CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Yakin 100% Terjadi Walhal Tak Pernah Pun Terjadi, Jom Kenali Fenomena Mandela Effect

10-4-2020 12:30 PM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 4070| Komen: 15|Original author: PDOT777

Description: Artikel ini menerangkan serba ringkas mengenai fenomena Mandela Effect, serta kaitannya dengan teori dunia multiverse.

KREDIT : Mandela Effect Explained by Parallel Universe and Multiverse Theory, universeinsideyou.net

Pernahkah anda berada dalam satu situasi, di mana anda berasa dan yakin sesuatu perkara pernah terjadi, tetapi sebaliknya, perkara itu tidak pernah pun terjadi? Anda bertanya kepada kawan-kawan sekeliling, dan mereka pun sependapat yang perkara itu betul-betul terjadi. Tetapi, pada realiti, ia sebaliknya. Ini dipanggil sebagai Mandela Effect.

Mandela Effect ialah satu kejadian apabila kita mengingati satu perkara yang tak pernah pun terjadi, walaupun kita yakin 100% benda itu betul-betul terjadi, dan ia biasa terjadi pada satu-satu masa melibatkan jumlah orang yang ramai, boleh mencapai jutaan orang. Ia diambil sempena nama bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela.

Nelson Mandela
KREDIT : PROFILE: World recalls Nelson Mandela on 101st birth anniversary, aa.com.tr

Pada tahun 1956, Nelson Mandela telah dipenjarakan. Ramai yang percaya bahawa beliau telah meninggal dunia pada tahun 1980 ketika masih dalam penjara. Pelik, apabila beliau sebenarnya masih hidup, dan hanya disahkan meninggal dunia pada tahun 2013. 

Ramai keliru dengan perkara ini, kerana percaya yang Mandela betul-betul mati pada tahun 1980. Lebih pelik apabila bukan sedikit, malah jutaan orang dari seluruh dunia yang percayakannya, menjadikan pemikiran mereka sama. Kesan kekeliruan ini digelar Mandela Effect

Contoh Mandela Effect (Edisi Looney Tunes)
KREDIT : Ever Have False Memory? You May Be Experiencing Mandela Effect, en.netralnews.com

Contoh Mandela Effect (edisi logo Volkswagen)
KREDIT : Ever Have False Memory? You May Be Experiencing Mandela Effect, urbatorium.blogspot.com

Mandela Effect (edisi Monopoly)
KREDIT : The Mandela Effect, anilbalan.com

Fiona Broome, seorang penyiasat paranormal ialah individu pertama yang mula membincangkan hal ini. Menurutnya, beliau masih ingat dengan jelas berita di surat khabar dan televisyen yang menyiarkan kematian Mandela pada tahun 1980, dan bukan 2013. Ramai yang berkongsi pendapat sama di forum-forum Internet, menyatakan mereka juga ingat tentang berita tersebut.

Fiona Broome
KREDIT : Fiona Broome, coasttocoastam.com

Kalau ingatan mereka ini salah, dari mana pula memori/ingatan mereka ini datang?

Ramai yang percaya, memori ini datang dari dunia lain. Untuk lebih jelas, sekiranya anda juga pernah mengalami Mandela Effect, ia adalah kerana memori anda yang salah itu bukan datang dari diri anda di dunia ini, tetapi dari diri anda di dunia lain. Dunia lain yang dimaksudkan ini ialah multiverse.

Secara ringkas, multiverse ialah realiti dunia yang berbeza dengan dunia kita. Contohnya, Bumi wujud dalam dunia kita yang sebenar, dan juga wujud dalam multiverse. Diri anda juga wujud dalam dunia sebenar dan multiverse.

Teori multiverse melibatkan bumi yang lebih daripada satu, penduduk yang sama tetapi berlainan realiti 
KREDIT : 0 Reasons the Multiverse Is a Real Possibility, science.howstuffworks.com

Bezanya, kemungkinan dalam dunia yang sebenar, anda mungkin tidak pernah mengalami kemalangan kereta dan tiada tanda-tanda pada badan anda perah kemalangan. Tetapi, di dunia multiverse, anda pernah mengalami kemalangan kereta dengan Proton Wira warna kelabu BCX 4576, sehingga anda patah peha kanan. 

Mungkin pada suatu hari di dunia sebenar, anda terserempak dengan kereta ini ketika lalu di sebuah taman. Anda merasakan yang anda pernah terjumpa kereta ini, dan anda yakin kereta ini pernah melanggar anda. Hakikatnya, anda tidak pernah pun kemalangan seumur hidup anda. Inilah contohnya.

Kalau anda menonton filem Spiderman : Far From Home, ataupun anda peminat tegar komik Marvel, anda akan biasa melihat istilah multiverse ini. Adakah mungkin ada realiti lain? Adakah ada Bumi lain, yang diri kita juga ada di dunia tersebut? Mungkinkah Mandela betul-betul mati pada tahun 1980, tetapi di realiti yang lain?

