CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Edisi Buah-buahan Tempatan, Ini 10 Jenis Buah Yang Mungkin Anda Jarang Jumpa!

3-9-2019 01:59 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 27134| Komen: 59|Original author: Oleh: intan

Description: Di Malaysia, terdapat lebih kurang 100 jenis dan spesis buah-buahan tempatan dan 70 daripadanya diklasifikasikan sebagai buah-buahan tradisional.
Di Malaysia, terdapat lebih kurang 100 jenis dan spesis buah-buahan tempatan dan 70 daripadanya diklasifikasikan sebagai buah-buahan tradisional.

Buah tradisional ini dikatakan dahulunya ditanam di laman-laman, kebun dan mudah ditemui di hutan. Namun, dek kerana arus peredaran zaman, buah-buahan tradisional ini semakin sukar didapati.


Pun begitu, jika ditanya kepada generasi terdahulu, mungkin buah-buahan tradisional ini sinonim dengan mereka, namun untuk anak muda zaman kini buah-buahan tempatan dan tradisional mungkin agak asing bagi kita.

Di bawah adalah senarai buah-buahan tempatan yang mungkin jarang kita dengar dan jumpa seperti dipetik dari Star 2.


1. Buah Mentega




Buah mentega atau juga dikenali sebagai 'mabolo' dan 'selarat' ini sangat jarang ditemui. Buah mentega ini datang dalam dua jenis; coklat muda dan merah. 

Buah ini berbau agak harum dan beraroma, juga boleh dimakan begitu sahaja.


2. Buah Melinjau



Tumbuh secara meliar di Malaysia, buah Melinjau ini sering ditemui di kawasan pantai timur terutamanya di Terengganu. 

Buah Melinjau ini pada awalnya akan berwarna hijau, kemudian bertukar jingga dan merah apabila sudah masak. 

Menurut penulis buku 'Buah - Buahan Nadir Semenanjung Malaysia', Ruqayah Aman, buah melinjau sangat ber'kanji' dan selalunya dimakan sesudah direbus. Malah, biji dan buah melinjau ini dijadikan kerepek dan sangat popular di Indonesia.


3. Buah Kuning Telur



Berasal dari Amerika Tengah, kuning telur atau dikenali sebagai 'Kanistel' jarang ditanam, namun masih boleh ditemui di hutan terutamanya. 

Buah kuning telur mempunyai tekstur ber'fibre' dan rasanya juga manis dan sedap.


4. Buah Bacang



Bacang yang merupakan salah satu daripada keluarga mangga merupakan buah kegemaran rakyat Malaysia dan selalunya ditemui di selatan tanah air. 

Bila masak, buah bacang boleh dimakan begitu saja dan yang belum masak boleh dibuat jeruk dan dimasak dalam kari.


5. Buah Nam Nam



Buah nam nam sering ditemui di Borneo ini pada awalnya ditemui di Betawi sebelum ianya dibawa ke Melaka dan Pulau Pinang. Buah nam nam ini boleh tumbuh meliar di halaman rumah, namun sangat jarang ditanam dan susah dijumpai pada ketika ini. 

Di sesetengah tempat, ianya digelar buah katak puru. Buah nam nam yang masak boleh dimakan begitu saja dan kadang-kadang dihidangkan bersama kuah rojak.


6. Buah Sentul



Buah sentul sering dilihat tumbuh meliar di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand. 

Jika anda nak tahu, Pasar Sentul di Kuala Lumpur dinamakan sebegitu kerana terdapat pokok sentul tumbuh di kawasan itu. 

Di Kelantan pula, isi dan biji buah ini dibuat sebagai jeruk.


7. Buah Salak



Buah salak ataupun dikenali sebagai 'snake fruit' ini berasal dari Malaysia. Ya, Salak Selatan di Kuala Lumpur juga dinamakan sempena nama buah ini.

Buah salak sangat popular di kalangan orang asli terutama di kawasan Terengganu. Buah salak sedia dimakan apabila sudah masak dan rasanya juga manis.


