CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Empangan Tasik Pedu Kekeringan, Ratusan Kubur Usang Timbul

3-3-2020 11:26 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 9887| Komen: 32|Original author: Ct Cheery

Description: Penganjuran Solat sunat ini adalah ekoran kemarau berpanjangan di Kedah sehingga menyebabkan air di Empangan Muda, Pedu dan Ahning menjadi surut sehingga berlaku gangguan bekalan air.

Kira-kira 300 orang warga kampung bersama Dewan Ulama PAS Kedah menunaikan solat sunat istisqa memohon Allah SWT bagi memulihkan masalah kekurangan air serta meminta diturunkan hujan dikawasan Tasik Pedu dan sekitar Negeri Kedah Darulaman, Kuala Nerang Kedah baru-baru ini. 


Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya berkata solat itu dilakukan pada jam 1.30 petang di kawasan Mong Gajah, iaitu perkampungan lama yang tenggelam pada tahun 1969.


Foto: FB Mahdzir Hasan Det

"Penganjuran solat sunat ini adalah ekoran kemarau berpanjangan di Kedah sehingga menyebabkan air di Empangan Muda, Pedu dan Ahning menjadi surut sehingga berlaku gangguan bekalan air," katanya kepada BH Online.


Solat istisqa adalah sunnah Nabi Muhammad yang dilakukan baginda ketika menghadapi kemarau yang panjang.


Foto: FB Mahdzir Hasan Det


Rentetan daripada kejadian ini, seorang pengguna FB,  Zulkifli Yahaya telah berkongsikan mengenai sejarah tasik Pedu. Difahamkan, sebelum empangan itu dibina pada tahun 1963, kawasan sekitar tasik itu pernah menjadi penempatan penduduk dan wujud beberapa kampung di situ, antaranya Kampung Mong Gajah yang juga menjadi lokasi penemuan ratusan kubur usang.


Loading FB Post...


Menurut cerita penduduk kampung pula, kawasan berkenaan pernah menjadi laluan Jemaah haji dari Pattani, Thailand ke Pulau Pinang, dan dari Pulau Pinang mereka menaiki kapal laut ke Melaka. 


Walau bagaimanapun, penempatan sekitar mula ditinggalkan pada tahun 1948 berikutan kawasan berkenaan menjadi 'kawasan hitam' iaitu lokasi sasaran komunis.


Akhirnya, kawasan yang ditinggalkan itu mula usang dan menjadi hutan sebelum ditenggelami air apabila Empangan Pedu dibina. Kini, air dari Empangan Pedu digunakan untuk membekalkan air ke kawasan sawah sekitar Kedah. - CARI 

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dubuk 3-3-2020 11:32 AM
panas sekarang ni.. bibir aku merekah macam tanah tu.. nak menyuap nasi seksa kena nganga slow slow
Quote Boomibulat 3-3-2020 11:37 AM
Kat KL ade  ugak ujan sikit2..
Quote zulka 3-3-2020 11:38 AM
ptg semalam hujan lebat...
Quote manehnya 3-3-2020 11:45 AM
kering sampai merekah dah.. huhu.. ya allah turunkan hujan, makin hari makin panas... ada hujan 1 mlm tu ja.. pastu panas balik..
Quote AbukRokok 3-3-2020 11:50 AM
semakin ramai yg menggunakan aircond dunia menjadi semakin panas
walaupun matahari mengalami solar minimum
Quote Kurex 3-3-2020 11:57 AM
semoga nikmat Allah turun rahmatNya
Quote Artemesiaa 3-3-2020 12:24 PM
Cuacan agak panas melampau dari biasa sejak kebelakangan ni hujan pun dah makin jarang.  Ramai yang pasang aircon bil letrik pun pasti akan meningkat.
Quote CiliPadiSedap 3-3-2020 12:31 PM
bab camni  terpuji. bab agama champion. ni yang kita kena contohi. jangan ikut kempen Buy Mercedes First
Quote bintangct 3-3-2020 12:53 PM
zulka replied at 3-3-2020 11:38 AM
ptg semalam hujan lebat...

pagi ni pun hujan kat rumah aku elmina ni
Quote whadda 3-3-2020 01:12 PM
kering sangat sampai merekah
Quote ally9970 3-3-2020 01:57 PM
Mananya kubur yg timbul? Ada yg boleh timbul ke?
Quote husna_amal 3-3-2020 02:32 PM
Semoga Allah kabulkan doa kita. Dijauhkan segala macam bencana.
Quote Cassieopeia 3-3-2020 05:16 PM
ally9970 replied at 3-3-2020 01:57 PM
Mananya kubur yg timbul? Ada yg boleh timbul ke?

empangan ni bekas kwsn kg. boleh google dulu ada nampak kubur. kali ni takda dah dipindahkan la kot..
Quote kivio 3-3-2020 07:45 PM
Semoga diberi hujan dan nikmat
Quote belilies 3-3-2020 07:48 PM
dubuk replied at 3-3-2020 11:32 AM
panas sekarang ni.. bibir aku merekah macam tanah tu.. nak menyuap nasi seksa kena nganga slow slow

Kena ada stok vaseline tu, sapu supaya bibir xkering
Quote dubuk 3-3-2020 08:09 PM
belilies replied at 3-3-2020 07:48 PM
Kena ada stok vaseline tu, sapu supaya bibir xkering

terima kasih.. esok nak cari

Quote blekkep 4-3-2020 06:23 AM
Just nk bgtau, walaupun tasik kekeringan tak mungkin teratai kan tumbuh di darat ya!




Quote diss69 4-3-2020 07:31 AM
Kt tmpt akk pon sama, panas.. Xada ujan..
Quote mzzenma 4-3-2020 07:46 AM
melaka ni pun sama. I is cannot tahan lah hot2 ni. Keluar kejap pun dah mcm nak pengsan panasnya. Time rehat bongkang dlm ofis, nak lepak dlm surau panas teruk. Solat pun dalam bilik ofis je..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.061252 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top