcm Abby abadi.....yer2 tolong org dlm masa yg sama soh org ramai masuk duit dlm acc dia alasan sbb dia tak sekaya dato alip.....ni laa manusia nak dpt nama punya pasal
Quote kucingitam 16-4-2020 11:45 AM
apa-apalah...
Quote zila_hakimie 16-4-2020 11:56 AM
tak nampak kegembiraan dalam riak wajah putri dan maknya ni.. huuu
Quote Minami2013 16-4-2020 12:00 PM
Jenis org pelik.. good luck je la
Quote simatakucing 17-4-2020 11:33 AM
Maknya pelik.semoga putri baik2 je
Quote hazada 17-4-2020 01:25 PM
mak balqis ni macam hippie.sempurnakan hidup anak kau tu dulu baru tolong orang lain
Quote slavehunter 17-4-2020 07:45 PM
hazada replied at 17-4-2020 01:25 PM
mak balqis ni macam hippie.sempurnakan hidup anak kau tu dulu baru tolong orang lain

Baru nak cakap kan.....dia nak tlg orang better dia tlg diri sendiri dulu.....ni orang derma utk dia anak beranak bukan duit tu dia bayarkan sewa utk.homeless pulak..kalau pun dia ada income sendiri she should save for her future. Ni tidak.lagi 5 years keluar balik berita masuk Bersamamu.
Quote Atata 18-4-2020 12:21 AM
Yerrr kerrr duit jual buku... Bukan duit sumbangan ke yg masuk kepok2 dalam bank

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.055438 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top