CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Musim Sejuk 'Paling Panas' Sampai Guna Salji Tiruan

30-12-2019 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4287| Komen: 19

Description: Musim sejuk kebiasaannya turut diikuti dengan penurunan salji di kota Moscow, Rusia.Namun, berbeza pula kali ini apabila 'suhu yang lebih panas' melanda musim sejuk di kawasan itu tahun ini sehingga m ...
Musim sejuk kebiasaannya turut diikuti dengan penurunan salji di kota Moscow, Rusia.

Namun, berbeza pula kali ini apabila 'suhu yang lebih panas' melanda musim sejuk di kawasan itu tahun ini sehingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa membuat salji tiruan.


Ia bertujuan menaikkan semangat dan keceriaan orang ramai.

Kredit foto: mariksa_10/Instagram

Memetik laporan Metro UK, ibu kota Rusia itu mencatatkan suhu sekitar 5.6 darjah celcius hingga 6.5 darjah celcius pada Disember menjadikan ia sebagai musim sejuk 'paling panas' sejak 1886. 

Secara puratanya, suhu di kota itu pada bulan Disember adalah sekitar -6 darjah celsius dan salji akan memenuhi segenap ruang. 


Menerusi gambar yang dikongsikan di Instagram, suasana suram dapat dilihat di Kremlin. 

"Itulah semua salji di Moscow," tulis pengguna internet itu. - CARI


Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 30-12-2019 06:10 PM
dunia dah hampir ke penghujungnya ke?
Quote InVendeTTa 30-12-2019 06:18 PM
Siapa yg x caya psl global warming ni silalah dtg ke Malaysia jalan kaki ke naik moto tghari buta.. Baru ade akal.
Quote lovelytouch 30-12-2019 07:30 PM
Dah turun salji kat moskow. Berita ni pun x semasa, 18hb punya berita. Biasa dia akan panas sikit bila nak tukar musim. Hujan turun dulu. Skrg -3 kat sana nak masuk -6 so menggigil laa depa. .
Quote i_is_kennot 31-12-2019 02:31 AM
Sejuk sampai kaki kebas pun tak rasa.. Eloklah panas skjp
Quote hanakikan 31-12-2019 03:59 AM
kat sini bulan disember still tak ada salji. suhu pun tak sejuk sangat. bulan 1 nanti baru ada salji
Quote Supersirap 31-12-2019 08:58 AM
Thanks for the info
Quote Cassieopeia 31-12-2019 08:59 AM
tak sabor betul diorang tunggu salji turun ye
Quote harizs 31-12-2019 09:02 AM
memang sejuk lain maciam
Quote harizs 31-12-2019 09:06 AM
mrk ni perlu bantuan musim sejuk
Quote Noraniza_Iblis 31-12-2019 09:08 AM
org kt sne.. sejuk smpai -6 pun rilex lg..
ade lg yg pakai skirt..
kenot brain
Quote RinIna 31-12-2019 09:21 AM
Aku sejuk sikit sebab hari hujan pun x tahan... inikan pulak saljii.. uiiii
Quote faraway1 31-12-2019 09:51 AM
Snow tiruan normal sebenarnya, ski resort selalu guna.
Quote Lagubestbest 2-1-2020 11:42 PM
kelantan tahun ni banjir sebab air sungai melimpah je, hujan takde, petir pun takde.
Quote puterikhaleeda 3-1-2020 01:01 PM
lovelytouch replied at 30-12-2019 07:30 PM
Dah turun salji kat moskow. Berita ni pun x semasa, 18hb punya berita. Biasa dia akan panas sikit bi ...

ooo aku pernah kat moscow -21 .... jalan pun macam robot..  masih gigih masuk gorky park .... tgk tupai gemok gemok
Quote shernazz 3-1-2020 01:41 PM
Noraniza_Iblis replied at 31-12-2019 09:08 AM
org kt sne.. sejuk smpai -6 pun rilex lg..
ade lg yg pakai skirt..
kenot brain

Iols rasa kalau dok mesia ni time tengahari bogel terus menggelupur gamaknya

Sama.cm kita dok sana menggelupur kesejukan lah tatkala depa elok pakai skirt..hahaH
Quote clarizsa 3-1-2020 02:22 PM
I x suka salji
Mujur dok msia
Selesa

Cuti sekolah asyik musim salji
Tapi ada tmpat xde salji
New zealand
Teringin nak pi hehe
Quote Noraniza_Iblis 3-1-2020 02:50 PM
shernazz replied at 3-1-2020 01:41 PM
Iols rasa kalau dok mesia ni time tengahari bogel terus menggelupur gamaknya

Sama.cm kita dok s ...

dorg lg suke panas sbnrnye..
compare to winter..
sbb tu sales byk buat time summer..
hehe
Quote CikB 16-2-2020 08:05 PM
suhu 5.6 c dah panas bg dorang, bg kita menggigil sampai ke tulang hitam!
Quote Nenolen 16-2-2020 09:19 PM
Mmg lah depa tak heran sejuk -6 c sebb mmg dah lahir kat sana n depa teguk vodka...suam2 ajer rasanyerrr

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.068868 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top