CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Farah Dah Berjaya Masak Ikan Hasil Pancing" - Sebak, Isteri Tunai Hasrat Terakhir Pitt Hanif

2-11-2019 09:15 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 16440| Komen: 108|Original author: ntahrah

Description: Kehilangan pasangan hidup - baik suami maupun isteri merupakan perkara yang sangat berat bagi semua orang. Tidak kiralah kematian tersebut secara tiba-tiba atapun akibat sakit yang tidak bisa sembuh.K ...
Kehilangan pasangan hidup - baik suami maupun isteri merupakan perkara yang sangat berat bagi semua orang. Tidak kiralah kematian tersebut secara tiba-tiba atapun akibat sakit yang tidak bisa sembuh.


Kredit foto: Instagram Farah Ahmad

Mohd Firdaus atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif anak kepada pelakon Fauziah Nawi dilaporkan lemas ketika memancing selepas bot yang dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang karam sekitar pukul 1 tengah hari 26 Oktober lalu.
 
Berita pemergian pengarah terkenal itu kemudiannya diumumkan oleh ibunya sendiri menerusi laman Facebook pada Ahad.

Baru-baru ini isteri kepada Allahyarham Pitt Hanif, Farah Ahmad mencetus rasa sebak apabila berkongsi foto masakan ikan terakhir dari hasil pancingan suaminya itu.

 
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya.




Dalam entri itu, Farah menyatakan hasrat terakhir arwah suaminya yang meminta beliau memasak hasil tangkapannya kerana sangat mengagumi air tangan isterinya. Hajat beliau itu dimaklumkan kepada rakannya yang dikenali sebagai Aiman.

"Kerinting aku terror masak la man. Apa masakan pun kerinting aku boleh masak lah man. Aku nak suruh kerinting masak tempoyak ikan ni Man kompom padu Man !" beritahu arwah pada temannya, Aiman.

Hasil tangkapan tersebut dibuat gulai tempoyak dan asam pedas.

"Farah masak gulai tempoyak dan asam pedas sebab mama awak tak makan tempoyak, so malam ni kenduri Farah ada jemput kawan-kawan memancing sekali untuk mereka lepas rindu, awak terima kasih tau selalu ingat kita, kita akan ingat kata-kata awak En Firdaus Hensem," tulisnya dalam entri itu.

Rata-rata pengikut Farah tumpang berdukacita dan menulis ucapan takziah kepadanya.



Semoga Farah dan anak-anak tabah dengan kehilangan ini dan roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. - CARI 
2

Bagus

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • ceri_pink

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • rosasen

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Leen 2-11-2019 09:22 AM
Kalau akak, dah x nampak dah ikan2 tu semua dah.. So, pada akak dia memang agak kuat orangnya.. Boleh buat2 senyum time buat video masa dlm kereta ke Sg Mela lagi. Then bole bercakap tanpa sendu lagi time tengok kerja2 menyelamat, walau dia x tengok camera. Suara dia ada strong vibes. Ibu Fauziah akan dpt vibes tu sebab nampak diaorg memang rapat.. And she really need it from someone close  to arwah.. Moga mereka terus kuat dan sabar..
Quote noraidil_06 2-11-2019 09:27 AM
Kak-Leen replied at 2-11-2019 09:22 AM
Kalau akak, dah x nampak dah ikan2 tu semua dah.. So, pada akak dia memang agak kuat orangnya.. Bole ...

Blm sink in lg tu. Nanti bile lama x nmpk kelibat, rindu Allah je tau.

Btw ikan kenerak tu agak mahal harganya & sedap dimasak asarong
Quote kechikchomel 2-11-2019 09:39 AM
semalam masa anak2 dorang nak naik stage, iolss terkejut sebab ingatkan yg pakai spek tu farah.
bila anak dia tu bagi ucapan baru perasan.

takziah buat family.
Quote helicornia 2-11-2019 09:45 AM
cantik rambut farah ni.aku ingat dia sbb rambut
Quote sarah82 2-11-2019 09:46 AM
Bila aku baca status Pn Farah ni aku boleh rasa betapa cinta dan rindunya dia kat arwah suami dia.. Semoga Allah bg dia kekuatan utk menangung kesedihan dan kerinduan pada org yg pergi tak kembali
Quote natrahn 2-11-2019 10:06 AM
sarah82 replied at 2-11-2019 09:46 AM
Bila aku baca status Pn Farah ni aku boleh rasa betapa cinta dan rindunya dia kat arwah suami dia..  ...

dua bulan dia tak jumpa suami sebab masing-masing sibuk... memang rindu sarah ...rindu pada orang yang telah pergi, rindu yang tiada penghujung...
saya tengok iklan deepavali petronas tahun ni pun teghoyak rindu kat arwah opah..saya dari kecik dia bela . 😭
Quote natrahn 2-11-2019 10:09 AM
Kak-Leen replied at 2-11-2019 09:22 AM
Kalau akak, dah x nampak dah ikan2 tu semua dah.. So, pada akak dia memang agak kuat orangnya.. Bole ...

kann..kuat semangat dia...
Quote sarah82 2-11-2019 10:11 AM
natrahn replied at 2-11-2019 10:06 AM
dua bulan dia tak jumpa suami sebab masing-masing sibuk... memang rindu sarah ...rindu pada orang  ...

Yap.. Sy faham.. Sy baca status dia pun dah sebak.. Boleh rasa kerinduan.. Rasa cinta dan kesedihan tu...
Quote makneng 2-11-2019 10:12 AM
One thing I learn about life is, strong people cry at night. But it's ok. Semoga sheolls aman2 dgn hidup sheolls lepas ni.

Pehal byk sgt word semoga dlm komen mak hari ni.. Penyakit bersemoga ni berjangkit ghopenye
Quote natrahn 2-11-2019 10:18 AM
makneng replied at 2-11-2019 10:12 AM
One thing I learn about life is, strong people cry at night. But it's ok. Semoga sheolls aman2 dgn h ...

makneng komenmu menceriakan hariku
Quote ReginaGeorge 2-11-2019 10:22 AM
Selagi tak penah kehilangan insan tersayang, selagi itu lah mata sj yang berat memandang..
Quote hiswife 2-11-2019 10:28 AM
Salam takziah.. Tapi sheols ni kuat betul ye. Very positive vibes
Quote Pink_Purple 2-11-2019 10:45 AM
Allah uji pn Farah kerana beliau mampu menghadapinya
Quote boojaat 2-11-2019 10:49 AM
Time ni belum terasa sedih kot.. sebab arwah dh lama juga outstation kan? Dia maybe masih rasa mcm arwah pegi shooting... Nanti bila dh sunyi, baru terasa sedih teramat.. semoga arwah tenang di sana.. sedih dan sebak pulak baca caption farah.. moga kuat ye
Quote bondeh 2-11-2019 10:55 AM
Quote elnor_81 2-11-2019 10:57 AM
Kak-Leen replied at 2-11-2019 09:22 AM
Kalau akak, dah x nampak dah ikan2 tu semua dah.. So, pada akak dia memang agak kuat orangnya.. Bole ...

Memula kak...dia sbln 2 pertama masih kuat...ble dh 4,5 bln akan terasa betul kehilangan tu...
Sy dh rse semua tu...
Quote Sachacha 2-11-2019 10:59 AM
Kuatnya farah
Semoga terus tabah
Quote nuril86 2-11-2019 11:01 AM
semalam mse anaknye ambil anugerah..meleleh gak air mate ni
Quote pichee 2-11-2019 11:03 AM
Semoga mereka tabah hadapi ujian

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.073259 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top