CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kurang Ajar! Penyamun Tidak Berhati Perut Cederakan Guru Tabika Kemas

3-1-2020 10:44 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6648| Komen: 38|Original author: Tukang Tulis

Description: Kejadian berlaku di Felda Tenggaroh 1, Mersing.
Mangsa yang dicederakan dalam kejadian samun. Kredit foto: Facebook

Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib yang menerima seorang guru tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Felda Tenggaroh 1, Mersing, Johor.

Pada hari pertama tahun baharu 2020, dia bukan sahaja disamun malah hidungnya dicederakan oleh penjenayah yang menyerangnya.

Memetik laporan MyMetro, beg tangan yang berisi dokumen peribadi dan sejumlah wang tunai milik mangsa dibawa lari oleh suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa diserang oleh oleh seorang lelaki yang memakai topeng dan membawa sebilah pisau.

Mangsa terbaring di atas lantai tabika Kemas di mana dia bekerja. Kredit foto: Facebook

Ketika insiden samun berlaku, guru wanita berumur 40 tahun itu bersendirian kerana pembantunya dan kanak-kanak telah meninggalkan tabika berkenaan.

"Suspek melarikan beg tangan mangsa yang mengandungi dokumen peribadi serta sejumlah wang tunai," jelasnya.

Mangsa dihantar ke Hospital Mersing untuk menerima rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. 

Insiden tersebut turut tular dalam media sosial dan mengundang kecaman daripada para netizen.

Kredit foto: Facebook
Semoga penjenayah itu dapat ditangkap oleh polis dan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. - CARI


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 3-1-2020 11:12 AM
Gila kejam betul.
Cikgu tadika pun kau nak rompak.
My instinct mat gian punya kerja ni...
Quote miss_strangers 3-1-2020 11:17 AM
Kesian..SMG cepat sembuh. Nak kunci pintu pagar pon , kalau buat tetiba Ada perompak menyamar sbg parents nak daftar anak, susah juga nak Tolak. Xbagi masuk. menteri RINA  bolehla bagi peruntukan letak CCTV kat stiap premis tadika kemas yg kawasan dia sunyi n lengang utk langkah security
Quote Orix 3-1-2020 11:19 AM
habis siapa yg jumpa dia? siapa yg menyempat amek gmbar cikgu tu terbaring bagai?
Quote EmaAsmadi 3-1-2020 11:29 AM
Semoga penjenayah itu cepat mampos
Quote baghal_bortuqal 3-1-2020 11:31 AM
syafakillah cikgu.
Quote Kurex 3-1-2020 11:38 AM
memang aku pantang jenis manusia malas kerja lepas tu mencuri ni
Quote Artemesiaa 3-1-2020 11:40 AM
Hari pertama dah jadi kes moga cepat sembuh dan si pelaku segera tertangkap.  
Quote mizruncing 3-1-2020 12:00 PM
Allah kesiannya cikgu tu
Quote any42 3-1-2020 12:21 PM
kesian cikgu. ya allah nsib baik bdk2 dah xde. trauma bdk2 nnti. eeee. geramnya bangsat mlas kje cri duit merompak org.
Quote dekmieDandy 3-1-2020 12:32 PM
cikgu kemas ni memang diorang balik lambat

biasa kul 3pm keatas baru boleh balik

mak iolls dulu biasa kul 5 baru sampai rumah
Quote chicozinn 3-1-2020 12:43 PM
tembak mati je la mat2 gian agresif cmni..wat penuhkan rumah PENGASIH tu buat apa??same goes tu perogol bersiri, memang dorang ni da takde keinsafan dlm diri..cm kes dulu ade sorang mamat ni meliwat sorang budak laki skola pastu masukkan kayu dlm dubur budak tu sampai kayu cecah tekak xsilap n usus budak tu koyak sampai skang masih pakai beg khas utk buang air..judge terpaksa bagi hukuman penjara n sebatan je ikut peruntukan sedia ada dlm Kanun Keseksaan padahal pesalah tu da pernah dipenjarakan atas kesalahan sama..patutnya kerajaan kena gubal undang2 baru untuk pesalah berulang ni kasi gantung sampai mati je lagi2 kes2 melibatkan kecederaan serius berpanjangan n trauma melampau kepada mangsa ..ni tak sibukkan hal jawi, kes 1mdb, beli keta mahal2, ptong elaun rakyat..dorang patutnya care more about public interest..cam hamjad!!!
Quote Cassieopeia 3-1-2020 01:48 PM
adoi cikgu tadikapun jadi..berapa sgt dpt beli dadah ko tu ish
Quote fifie_olin 3-1-2020 02:38 PM
jntn tu dh usha la tu
tunggu masa serang
Quote dua_chzy 3-1-2020 06:19 PM
chicozinn replied at 3-1-2020 12:43 PM
tembak mati je la mat2 gian agresif cmni..wat penuhkan rumah PENGASIH tu buat apa??same goes tu pero ...

Hukuman kesalahan seksual di negara ni memang masih tahap sedih nak mampus tak mampu beri keadilan sebaiknya kat mangsa chuol, terutama kanak2 bawah umur.
Quote gorjeous 3-1-2020 06:48 PM
RAMAI nya org gila!!!
Quote sukacactus 3-1-2020 07:06 PM
Siannya tgk
Selalu kalau perompak kejam mcm ni mmg ambik barang sebab otak pun dah xberapa betul
Quote gideoncross 4-1-2020 12:24 AM

Iol stuju dgn komen uol tpi dlm yg sma trsnyum kjp psl nma uol baghal_bortuqal.
Quote gideoncross 4-1-2020 12:26 AM
chicozinn replied at 3-1-2020 12:43 PM
tembak mati je la mat2 gian agresif cmni..wat penuhkan rumah PENGASIH tu buat apa??same goes tu pero ...

Lvl what the fuck bila iol baca ni, kayu tu smpai tekak budak tu? Absolutely what the fuck.
Quote gideoncross 4-1-2020 12:28 AM
Kurex replied at 3-1-2020 11:38 AM
memang aku pantang jenis manusia malas kerja lepas tu mencuri ni

Kat negeri iol Brunei skrg ni pun dh bnyk pncuri sbb xde krja 0, asal apply je smua xdpt & then kos sara hidup pun mkin lma mkin mningkat.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.058816 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top