CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja 'Buang Tabiat' Mandi Dalam Sinki Restoran

17-2-2020 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2892| Komen: 8

Description: Berkelakuan tidak senonoh dengan mandi dalam sinki di dapur restoran!Itu yang dilakukan oleh seorang pekerja sebuah restoran makanan segera di Greenvilee, Michigan yang akhirnya dibuang kerja.Mirror U ...
Berkelakuan tidak senonoh dengan mandi dalam sinki di dapur restoran!

Itu yang dilakukan oleh seorang pekerja sebuah restoran makanan segera di Greenvilee, Michigan yang akhirnya dibuang kerja. 


Mirror UK melaporkan, kelakuan lelaki itu yang dirakam menjadi tular di laman sosial dengan meraih lebih 36,000 tontonan. 

Menerusi rakaman tersebut, dapat dilihat lelaki itu duduk dalam sinki industri di restoran itu yang dipenuhi buih. 

“Rasa seperti mandi di dalam tab panas. Saya hanya seronok dengan kehidupan ini, tuan,” katanya dalam video berkenaan. 

Dia diberhentikan serta merta oleh pihak sumber manusia syarikat berkenaan selepas video itu tular. 

Foto: Mirror

“Perbuatan itu tidak boleh diterima kerana menyalahi etika kerja, keselamatan, latihan dan prosedur piawaian operasi yang ditetapkan.

“Langkah sepatutnya sudah diambil bagi memastikan perkara sama tidak berulang,” kata pihak restoran itu.

Dalam pada itu, insiden tersebut juga menyebabkan kemarahan ramai pihak yang tidak dapat menerima perbuatan tidak senonoh tersebut di sebuah restoran. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 17-2-2020 01:47 PM
Teringat laki iols nak.buat sinki mcm ni kat dapur
Iols cakap ni dah mcm tab mandi kalau tgk dapur yang kecik mcm.ni..
Rupanya bebetul ada org mandi
Quote husna_amal 17-2-2020 02:47 PM
besar juga sinki tu dah macam tub bilik mandi.
Quote Sambalberapi 17-2-2020 02:48 PM
Hahaha.. kesian mamat ni. Fefeeling baby
Quote ReginaGeorge 17-2-2020 03:07 PM
Berseorangan ke atau ada carelady yg mandi kan?
Quote Artemesiaa 17-2-2020 03:12 PM
Gigihnya ler mesti kat rumah dia tak ada bathtub nak berendam harap ada shower je
Quote cikatilia 17-2-2020 05:28 PM
dahaga kasih sayang kah
Quote Mr_fried 23-2-2020 09:14 PM
Ni high ke ape
Quote Nes3in1 15-4-2020 05:23 PM
Datang bulan ke dekkk?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.044645 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top