CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dari Bangkok Ke Miami: 5 Kota Yang Kita Tak Jangka Akan Tenggelam Sepenuhnya

29-1-2020 11:42 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 3050| Komen: 16|Original author: PDOT777

Description: Artikel ini menyenaraikan lima kota terkenal di dunia yang ramai tidak jangka bakal tenggelam dalam tempoh maksimum 100 tahun yang akan datang



Tahukah anda, banjir boleh menyebabkan sesebuah kota tenggelam sepenuhnya?


Kita akan lihat 4 kota di dunia yang diramal akan tenggelam sepenuhnya dalam masa 100 tahun yang akan datang.


Jakarta, Indonesia

Bandar Jakarta, Indonesia
KREDIT : BNPB: Sembilan Korban Meninggal Akibat Banjir Jakarta, analisadaily.com



Masalah kepadatan penduduk menjadi antara sebab utama kota ini akan tenggelam. Sejak tahun 1970, ada sesetengah kawasan di Jakarta yang tenggelam sebanyak empat meter.

60% penduduk di Jakarta menggunakan air bawah tanah untuk sumber harian. Apabila penduduk semakin lama semakin ramai, air bawah tanah akan berkurang, dan melemahkan struktur tanah.

Kawasan yang lemah struktur tanah, akan menjadi rendah daripada kawasan lain, dan mudah dilanda banjir. Keadaan ini semakin teruk setiap tahun. Susah untuk diselesaikan kerana penggunaan air bawah tanah oleh penduduk.

Jika masalah berlarutan, menjelang tahun 2050, dijangka beberapa kawasan di Jakarta akan tenggelam sepenuhnya.


Venice, Italy

Kota Venice, Italy
KREDIT : One Day In Venice, Italy: An Itinerary For First-Time Visitors, penguinandpia.com


Venice ialah kota yang didirikan di atas 118 buah pulau kecil. Pulau-pulau ini dipisahkan oleh terowong air dan disambungkan oleh jambatan. Penduduk di Venice adalah seramai 261,905 orang, mengikut statistik pada 2017. 

Terdapat statistik yang menunjukkan Venice tenggelam sebanyak 0.08 inci setiap tahun. Penduduk tahu tentang hal ini. Kerajaan Itali juga telah membina 78 benteng banjir yang dijangka siap pada tahun 2022. Kos pembinaan adalah sebanyak 6.5 billion US Dollar.

Venice sering dilanda banjir, terutamanya pada bulan November dan Mac, membuatkan usaha kerajaan untuk pastikan kota ini tidak akan tenggelam menjadi semakin sukar. 


Banjir di Venice
KREDIT : Banjir terburuk: Venice diisytihar darurat, freemalaysiatoday.com


Menurut kajian yang dibuat oleh Quartenary International, kota Venice dijangka tenggelam sepenuhnya pada tahun 2100.


Bangkok, Thailand

Bangkok, Thailand
KREDIT : Fenomena Penanganan Banjir di Bangkok, Jakarta Mau Meniru?, kompasiana.com


Kota Bangkok mempunyai penduduk seramai 10 juta orang. Malang apabila banjir memang menjadi kebiasaan bagi penduduk di kota ini.

Antara sebab utama banjir di Bangkok adalah struktur binaan seluruh Bangkok yang dibina di atas permukaan tanah liat yang telah dipadatkan. Bangunan-bangunan yang dibina di atas permukaan membuatkan kawasan itu semakin tenggelam. 

Tak hairan apabila Thailand disenarai di Global Climate Risk Index pada 2017 sebagai salah satu negara yang paling senang terkena bencana alam. 

Kerajaan Thailand menghabiskan 412 juta US Dollar untuk membetulkan semula saluran air di seluruh kota untuk cuba menghalang bencana ini. Tambahan, paras air di kota ini meningkat sebanyak 1 sentimeter setiap tahun.

Menurut sumber The Guardian, Bangkok dijangka akan mula tenggelam pada tahun 2030, sekiranya masalah ini tidak selesai.


Miami, Amerika Syarikat

Kota Miami di Florida, Amerika Syarikat
KREDIT : Miami Area Gets Newest Crop of Condos, mansionglobal.com


Sekiranya Miami tenggelam, 7 juta penduduk di situ akan hilang tempat tinggal. Punca kota Miami dijangka akan tenggelam adalah disebabkan oleh global warming. 

