CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gadis Ini Buat 'Exam' Uji Ketelusan Cinta Si Teman Lelaki, "Habislah Kalau Tak Dapat Jawab"

18-12-2019 03:14 PM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 9555| Komen: 48

Description: Keutuhan ikatan sesebuah percintaan bukanlah diukur melalui tempoh pasangan itu bersama, namun diukur melalui kesefahaman dan sikap toleransi di antara satu sama lain. Namun bagaimana pula buat remaja ...
Keutuhan ikatan sesebuah percintaan bukanlah diukur melalui tempoh pasangan itu bersama, namun diukur melalui kesefahaman dan sikap toleransi di antara satu sama lain. Namun bagaimana pula buat remaja yang masih baru bercinta, apakah cara untuk mereka menguji tahap ketelusan cinta pasangan?


Seorang gadis dengan nama Shanis (@ShanisShhya) telah berkongsikan cara unik untuk menguji kefahaman teman lelaki terhadap dirinya. Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh Shanis, dia telah menyediakan beberapa soalan seperti ujian peperiksaan namun kesemua soalan adalah berkaitan dengan dirinya. Unik betul!


Soalan yang disediakan oleh Shanis terbahagi kepada empat bahagian, dengan jumlah markah yang bernilai 100. Kertas soalan ini pula diberi nama 'Cara Nak Kenal Girlfriend Saya', memandangkan hampir semua soalan adalah berkenaan dirinya. Lain macam betul orang zaman sekarang bercinta!




Yang paling menarik perhatian, soalan di Bahagian D memerlukan teman lelakinya untuk menterjemahkan simbol-simbol unik kepada perkataan yang kemudiannya akan menjadi soalan. 


Tweet Shanis ini mendapat kecaman warganet yang rata-ratanya beranggapan ujian ini agak keterlaluan dan 'cringe'. Namun dari sudut positifnya, tidak salah untuk kita bergurau senda bersama pasangan dengan cara yang unik. Akan tetapi, seeloknya perkara dalaman disimpan berdua sahaja tanpa dikongsi untuk tatapan khalayak ramai.

Korang ada cara unik untuk menguji pasangan? Kalau ada kongsikan pengalaman korang di ruangan komen! - CARI 
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • syaf79

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote diiyanazakaria 18-12-2019 03:39 PM
Halahhh gediknyaaa
Quote ais_kosong 18-12-2019 03:41 PM
gigihnya kau dik buat soalan exam
bf yayang berjaya tak jawab ke dia ucap byebye
Quote fishcracker 18-12-2019 03:44 PM
Anak sape ni weiiiiii
Quote kawaiichicken 18-12-2019 03:45 PM
alah alah alah sampahnya perangai..geram pulak aku gedik lah..kalau pakwe kau salah jawab pun kau STAY jugak ngan dia kann??
salah jawab pun kau majok je ngan dia..pastu baik balik..TAK PUTUS PUN

Quote kucingitam 18-12-2019 03:48 PM
ni bbnu br lepas spm ke..ye la lepas spm kan bnyk masa takde buat apa..tu isi masa terluang la tu
Quote ajinomotonosuga 18-12-2019 03:52 PM
Kebutohan apakah ini?
Quote Artemesiaa 18-12-2019 03:54 PM
Budak2 gila perhatian usah dilayan
Quote Kurex 18-12-2019 03:58 PM
SAMPAHNYA PERANGAI KAUUUUUUUU
Quote adila39 18-12-2019 04:01 PM
astaga ini pun jadi berita ke..
Quote palmolive 18-12-2019 04:01 PM
budak2 sekarang memang stok2 camni ker?
rajin pulak BALAK dia melayan
Quote greantea 18-12-2019 04:01 PM
gigih. over. hujung2 putus
Quote polluxsstar 18-12-2019 04:02 PM
Nampak la kreatif tu. ada bakat jadi pegawai peperiksaan. tp tu lah.... haissshhh... haiiihhh... pening makcik tgk perangai budak2 jaman now.
Quote merrissa 18-12-2019 04:14 PM
asalkan bahagia.....jangan di kaki oleh bf hang sudah
Quote shernazz 18-12-2019 04:17 PM
Kalau x jadi kawen
Pastu menda ni viral.sampai.ke anak.cucu..
Mampuih kena gelak sebab buat exam utk yayang x jadik
Quote papadomku 18-12-2019 04:21 PM
Gigih kau dik.
Quote MoonRise 18-12-2019 04:46 PM
halahh..halahhh...halahhhhh.

Tu je la nak cakap.
Quote cikatilia 18-12-2019 05:18 PM
baper ramai la jantan kena jawab soklan ni

sbb fail kena la putus kan

Quote Boomibulat 18-12-2019 05:49 PM
yg bawah skali tu Bahasa ibrani ke..
Quote Laceyx 18-12-2019 06:18 PM
Tahinyaaa

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.113472 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top