CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ritual Thalaikoothal - Anak Cabut Sendiri Nyawa Orang Tua Kononnya Tak Mahu Terseksa

27-12-2019 12:07 PM| Diterbitkan: aarsyad93| Dilihat: 11559| Komen: 37|Original author: Amir Arsyad

Description: Kredit Foto: FreepikApa perasaan anda andai anak yang anda tatang dari kecil sanggup meragut nyawa anda?Sedih, marah, kecewa atau pasrah?Mungkin anda tidak akan kisah hal ini jika terlahir di wilayah ...
Kredit foto: Freepik


Apa perasaan anda jika anak yang ditatang sejak kecil sanggup meragut nyawa anda?

Sedih, marah, kecewa atau pasrah?

Mungkin anda tidak akan terkejut sangat jika terlahir di wilayah Selatan Tamil Nadu, India. 

"Mak tidak mahu membebankan kamu," ucap seorang ibu tua. Air mata mengalir membasahi kulit berkedutnya. Dia meminta ritual Thalaikoothal sebelum anaknya sendiri mengusulkan cadangan. Tidak sanggup mendengar perkataan 'Thalaikoothal' terpancul dari mulut anak sendiri.

Ritual Thalaikoothal adalah kata lain untuk menghalalkan perbuatan mencabut nyawa orang tua yang sudah lanjut atau sakit. Menyedihkan apabila pembunuhan ini dilakukan oleh keluarga sendiri. Teganya anak-anak dan kerabat berbuat sedemikian.

Menurut The Hindu yang tersiar pada Febuari 2016, anak lelaki adalah penyumbang terbanyak berlakunya Thalaikoothal diikuti menantu lelaki.


Kredit foto: The Hindu


Alasan yang selalu diberikan ialah orang tua sudah tidak mampu disembuhkan lagi atau tidak sanggup melihat penderitaan mangsa. Dan mereka melihat ritual ini sebagai bukti kasih sayang, bukan suatu kejahatan.

Jangan tidak percaya ritual ini diamalkan melebihi 40 buah kampung. 

Berdasar penelitian, ada juga yang menggunakan ritual ini untuk menyingkirkan orang tua mereka. Kematian bermakna harta akan berpindah tangan dan kesempitan hidup dapat dikurangkan. Mereka tidak perlu membuang masa, duit dan harta untuk penjagaan orang tua. 


Kredit Foto: Freepik

Ketika Thalaikoothal, badan mangsa diurut dengan 100ml minyak kelapa, kastor dan minyak bijan dalam jumlah yang sama.  Kebiasaannya dilakukan ketika waktu Subuh. Selepas diberi mandian sejuk mangsa akan diletakkan di atas katil. Kesannya suhu badan mangsa menurun. Selalunya ke tahap yang membahayakan.  Air kelapa dan segelas susu akan diberi selepas 15 minit berlalu. Ini menyebabkan kegagalan buah pinggang. Dalam sehari dua, mangsa yang mengidap demam akan mati.

Sehingga beberapa tahun yang lalu, jika minyak dan air kelapa gagal, mangsa akan diberikan segelas lumpur yang dicampurkan dengan air atau sekeping muruku.  Muruku akan dipaksa memasuki salur tekak.
 
"Ia menghalang salur makanan dan orang tua perlu berjuang untuk oksigen," kata Elango Rajarathiram dari HelpAge India, sebuah NGO di Virudhunagar yang bekerja untuk menghentikan ritual itu.

Tak kurang yang memasukkan susu lembu dalam kuantiti yang banyak ke dalam lubang hidung hingga menyebabkan kesulitan bernafas. Metode ini dikenali terapi susu. 

Namun seiring peredaran masa, racun perosak, pil tidur dan suntikan maut telah menjadi sebahagian daripadanya. Jika gagal, penduduk kampung memanggil dukun untuk menyuntik gabungan racun dan dos ubat yang membawa maut. Kematian datang dalam beberapa minit.

Kredit foto: Freepik

Biar mati anak jangan mati adat. Kena sungguh pepatah ni dengan ritual Thalaikoothal.