Buat masa ini, kerajaan sedang berusaha menaik taraf sistem terowong air, sistem pam air dan juga meningkatkan benteng. Tambahan pula, kota Miami dekat dengan laut.

Projek menaik taraf ini menelan kos sebanyak 192 juta US Dollar, dan digelar sebagai Miami Forever.


Shanghai, China

Bandar Shanghai
KREDIT : Find Hotels in Shanghai, China, agoda.com


Shanghai mempunyai penduduk seramai 24 juta orang. Kota ini berisiko untuk tenggelam kerana kedudukannya yang terletak di pinggir China, serta paras air yang naik setiap tahun.

Menurut China Environmental News, Shanghai akan rugi 1.2 juta US Dollar untuk setiap milimeter ia tenggelam.

Selain itu, aktiviti menggali sumber air bawah tanah telah bermula sejak tahun 1860, sekaligus makin melemahkan struktur tanah. Kerajaan China berusaha untuk selesaikan masalah ini.

Menurut Shanghai Geological Bulletin, pada 3 juta tahun dulu, kawasan kota Shanghai sebenarnya berada di dalam laut. 


Kota Shanghai sangat pesat membangun walau berada di pinggir China dan sangat dekat dengan laut
KREDIT : SKA Looks Ahead To Landmark Meeting In Shanghai, skatelescope.org


Pembangunan yang berterusan di kota Shanghai boleh menyebabkan kota ini tenggelam semula dalam masa 100 tahun.- CARI 
3

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • CikYaYaYa

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokaibanktokyo 29-1-2020 12:39 PM
Itu macam ka
Quote Artemesiaa 29-1-2020 01:04 PM
Bila dah habis segala masaalah wabak penyakit ni nanti ada baiknya lawat bandar2 ni semua sebelum ia tenggelam sepenuhnya
Quote husna_amal 29-1-2020 01:30 PM
Pemimpin pun kena bijak atasi masalah ni. Macam kat Indonesia, pusat pemerintahan akan berpindah ke Kalimantan bagi mengatasi masalah2 ini.
Quote Boomibulat 29-1-2020 01:41 PM
Biarla tenggelam..asalkan jgn Pasir Mas
Quote chicozinn 29-1-2020 02:41 PM
husna_amal replied at 29-1-2020 01:30 PM
Pemimpin pun kena bijak atasi masalah ni. Macam kat Indonesia, pusat pemerintahan akan berpindah ke  ...

bijak2 pun sampai kena tarah habis hutan belantara..

Quote husna_amal 29-1-2020 02:44 PM
chicozinn replied at 29-1-2020 02:41 PM
bijak2 pun sampai kena tarah habis hutan belantara..

Kita tak boleh tuduh dulu hutan sana akan habis ditarah. Kalau nak ditarah dari dulu lagi mereka dah tarah sampai licin.
Quote CikB 29-1-2020 02:49 PM
tq for the info
Quote violetungu 29-1-2020 03:29 PM
Good info..
Quote irapie 29-1-2020 10:07 PM
Ermm  tgn2 manusia jua laa yg melakukan kebinasaan
Quote puanbintang 30-1-2020 09:21 AM
cantiknya pemandangan venice tu
Quote keds 30-1-2020 09:48 AM
Ok good info
Quote dekmieDandy 30-1-2020 09:50 AM
Maldives pon kan, satu negara teruih
Quote PDOT777 30-1-2020 02:47 PM
Boomibulat replied at 29-1-2020 05:41 AM
Biarla tenggelam..asalkan jgn Pasir Mas

betul...member saya ramai kat sana. Kalau boleh Terengganu pun. Saya dh lama teringin nak ke Dungun. Cuma belum ada rezeki
Quote any42 30-1-2020 03:28 PM
one of my bucket list nk p venice. pgi holiday bkn utk shopping sgt. just utk appreciate the nature, tgk pmndangan cantik2 & senibina bgunan2 lma/baru.  
Quote BacaDalamDiam 30-1-2020 04:48 PM
Quote i_is_kennot 30-1-2020 05:35 PM
Kt Venice tu tgh syok shopping branded,   air naik sampai lutut..  

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.061915 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top