Karya marvel seperti komik superhero Marvel sangat kuat dengan elemen multiverse, demi memuatkan watak superhero dalam Marvel yang sangat ramai
KREDIT : The Multiverse is already reality in MCU and changes everything, geekdune.com

Ada satu fenomena psikologi iaitu false memory mungkin dapat jelaskannya. False memory ialah mengingati sesuatu perkara yang tak pernah pun berlaku, menyebabkan anda percaya perkara itu betul berlaku. Mungkin nampak misteri ini dah terjawab, tetapi perdebatan tentang Mandela Effect masih hangat di seluruh dunia.

False memory
KREDIT : We're underestimating the mind-warping potential of fake video, vox.com

Apa pendapat anda? - CARI 


2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • kroit92


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 10-4-2020 09:40 AM
Ada filem mandela effect... leh ler tgk
Quote dua_chzy 10-4-2020 12:32 PM
Cerita Nelson Mandela tu memang misteri.
Quote aijinmisaki 10-4-2020 12:53 PM
Cerita snow white pun sebenarnya bukan mirror mirror on the wall. Ayat sebenar magic mirror on the wall
Quote Tinot7 10-4-2020 01:28 PM
Ini mengingatkan iols kpd game Chinese whispers masa induksi aritu. Setiap kumpulan kena beratur, pastu org paling belakang akan diberitahu nama binatang dan kena lakonkan dari sorang ke sorang sampai ke depan. Org paling depan kena teka binatang apa. Ada satu kumpulan tu diberi binatang harimau kumbang jantan. Masa mula2 tu semua bersungguh2 lakonkan harimau kumbang. Bila tgh2 dah jadi kucing. Sampai depan, org depan teka gorila.
Quote kurga 10-4-2020 02:25 PM
yg logo looney tunes tu apa dia yer? sama je dua-2..ke aku yg x pasan...
Quote PDOT777 10-4-2020 02:29 PM
kurga replied at 10-4-2020 06:25 AM
yg logo looney tunes tu apa dia yer? sama je dua-2..ke aku yg x pasan...

toons dgn tunes tu boss....saya pun kadang2 tak sure diorang pakai tunes atau toons utk kartun tu
Quote kroit92 10-4-2020 02:42 PM
pada pendapat peribadi saya

tidak wujud multiverse.
dari segi logik akal, saintifik, dan realitinya.
malahan dari segi agama. sebab kalau wujud, kena ambil kira aspek berkaitan ruh pula, dan lain-lain

dari segi psikologi
saya juga berpendapat, false memory seperti yang dinyatakan di atas
juga daripada subliminal messages dan perasaan dejavu.

Dejavu = individual
Mandela  Effect = public

dan memandangkan perdebatan Mandela Effect ni wujud sekitar 2013?
waktu ni adalah waktu di mana telefon pintar, smartphone, akses internet menjadi lebih mudah dan berleluasa.
tak mustahil penyebaran maklumat yang salah menyebabkan ramai berfikiran sama
atau media social, media hiburan yang secara spesifiknya, menunjukkan peristiwa-peristiwa yang tidak wujud dalam sejarah peradaban manusia, sama ada secara komedi atau pun tidak,
telah menanamkan false memori, yang menjadi subliminal message di dalam minda ramai orang

maka, jadilah effect ini
wallahualam
just my 2cents
Quote crazybeach 10-4-2020 03:01 PM
dalam kata lain syok sendiri lah ni. macam indon sengal tu. semua nak claim dia punya duk panjang lebar citer berasal dari budaya tanah air dia lah hapa bagai tapi tak betul pon kosserr
Quote Kurex 10-4-2020 03:27 PM
Aku selalu lupa bilangan rakaat solat...
Quote MadameOnion 10-4-2020 04:03 PM
Multiverse gituhhh
Quote GigaMom 10-4-2020 05:16 PM
kroit92: pada pendapat peribadi sayatidak wujud multiverse.dari segi logik akal, saintifik, dan realitinya.malahan dari segi agama. sebab kalau wujud, kena amb ...


Ikut agama je, semua jadi mudah. Tak nak join2 segala2 teori omputih yg pelik2.
Baru nk tnynttg dejavu. Tq dh terangkan
Quote CiliPadiSedap 10-4-2020 07:11 PM
Belum tengok vokuru saggy effect
Quote airmineral 10-4-2020 08:08 PM
aku xboleh nak jadam benda ni
Quote kurga 10-4-2020 09:12 PM
PDOT777 replied at 10-4-2020 02:29 PM
toons dgn tunes tu boss....saya pun kadang2 tak sure diorang pakai tunes atau toons utk kartun tu
...

aah laa..baru pasan beza dia..puas dok tenung..ni bila da tau..pi tengok balik..baru prasan.. terima kasih..
Quote pokaibanktokyo 11-4-2020 11:33 AM
Mandela mati 1980 dulu ada upacara pengebumian ke ? Atau cerita dalam akhbar dan tv saja

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.056295 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top