8. Buah Mundu



Buah mundu sangat masam dan berpotensi untuk dijadikan produk yang sama seperti asam jawa. Buah mundu juga boleh dijadikan jus jika diolah bersama gula dan garam. Ia juga diklasifikasikan sebagai pohon landskap kerana bentuknya yang menarik.


Terdapat pelbagai jenis buah yang mungkin kita pernah jumpa namun tak diketahui namanya. Buah seperti ceri terengganu, rokam manis dan bidara juga boleh digelar sebagai buah tradisi tempatan kerana sifatnya yang 'rare' dan jarang dijumpai.

Anda ada pokok atau buah-buahan yang pelik dan menarik untuk dikongsi? Kongsikan kepada kami di ruangan komen. - CARI
7

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 3-9-2019 02:06 PM
Buah nam2 tu baru saja aku buang sbb buruk. Buah sentul selalunya aku suka makan yg putih cicah dgn homemade garam belacan.. Fuhh
Quote Boomibulat 3-9-2019 02:11 PM
Buah melinjau sdp msk kari..
Quote kucingitam 3-9-2019 02:17 PM
buah melinjau tu yang org buat keropok tu ke?
Quote epis 3-9-2019 02:25 PM
kucingitam: buah melinjau tu yang org buat keropok tu ke?


Aah keropok pahit tu... even pahit tapi sedap, ketagih makan~~
Quote shernazz 3-9-2019 02:41 PM
Iols baru dpt rasa buah bidara tahun ni tau...
Selama.ni tau pantun bidara n tanjung bidara saja
Quote Kurex 3-9-2019 02:44 PM
Buah nam2 tu sedap2 lemak.. Kg aku ada.. Sedappp
Quote msdummy.2018 3-9-2019 02:44 PM
buah salak dan buah bacang tuh bukan something yg rare lah...berlmbak jer kat pasar chow kit tuh...TT pernah g pasar chow kit x?
Quote zulka 3-9-2019 02:45 PM
kalau kat sabah lagila macam2 jenis buah ada yg takde kat semenanjung
Quote farlis 3-9-2019 02:49 PM
Buah nam2 tu sedap.. Skrg pokok yg ada kt kg dah tua.. Tak berbuah... Syg nk tebang.. Tp malangnya xde pulak pokok tu membiak
Quote matchstick 3-9-2019 02:53 PM
Melinjau, bacang, sentul, salak biasa jumpa kt kampung.. Buah katak puru tu rasa mcm penah nmpk tp xtau apa kegunaan or nk mkn mcm mana
Quote noraidil_06 3-9-2019 02:57 PM
kucingitam: buah melinjau tu yang org buat keropok tu ke?

Ithink so.

Buah bacang x sedap di tekak sy.
Buah sentul, urmm dapnye
Quote dekmieDandy 3-9-2019 02:57 PM
ada lagi satu Jambu Bol, masam yakmat

Quote mizzmimi 3-9-2019 02:58 PM
Buah cinta takde ke..
Quote Artemesiaa 3-9-2019 03:03 PM
Menarik ada info bergambar macam ni selain tahu nama boleh tahu bentuknya sekali
Quote Jackjack08 3-9-2019 03:13 PM
Buah bacang tu sama ke eh dgn buah kuinin ? Sedap sgtt. Kat rumah ada tanam tapi sekarang tak berbuah sgt

Buah lain tu x pernah dgar. Satu lg yg tahu buah sentul, mmg sedap buat jeruk. Nyumss
Quote Kurex 3-9-2019 03:21 PM
epis replied at 3-9-2019 02:25 PM
Aah keropok pahit tu... even pahit tapi sedap, ketagih makan~~

Makan gitu je? Takde cicah sos ke?
Quote helicornia 3-9-2019 03:35 PM
msdummy.2018: buah salak dan buah bacang tuh bukan something yg rare lah...berlmbak jer kat pasar chow kit tuh...TT pernah g pasar chow kit x?

kan..baru nk cakap melambak lagi org jual.teringat pulak sambal bacang meleleh air liur
Quote heedgags 3-9-2019 03:44 PM
Terliurnya sedap kopok melinjau aku pgil
Quote DaisyD 3-9-2019 03:49 PM
Nampak sedap tapi macam susah je nak jumpa.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.078459 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top