CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Tak Kekok Bawa Watak Intim Bersama Remy, Shenty Sedia Terima Kritikan Penonton Dendam Pontianak

5-9-2019 02:00 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 6422| Komen: 15|Original author: intan

Description: Tak kekok bawa watak intim bersama Remy, Shenty sedia terima kritikan penonton Dendam Pontianak
Filem Dendam Pontianak yang bakal ditayangkan membawkan pelakon dari Singapura iaitu Shenty Feziliana sebagai salah satu watak utama dalam filem tersebut. Antara barisan pelakon yang membintangi filem tersebut adalah Remy Ishak, Nur Fazura, Hisyam Hamid dan Namron.


Shenty yang membawa watak bernama Siti akan bergandingan dengan Remy Ishak dikatakan akan melakonkan beberapa babak intim bersama. 

Ketika ditemui MediaHiburan, Shenty pada awalnya berasa ragu-ragu apabila diminta melakonkan watak tersebut.


"Ketika pertama kali dapat skrip, saya mulanya agak terkejut dengan babak itu,"
"Saya memang agak risau dan terus berbincang dengan penerbit untuk mengetahui sejauh mana seriusnya babak ini,"

Beliau kemudian akur dengan keperluan melakonkan watak tersebut kerana ianya akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan dendam pontianak yang dilakonkan oleh Fazura sebagai Mina.


"Pihak produksi juga memberitahu babak tersebut akan dilakukan dengan trik kamera,"
"Remy dan saya juga telah berbincang untuk menetapkan batas antara kami berdua. Sebelum ini kami seperti adik dan abang jadi tiada rasa kekok untuk melakonkan watak itu. Masing-masing melakukan tugas dengan profesional.,"

Berdebar menantikan tayangan filem tersebut dilancarkan, Shenty menambah dia akur dengan stigma masyarakat dan telah bersedia menerima kritikan penonton kelak. Namun begitu, Shenty meminta peminat di luar sana supaya memahami bahawa itu semua tuntutan kerja dan tanggungjawab beliau sebagai pelakon.

"Semuanya hanyalah untuk menghidupkan jalan cerita," - ujarnya lagi.


Dendam Pontianak merupakan hasil karya dan merupakan filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap yang mengisahkan suasana 60-an di mana sepasang suami isteri yang baru berkahwin telah dibelenggu dengan dendam pontianak. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 12 September 2019. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biozipstar 5-9-2019 03:40 PM
betul ke trik kamera?
Quote Perawankota 6-9-2019 12:56 AM
Ermmm.. x der org nak komen ke
Quote kualibesi 6-9-2019 09:53 AM
kita tengokk laa sejauh mana babak mesra itewwww
Quote Rapz 6-9-2019 01:04 PM
Ye lah tu trick camera....alasan je lebih
Quote orenmango 7-9-2019 02:54 PM
Trick kamera le sangat
Quote masnona 7-9-2019 02:55 PM
Best x filem ni . Iols minat drama seram2 ni
Quote Tukul.Besi 7-9-2019 03:05 PM
Asalkan x masuk lobang ok lah kot. Semoga dapat berbaring di atas dada wemy
Quote boojaat 7-9-2019 04:37 PM
Tukul.Besi replied at 7-9-2019 03:05 PM
Asalkan x masuk lobang ok lah kot. Semoga dapat berbaring di atas dada wemy

Ingatkan kurex yg komen semoga2 ni..
Quote bedahmenjuyah 7-9-2019 07:32 PM
Seintim mana la citer nusantara ni. Saja la tu nak tarik org pi panggung
Quote nono86 10-9-2019 04:47 PM
Perlu ke babak intim. Orang dah tau kalu kawin mesti nak mengesek. Nak buat jugak, buat movis khas fokus kat babak intim tu je, pastu jual la kat tenet.
Quote pusak_lanji 13-9-2019 09:07 PM
Intim?aku rasa biasa2 jer scene atas katil berkemban sambil pelok blkg abam remi tak berbaju tu...tak seintim  mana pon..
Quote Keisha-Belle 14-9-2019 12:46 AM
Okok je babak tu. Tak over sangat ponn
Quote BuBuComey 4-11-2019 02:56 PM
Kalau babak ni takde mmg jadik cacat eh filem?
Quote Jiddin 4-11-2019 03:19 PM
Eh Ada Ka babak intim?
Ka aku yg dah desensitize
Quote KarinaKapur 4-11-2019 03:48 PM
Dah tgk kat netflix, mmg terkejut tgk babak tu, walaupon xteruk mcm crta hollywood tp utk malaysia ni mmg dasyat jgk la.. Trus iols tringt kisah remy solat x tggl etc.. Hurmmm

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.055662 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top