CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anjing Koyak Pasport Tuan, Selamat Dari Pergi Wuhan

10-2-2020 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5516| Komen: 23

Description: Seakan tidak percaya, tetapi itulah yang terjadi apabila seekor anjing peliharaan menyelamatkan tuannya daripada berkunjung ke Wuhan, iaitu bandar bermulanya wabak koronavirus pada Januari lalu.Semuan ...
Seakan tidak percaya, tetapi itulah yang terjadi apabila seekor anjing peliharaan menyelamatkan tuannya daripada berkunjung ke Wuhan, iaitu bandar bermulanya wabak koronavirus pada Januari lalu.


Semuanya selepas haiwan tersebut mengoyakkan pasport milik tuannya, seorang wanita dari Taiwan. 

Memetik laporan media tempatan, kisah anjing yang diberi nama Kimi itu dimuat naik oleh wanita berkenaan menerusi Facebook.

Kredit foto: facebook

Katanya, dia begitu marah kerana tindakan anjingnya mengggigit dan mengoyakkan pasport miliknya sehingga dia terpaksa membatalkan perjalanan ke bandar di Hubei itu.

Difahamkan, kejadian berlaku sebelum berita mengenai wabak berkenaan tular. 


Namun, beberapa hari kemudian wanita ini berasa terkejut dan bersyukur kerana anjingnya 'menyelamatkan' dia dari pergi ke wilayah di China itu. 

Loading FB Post...

“Masihkah anda ingat akan pasport saya? Anjing saya telah melindungi saya.

“Selepas mengoyakkan pasport saya, virus tersebut telah merebak ke tempat yang saya ingin pergi.

“Apabila saya fikir kembali, saya berasa sungguh terharu, Nasib baik anjing saya membatalkan kunjungan saya ke situ," kata wanita ini menerusi satu hantaran di Facebook. - CARI 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 10-2-2020 06:08 PM
Haiwan ni kadang ada naluri yang kuat bila ada bahaya nak mendatang dalam kes ni anjingnya jadi penyelamat beliau
Quote Meiizu 10-2-2020 06:18 PM
inilah takdir ...
Quote MadameOnion 10-2-2020 06:27 PM
Hanjeng pun tau nak selamatkan tuan..kat sini pemimpin dok galak bagi masuk lagi ramai2 merenyut naik tongkang..takpa aihh..takdak sapa dari kaum keluarga depa yg mamp lagi kan
Quote ReginaGeorge 10-2-2020 06:49 PM
Sib baik kau tak samluk kan anjing kau.. Tul tak?
Quote sarah82 10-2-2020 06:52 PM
Aku percaya.. Sbb aku pernah baca.. Kat england kot.. Dia x tau ada cancer.. Anjing dia boleh rasai awal... Jadi bila dia check mmg betul dia ada cancer
Quote 234126 10-2-2020 06:52 PM
Ada terbaca anjing ni cepat sense benda2 yang tak nampak pada mata kasar including boleh sense if tuan dia nak passed on.
Quote CatMiow 10-2-2020 07:01 PM
sarah82 replied at 10-2-2020 06:52 PM
Aku percaya.. Sbb aku pernah baca.. Kat england kot.. Dia x tau ada cancer.. Anjing dia boleh rasai  ...

Sakit lain sarah,  anjing memang akan kesan perubahan dalam badan manusia.  Nak2 tuan dia.  Tu sebab ada 'service dog' . Selain bantu orng kelainan upaya,  anjing juga bantu pesakit2 kronik yg lain.  Mcm diabetes yg kronik atau sakit jantung.

Ni rasanya memng anjing yg suka /kadang hancurkan barang kat rumah.  Kebetulan passport tu letak tempat dia boleh capai,  habis di bahamnya... Apapun kira tuannya bernasib baik.  

Selalu tengok kat youtube,  kdang lucu juga tengok reaksi anjing tu bila kena marah.
Quote sarah82 10-2-2020 07:02 PM
CatMiow replied at 10-2-2020 07:01 PM
Sakit lain sarah,  anjing memang akan kesan perubahan dalam badan manusia.  Nak2 tuan dia.  Tu seb ...

Hahaha.. Betul.. Ada servis dog... Anjibg mmg nakal.. Tapi kucing mcm raja kita yg layan dia..
Quote CatMiow 10-2-2020 07:08 PM
sarah82 replied at 10-2-2020 07:02 PM
Hahaha.. Betul.. Ada servis dog... Anjibg mmg nakal.. Tapi kucing mcm raja kita yg layan dia..

Kucing ni suka 'who are yus ' kalau tak nak apa2.

Kalau time makan 'you are my lady'..

Kucing kat rumah,  kalau kenyang,  panggil pun tunjuk bontot je,  kalau nak makan,  pandai pula nak layan kita cakap

Quote RatuDunia94 10-2-2020 07:12 PM
Ke.sendiri koyak sendiri salahkan anjing.. edisi kak hassanah richardson?
Quote sarah82 10-2-2020 07:21 PM
CatMiow replied at 10-2-2020 07:08 PM
Kucing ni suka 'who are yus ' kalau tak nak apa2.

Kalau time makan 'you are my lady'.. :s ...

Hahaha.. Mujur oyen x mcm tu tau.. Panggil la masa bila pun dia dtg.. Lagi manja sejak dia kena boarding sebulan
Quote Supersirap 10-2-2020 09:35 PM
Tahniah diucapkan
Quote irapie 10-2-2020 10:27 PM
Rezeki dia... Terselamat Dr wabak oenyakit
Quote cmf_premierleag 10-2-2020 10:37 PM
RatuDunia94 replied at 10-2-2020 07:12 PM
Ke.sendiri koyak sendiri salahkan anjing.. edisi kak hassanah richardson?

aku pun rasa ni kisah hassanah versi selet oriental
Quote dubuk 11-2-2020 08:36 AM
saya undi anjing
Quote husna_amal 11-2-2020 09:58 AM
Agaknya lepas anjing dia koyakkan pasport tu mesti dia mengamuk dulu.
Quote zuuu 11-2-2020 01:16 PM
CatMiow replied at 10-2-2020 07:08 PM
Kucing ni suka 'who are yus ' kalau tak nak apa2.

Kalau time makan 'you are my lady'.. :s ...

Stuju sanggat,arwah kucing aq prangai gitu la,ikut mood,kalo mood baik dengar bunyi pagar je terus lari g dpn pintu sambut mak aq,kalo xde mood dia toleh kepala je,pastu sambung tido...garang ngan aq tapi manja ngan mak aq
Quote CatMiow 11-2-2020 01:59 PM
zuuu replied at 11-2-2020 01:16 PM
Stuju sanggat,arwah kucing aq prangai gitu la,ikut mood,kalo mood baik dengar bunyi pagar je terus ...

Selalu la umpan makan,  mesti dia baik nt dgn awak.
Quote jazaa100 11-2-2020 02:34 PM
sarah82 replied at 10-2-2020 06:52 PM
Aku percaya.. Sbb aku pernah baca.. Kat england kot.. Dia x tau ada cancer.. Anjing dia boleh rasai  ...

Mcmana cara anjing tu bgtau tuan dia sarah?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.056597 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top