Sungguhpun ritual ini sudah dinyatakan haram oleh India, namun kerana sudah menjadi budaya turun temurun dan diterima masyarakat setempat, maka tetap diamalkan. Tidak hairanlah kalau ada warga tua yang secara sukarela mahu melalui ritual ini. Dalam beberapa kasus ahli keluarga akan memberitahu korban sebelum melakukan ritual.

Namun, jika anda beranggapan semua orang tua sanggup melalui ritual ini, anda silap. Masih ada yang berduka dan gusar memikirkan hari-hari tua mereka. Memikirkan sisa nyawa yang bakal direnggut oleh insan tersayang amat memilukan. - CARI
14

Bagus
20

Marah
16

Terkejut
18

Sedih
16

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 27-12-2019 01:53 PM
Gamak sungguh depa ni.
Quote epal21 27-12-2019 02:37 PM
Teruknya. Memang wujud ye amalan ni. Mcm euthanasia pulak.
Quote grizz 27-12-2019 03:42 PM
kejam nye anak..sanggup wt mak pak cmtu..
Quote Cassieopeia 27-12-2019 04:48 PM
pelik pelik ritual kat sane tu..kejam gile
Quote BoongaKertas 27-12-2019 05:31 PM
barbaric giler perbuatan. mak ayah ko tu wehhhhh.
Quote abadi84 27-12-2019 08:06 PM
Mujurlah ada yg sempat sebarang ke tanah rumpun melayu. Trlepas dr adat2 pelik kat sini. Habis kuat derhaka pun kena campak rumah org2 tua
Quote iszablack 27-12-2019 08:18 PM
Tak sampai hati...
Quote JibboTheCat 28-12-2019 09:17 AM
Tergamak sungguh diorang buat cmtu
Quote any42 28-12-2019 09:43 AM
kejamnya pastu smua ahli kluarga kna pkat tgk ke mak ayh btrung nyawa msa bt ritual tu.
Quote bakingsoda 28-12-2019 10:47 AM
mcm penah tgk je dokumentari buat ritual mcm ni cuma tak pasti lakonan semula atau situasi sebenar yg dia tunjuk
Quote Perawankota 29-12-2019 02:46 AM
Kejam betul sapa yg sanggup buat mcmtu
Quote SweetShera 31-12-2019 03:53 PM
murung iols baca ni
Quote Pink_Purple 31-12-2019 04:05 PM
dah benda tu dianggap ritual, mereka xrasa apa2..akhir nanti mereka yang pernah membunuh ibubapa sendiri akan dibunuh oleh anak sendiri juga dengan cara ritual ini..so roda berputar..
Quote puteribaya 2-3-2020 01:01 PM
Pink_Purple replied at 31-12-2019 04:05 PM
dah benda tu dianggap ritual, mereka xrasa apa2..akhir nanti mereka yang pernah membunuh ibubapa sen ...

ya..dah adat dorang..ada org tua yg minta diperlakukan gitu gak..tapi sedih sangat laa adat gini..sampainya ati
Quote Pink_Purple 2-3-2020 02:41 PM
puteribaya replied at 2-3-2020 01:01 PM
ya..dah adat dorang..ada org tua yg minta diperlakukan gitu gak..tapi sedih sangat laa adat gini.. ...

betul, sedih sangat.. tak sampai hati..


Quote Boomibulat 2-3-2020 02:43 PM
Sehari dua baru mati..seksa nya..knp x tembak je
Quote puteribaya 2-3-2020 03:30 PM
Pink_Purple replied at 2-3-2020 02:41 PM
betul, sedih sangat.. tak sampai hati..

kan..tambahan dia mati dan kita tahu kitalah punca dia..x de parasaan ke dorang nui
Quote Pink_Purple 2-3-2020 03:59 PM
puteribaya replied at 2-3-2020 03:30 PM
kan..tambahan dia mati dan kita tahu kitalah punca dia..x de parasaan ke dorang nui

adat yang sangat pelik..

orang tua yang disayang, kita pulak yang kena jadi penamat hidup mereka..
Quote puteribaya 2-3-2020 04:03 PM
Pink_Purple replied at 2-3-2020 03:59 PM
adat yang sangat pelik..

orang tua yang disayang, kita pulak yang kena jadi penamat hidup merek ...

india ni kreatif sgt..sampai jadi bebukan hala dah

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.413662 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top