CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tolak Adegan Bersentuhan - Nadzmi Adhwa Tiada Tawaran Berlakon Lepas Kahwin

18-12-2019 11:54 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9589| Komen: 67|Original author: natrahn

Description: Betul yang orang selalu kata, rezeki lepas kahwin itu memang ada.Namun lain pula yang berlaku pada pelakon Nadzmi Adhwa. Nadzmi diuji apabila tidak menerima tawaran berlakon sejak mendirikan rumah tan ...
Betul yang orang selalu kata, rezeki lepas kahwin itu memang ada. 

Namun lain pula yang berlaku pada pelakon Nadzmi Adhwa. Nadzmi  diuji apabila tidak menerima tawaran berlakon sejak mendirikan rumah tangga lebih tiga bulan lalu. 



Menurutnya namanya pernah ditolak sesetengah produksi hanya kerana statusnya sebagai suami. Tambahan pula beliau menolak untuk tidak melakonkan babak bersentuhan demi menjaga hati isterinya, Ardell Aryana.

"Memang saya agak terkesan apabila tiada tawaran diterima, tetapi saya tidak boleh terbawa-bawa dengan perasaan. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan bukan hanya menerusi tawaran berlakon.

"Secara jujur, saya memang menunggu tawaran berlakon, namun rezeki sudah tidak seperti ketika saya masih bujang. Saya pula lebih mengutamakan kepuasan dan watak yang ditawarkan, manakala soal bayaran jatuh nombor dua.


"Tersentak juga apabila ada penerbit memberitahu, dia tidak mahu ambil saya berlakon hanya kerana sudah berkahwin. Namun, hidup perlu diteruskan," katanya memetik laporan Berita Harian.


Tapi itulah, terma rezeki sebenarnya tak tertumpu satu saja, ada orang dikurniakan rezeki bisnes, kerjaya, anak dan sebagainya. Walaupun tiada rezeki tawaran berlakon, rezekinya tetap murah, terutama dalam bidang perniagaan.

"Saya seronok berlakon, malah minat itu tidak pernah mati. Begitu juga isteri yang masih berminat meneruskan kerjaya lakonan.

"Tetapi, apabila kurang tawaran berlakon, kami perlu mencari peluang lain, termasuk mengusahakan perniagaan.

"Bukan mahu mendabik dada, tetapi saya bersyukur masih punya pendapatan lain. Cuma, saya dan isteri masih mahu berlakon untuk berkongsi bakat yang ada," katanya yang mengusahakan pusat laser bulu, Hairy Mary bersama rakan kongsi.

Dalam pada itu, Nadzmi bagaimanapun, bersyukur dua filem yang diterajuinya iaitu Anak Perjanjian Syaitan dan terbaru, Busut Bonang mendapat reaksi positif penonton.



Mengenai perkahwinan, Nadzmi mengakui, dia sentiasa berusaha untuk menjadi suami yang baik.


"Alhamdulillah, hidup saya semakin bahagia dan sekarang, apa juga keputusan yang dibuat, pandangan isteri tetap diambil kira. Saya selesa dengan apa yang saya lalui ini, malah hidup semakin bermakna sejak ada isteri," katanya.

Bertabahlah Nadzmi. Ya benar, memang ada ujian yang Allah turunkan buat kita selepas kahwin, tapi percayalah setiap ujian yang turun, pasti ada khabar gembira selepasnya. - CARI 

Sumber - Berita Harian, Instagram Nadzmi Adhwa
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bawangkecik 18-12-2019 11:58 AM
kepam je dia ni
Quote bondeh 18-12-2019 12:02 PM
famousnya dia dgn bini dia kat porom nihhhh
Quote fushimi 18-12-2019 12:05 PM
setakat watak tempelan je pun
Quote slyfynx 18-12-2019 12:10 PM
X abis2 nk iklan die dapat kuar dr feindzone.
Drama weh.
Pastu tu buat modal buat talk.
Bongok ya amats
Quote seri_mawr 18-12-2019 12:18 PM
lor pelakon ke dua ketui ni....aku ingat instafamous jek...
Quote Themilo 18-12-2019 12:23 PM
sebelum kahwin berdendang joget2 hidustan dalam kereta. yihh
Quote kucingitam 18-12-2019 12:27 PM
boring la...
Quote inspiro92 18-12-2019 12:35 PM
Hish.berlambak betul tibaiunta dlm industri skrg ni!
Quote Xim 18-12-2019 12:36 PM
Hafidz roshdi x brpegang tgn pn xde masalah . Rambut ko tu kasi elok la sket . Ko bkn pnyanyi . Plakon kot . Xkn anak ceo nk kna rmbt kembang dlm drama
Quote Xim 18-12-2019 12:36 PM
Hafidz roshdi x brpegang tgn pn xde masalah . Rambut ko tu kasi elok la sket . Ko bkn pnyanyi . Plakon kot . Xkn anak ceo nk kna rmbt kembang dlm drama
Quote MelahJanda 18-12-2019 12:37 PM
Ce potong rambut
Quote wannoorazlina 18-12-2019 12:41 PM
inspiro92 replied at 18-12-2019 12:35 PM
Hish.berlambak betul tibaiunta dlm industri skrg ni!

tibai unta tu apa weh?
maafkan makcik yg tertinggal ets
Quote inspiro92 18-12-2019 12:47 PM
wannoorazlina replied at 18-12-2019 04:41 AM
tibai unta tu apa weh?
maafkan makcik yg tertinggal ets

Golongan retis tiada bakat untuk dipertaruhkan ;gelaran keramat ciptaan sis sepitsiput
Quote wannoorazlina 18-12-2019 12:52 PM
inspiro92 replied at 18-12-2019 12:47 PM
Golongan retis tiada bakat untuk dipertaruhkan ;gelaran keramat ciptaan sis sepitsiput

oooo...baik2..baru faham
TQ ya
Quote matchstick 18-12-2019 01:01 PM
setakat belakon watak tempelan xperlu pun gesel2 timang2 pelakon wanita persis julripin
Quote TerataiMelur02 18-12-2019 01:01 PM
Rambut tu betulkan.. Jaga penampilan, jaga badan.. Engko kepam sapa nak ambik?
Engko sapa nk pengarah, penerbit terima je rambut cmtu.. Xyah acah2 legend la
Quote haruslah 18-12-2019 01:02 PM
kalau dia, perlu ke watak pegang2?

lain la remy sehak ke...jul ripin ke...sapik kail ker

konpius iiii

Quote NekNgah 18-12-2019 01:06 PM
Kena versatile, ubah-ubah cutting rambut, pakaian, karekter.  Asal keluar TV itu ajelah gayanya.
Quote mixed 18-12-2019 01:20 PM
haiyooo kepam nok lps kawen
tlg jaga image ramai la ntn  amik berlakon

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.266079 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top