CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ronu Mondal Sensasi Internet Kerana Bersuara Emas - Dari Gelandangan Kini Artis Rakaman

11-9-2019 11:03 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6265| Komen: 56|Original author: natrahn

Description: Kredit foto: Google : Ranu kini sudah mempunyai kerjaya di Bollywood dan menyertai rancangan realiti TV Superstar SingerTuah ayam, nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.Peribahasa ini sentiasa ...

Kredit foto: Google : Ranu kini sudah mempunyai kerjaya di Bollywood dan menyertai rancangan realiti TV Superstar Singer

Tuah ayam, nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.  Peribahasa ini sentiasa bermain di bibir setiap kali kita memperkatakan kejayaan/rezeki seseorang yang dianggap luar biasa atau mungkin, sesuatu itu tidak seharusnya berlaku.

Siapa sangka nasib seorang wanita tua gelandangan Ranu Mondal berubah sekelip mata setelah tular sebuah video nyanyiannya berjudul Ek Pyaar Ka Naagma Hai di sebuah stesen keretapi Ranaghat yang terletak di Bengal Barat, India.

Kredit foto: Orrisa Post : Atindra Chakraborty kini pengurus pada Ranu Mondal


Video nyanyian Ranu dimuat naik di Facebook oleh Atindra Chakraborty setelah mendengar suara wanita itu ketika di stesen keretapi tersebut. Atindra Chakraborty kini menjadi pengurusnya untuk menguruskan hal berkaitan karier barunya dalam industri Bollywood.


Kredit foto: Instagram Ranu Mondal

Kemerduaan suara wanita tua yang menyanyikan lagu asal Lata Mangeshkar itu turut membuatkan komposer Bollywood terkenal, Himesh Reshamiya kagum hingga menjemputnya untuk merakamkan lagu terbaharu berjudul Teri Meri Kahani.


Kredit foto: Instagram Himesh Reshammiya

Kuasa tular video itu turut menarik minat raja Bollywood, Salman Khan untuk merakamkan lagu dengan Ranu dalam filem Dabangg 3. 

Mungkin ada yang menganggap hidup seorang gelandangan akan terus berakhir di lorong-lorong kotor, busuk dan jijik yang dijadikan sebagai tempat tinggal golongan ini. Namun dek memiliki suara emas yang membuatkan ramai kagum mendengarnya dan kuasa viral telah menjadikan dia seorang yang luar biasa.

Bertuah sungguh wanita ini! - CARI 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 11-9-2019 11:12 AM
Suara dia sedap ok..
Quote natrahn 11-9-2019 11:15 AM

kan..cam tak percaya tu suara dia
Quote sarah82 11-9-2019 11:16 AM
natrahn replied at 11-9-2019 11:15 AM
kan..cam tak percaya tu suara dia

Tu la.. Mcm lata penyanyi kesukaan arwah tok.. Sedappp
Quote Boomibulat 11-9-2019 11:18 AM
Sedap suara makcik..tp mcm agak terlambat
Quote natrahn 11-9-2019 11:23 AM
sarah82 replied at 11-9-2019 11:16 AM
Tu la.. Mcm lata penyanyi kesukaan arwah tok.. Sedappp

kat India vokal bukan sekadar rupa... suara sedap janji boleh jual....
Quote natrahn 11-9-2019 11:24 AM
Boomibulat replied at 11-9-2019 11:18 AM
Sedap suara makcik..tp mcm agak terlambat

better late than never bak kata omputeh...

lepas dia dah glemer ni dia dapat jumpa balik anak dia yang terpisah
Quote sarah82 11-9-2019 11:29 AM
natrahn replied at 11-9-2019 11:24 AM
better late than never bak kata omputeh...

lepas dia dah glemer ni dia dapat jumpa balik anak  ...

Kan.. Lps tu kaya raya.. Sapa kata tak ada happy ending..
Quote Boomibulat 11-9-2019 11:29 AM
natrahn replied at 11-9-2019 11:24 AM
better late than never bak kata omputeh...

lepas dia dah glemer ni dia dapat jumpa balik anak  ...

Tp suara dia mmg sdp..rs mcm sedih je
Quote Cable 11-9-2019 11:31 AM
bangsa pairoparia...jai hind!!!!!!!!!!!!!!!!
Quote alaa 11-9-2019 11:49 AM
sedap suara. good luck!
Quote nazzse 11-9-2019 12:04 PM
Sedapnya suara dia..mcm drama hindustan dulu2 {:run
Quote Foxey 11-9-2019 12:05 PM
Rezeki makcik ni, bebas dari hidup gelandangan akhirnya
Quote Kurex 11-9-2019 12:07 PM
Macam muka jaclyn victor
Quote matchstick 11-9-2019 12:19 PM
natrahn replied at 11-9-2019 11:23 AM
kat India vokal bukan sekadar rupa... suara sedap janji boleh jual....

betol tu...penyanyi lagu hindustan dlm filem yg femes2 sorang pun aku xkenal rupa. tahu nama aje. ramai yg dh tua pun kan. diorg tukang nyanyi je, yg berjoget sambil miming dlm filem tu pelakon aje
Quote Artemesiaa 11-9-2019 12:26 PM
Kalau tak tengok muka sebenar mesti ada yang beranggapan anak dara manalah yang menyanyi
Quote natrahn 11-9-2019 12:46 PM
matchstick replied at 11-9-2019 12:19 PM
betol tu...penyanyi lagu hindustan dlm filem yg femes2 sorang pun aku xkenal rupa. tahu nama aje.  ...

kan...dorang mmg 'angkat' suara2 power nih...
Quote orgsepang 11-9-2019 01:14 PM
Memang sedap. Semoga perubahan hidup yang besar itu lebih membahagiakan dia.
Quote kualibesi 11-9-2019 01:19 PM
suara sedap, blh jadi penyayi latar tukkk artis bollywood
Quote aku_best 11-9-2019 01:23 PM
Mmg sedap..bagai kata sora telan kaset....

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.128195 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top