CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakai Kasut Masuk Masjid Kejar Penunjuk Perasaan, 2 Polis Dijel 14 Hari

4-10-2019 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4669| Komen: 16

Description: Dua anggota polis dihukum penjara 14 hari pada Selasa minggu lalu susulan penularan video mereka memakai kasut di dalam sebuah masjid di Makassar.
Dua anggota polis dihukum penjara 14 hari pada Selasa minggu lalu susulan penularan video mereka memakai kasut di dalam sebuah masjid di Makassar.


Kredit foto: KOMPAS


Menurut TribunNews, jurucakap polis Dicky Soendani berkata, dua anggota lengkap beruniform memasuki masjid berkenaan dengan memakai kasut ketika menahan mahasiswa Indonesia yang terbabit dalam tunjuk perasaan.

Tindakan tatatertib itu diputuskan selepas pihaknya melakukan siasatan berhubung kejadian.

Katanya, mereka sudah memohon maaf dan sedia bertanggungjawab atas tindakan mereka.



Difahamkan, kejadian pada 24 September lalu berlaku ketika protes membantah pindaan Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (RKUHP) atau kod jenayah baru dan beberapa rang undang-undang lain di sekitar Dewan Perhimpunan Sulawesi Selatan.
 - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 4-10-2019 03:51 PM
Kalau tak tanggalkan, sempat la jongos2 tu lari.. Tau la kena utamakan kebersihan masjid. Masjid boleh di mop lepas tu.. Carpet boleh dibasuh, kalau penyangak jongos terlepas, kan ke jadi satu kesusahan.. Lain kali jgn minum air longkang la
Quote iloveselangor 4-10-2019 03:59 PM
Ya Allah selamatkan Tanah Leluhur kami

[youtube]vjqKbNb_r9w[/youtube]
Quote iloveselangor 4-10-2019 04:00 PM
Kurex replied at 4-10-2019 03:51 PM
Kalau tak tanggalkan, sempat la jongos2 tu lari.. Tau la kena utamakan kebersihan masjid. Masjid bol ...

Nabi Muhammad melarang menyerang warga YG berlindung di Rumah ibadat.
Quote RatuDunia94 4-10-2019 04:27 PM
Kena beli plastik sarung kasut utk polis2
Quote Artemesiaa 4-10-2019 05:22 PM
Itu SOP untuk semua badan beruniform macam polis bomba askar etc bukan benda baru pun hanya ramai yang tak tahu
Quote Megikari 4-10-2019 07:35 PM
Maybe patutnya lepas ni bapak2 polisi tanggalkan kasut dan solat tahiyatul masjid dulu sebelum kejar ongjahat dalam masjid
Quote kemaruk 4-10-2019 08:29 PM
Saya ingat orang tu tak lari, sebab tu la saya pakai kasut
Quote clarizsa 4-10-2019 09:05 PM
Hmmmmm tak taula nak komen cmne sbb i ada ayat negatif so baik xyah komenlah
Quote GigaMom 5-10-2019 01:15 AM
Hendon jongos x yg pelik
Quote nono86 6-10-2019 07:45 PM
Budak sekolah kat kampung aku ni, nak ponteng sekolah, lepastu pegi lepak dalam surau kampung yang terletak luar pagar sekolah.. dah dikunci surau tu, tetap dapat masuk. Tapi yang teruknya, masuk kotorkan surau dengan kasut duk pijak dalam tu. Konon kalau kena serbu senang nak cabut lah kot. Dah nak ponteng berambus la jauh, buat ape lagi duk sekitar sekolah tu.. dah tu muslim ape tak hormat tempat solat
Quote VirusDetected 7-10-2019 08:35 AM
mcm2 hal....
Quote dekmieDandy 7-10-2019 10:32 AM
terimgat pulak kes kat malaysia yang bomba masuk rumah tak bukak kasut tu
Quote LadyCarefree 26-10-2019 09:54 AM
iloveselangor: Nabi Muhammad melarang menyerang warga YG berlindung di Rumah ibadat.



K. Semua pencuri perogol malah aljib sila masok masjid dn stay dalam sana.
Quote LadyCarefree 26-10-2019 09:55 AM
clarizsa: Hmmmmm tak taula nak komen cmne sbb i ada ayat negatif so baik xyah komenlah



Tp iols nak tau komen chuols
Quote LadyCarefree 26-10-2019 09:55 AM
nono86 replied at 6-10-2019 06:45 PM
Budak sekolah kat kampung aku ni, nak ponteng sekolah, lepastu pegi lepak dalam surau kampung yang t ...

Ramai je dok sapahguna surau tidoq lepak merokok waktu kerja.
Quote Buritan 26-10-2019 10:02 AM
iloveselangor replied at 4-10-2019 03:59 PM
Ya Allah selamatkan Tanah Leluhur kami

Pi balik yindon.. layak jd gembel jah kek sane

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.049044 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top