CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Filem & Drama Lihat artikel

Ultraman Malaysia Sertai Pertarungan Ultra Galaxy

1-10-2019 10:41 AM| Diterbitkan: ramossterritory| Dilihat: 5223| Komen: 3|Original author: Oleh: ramossterritory

Description: Jika anda tidak tahu, pada tahun 2015 Ultraman Ribut telah membuat kemunculan pertamanya pada siri kartun tempatan Upin dan Ipin untuk musim ke-8. Watak ini merupakan hasil kerjasama syarikat Les Copa ...
Jika anda tidak tahu, pada 2015 Ultraman Ribut telah membuat kemunculan pertamanya dalam siri kartun tempatan Upin dan Ipin untuk musim ke-8. 

Watak ini merupakan hasil kerjasama syarikat Les Copaque sendiri bersama Tsuburaya Production untuk mewujudkan watak Ultraman sebagai salah satu saga dalam Upin dan Ipin. 



Pada musim ke-8 Upin dan Ipin, Ultraman Ribut membuat debut pertamanya dalam episod 25, 26 dan 27 di mana adi wira tersebut telah membantu kembar cilik itu menyelamatkan bumi dari ancaman makhluk asing. 

Antara kuasa yang dimiliki oleh Ultraman Ribut termasuklah kelajuan luar biasa, kebolehan menempuh pelbagai suhu dan menghasilkan 'Penghadang Ribut' dari tangan kirinya untuk menghalang sebarang serangan dari musuh.


Kredit Gambar: Star2.com

Menurut Malaymail, siri Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes merupakan sebuah mini-series online untuk ditayangkan di siaran YouTube rasmi Ultraman setiap Ahad, bermula 29 September 2019 dan mempunyai 13 episod secara total. 

Siri ini akan dihasilkan dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun. Dikatakan dalam siri ini, kesemua generasi Ultras baru akan bersatu menentang League of Darkness, iaitu sekumpulan bekas-bekas penjahat Ultra sebelum ini yang diketuai sepasang Ultra jahat.



Ultraman Ribut, adiwira Ultra dari Malaysia ini akan menentang penjahat bersama kesemua Ultraman terkenal sebelum ini seperti Ultraman Ginga, Ultraman X dan Ultraman Orb.

Untuk tidak ketinggalan dalam menonton siri ini, jangan lupa subscribe ke laman Youtube Ultraman Official bermula hujung minggu ini. 

Ayuh Ultraman Ribut, bangkitlah menentang kejahatan! - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 2-10-2019 01:46 AM
Ultramen vokuru - hantu kopek
Quote annehuda 4-10-2019 09:34 AM
wartawan cari ni mmg syarat nk apply kene jadi murid kelas corot ke

nama pun bod movie, yg ko letak utube series kt bod ni dah ngape???
Quote HangPC2 13-10-2019 11:57 AM
[YOUTUBE]yAH6tb-4K8c[/YOUTUBE]


[YOUTUBE]y-pnYOlQ5Yw[/YOUTUBE]

[YOUTUBE]ufOna8z4MUg[/YOUTUBE]

Lihat semua komen(3)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-1-2022 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.103504 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top