CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Peminat Haqiem Rusli Bengang Bila Dikatakan Suara Ya Tuan Lagi Sedap Dari Idola Mereka

13-8-2019 10:46 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15016| Komen: 108|Original author: Oleh: Shimmer Shine

Description: Setelah terpalit dengan kontroversi merampas mikrofon dalam program I Can See Your Voice musim pertama, Haqiem Rusli dilihat lebih berhati-hati apabila dijemput sebagai penyanyi undangan bagi musim ke ...




Setelah terpalit dengan kontroversi merampas mikrofon dalam program I Can See Your Voice musim pertama, Haqiem Rusli dilihat lebih berhati-hati apabila dijemput sebagai penyanyi undangan bagi musim kedua ini.

Haqiem meluahkan kata-kata tersebut setelah selesai menyanyi dengan penyanyi misteri di penghujung rancangan.

"Dan saya harap, takda orang kecam lagi lah. Saya dah sehabis 'behave' dah ni."

Selain itu, Haqiem turut menulis di Twitter mengenai sikap yang lebih matang di program nyanyian misteri itu.

Nampaknya, kisah tahun lalu benar-benar memberi pengajaran terhadap penyanyi 'Tergantung Sepi' ini. Ramai peminat Haqiem menyatakan yang idola mereka agak nampak kaku kerana terlalu berhati-hati ketika memberi sebarang komen.
Kredit foto: Twitter

Malahan pemenang yang berduet dengan Haqiem juga turut meminta warganet agar tidak mengecam penyanyi tersebut.


Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun, kali ini warganet lebih minat untuk memperkatakan mengenai persamaan suara antara penyanyi misteri itu, Muiz, 17 dengan Haqiem Rusli. Malahan ada yang menyatakan yang suara pelajar yang juga ahli badan beruniform itu lebih sedap berbanding Haqiem. Ini menimbulkan perbalahan antara warganet.



Pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak dan ada juga yang menyatakan suara mereka berdua sama sedap. Apa pun, nampaknya pertandingan sebegini mampu membuatkan Haqiem Rusli bersikap lebih matang serta jauh dari kontroversi. Manakala rezeki buat adik Ya Tuan yang turut memiliki suara sedap boleh dijadikan pelapis akan datang. Jadi, apa pendapat anda? - CARI 
3

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 13-8-2019 11:12 AM
Adui la.
Mende ni pun leh jd sumber gosip ke?
X paham la aku, yg kutuk aku x paham, yg defend pun aku  x paham
Quote Kurex 13-8-2019 11:13 AM
Mesti acik tengah kemam bibir tengok budak ni.. Silap2 budak ni jadi mangsa gurau senda tepuk tampar acik2.. Semoga acik2 acah suci tapi kuat membirah diusap pulak oleh bangla
Quote mieymiey 13-8-2019 11:17 AM
Jadi, apa pendapat anda?


Kosserrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!
Quote syadq 13-8-2019 11:19 AM
Kurex replied at 13-8-2019 11:13 AM
Mesti acik tengah kemam bibir tengok budak ni.. Silap2 budak ni jadi mangsa gurau senda tepuk tampar ...

Eh tasty pic avatar kurex. Siapakah itu?


Quote exclusive_vvip 13-8-2019 11:20 AM
walaupun i x suka dak haqiem ni, tapi i mengaku la suara dia sedap...my husband first time dengar suara dia, terus kata sedap, pandai control voice, kira utk penyanyi muda sekarang x ramai mampu la...
Quote biozipstar 13-8-2019 11:48 AM
sedaplah suara dak qiqi. cuma x best dgn attitude
Quote kualibesi 13-8-2019 11:52 AM
maaf. tgk je die yg di invite, terus xbest nk tgk. sblm ni okay je tgk icyvm msia nie. knp this season jemput lg? xder artis lain keee??? bkn dulu die viral rebut mike dari peserta sumbang ke? hehehehe
Quote cicicumel 13-8-2019 11:58 AM
sori yer..episod Haqeim paling bosan so far... control gila.. juri pon tak best..

haqiem as usual poyo..
last sekali dia cakap dia x pilih perempuan sebab dia lebih selesa duet dengan lelaki.. coii sgt... so mmg heols akan elak utk bergambar dan nyanyi dgn perempuan ke??
Quote umbut 13-8-2019 12:00 PM
Kesianler haqiem.. suara dia sedap ok.. jgnler kutuk kecam bagai.. depress lagi nanti.. haqiem kena belajar ngan otai yg ada aku kezzzahh ckp org..
Quote wordlife 13-8-2019 12:02 PM
Best ke? Last meols tgk episode Nabila cumi cumi Tengok pon sbb trending Fans heshe tu bila jah tak melalak?
Quote shahreen 13-8-2019 12:04 PM
cicicumel replied at 13-8-2019 11:58 AM
sori yer..episod Haqeim paling bosan so far... control gila.. juri pon tak best..

haqiem as usual ...

Sama. Iols pun rasa senduuu je episod ni
Quote beta_carotene 13-8-2019 12:11 PM
jengah la kat youtube icsyvm episod ni
ada satu perkataan jah orang sebut .. "poyo"

berbondong2 askar qiemillio free x berbayar  gigih backup idola diorang yg sememangnya poyo
siap cakap "kalo x duduk serumah dgn haqiem jgn kata macam2.. xkenal maka xcinta" githuuuuhhhh

kossernyaahh!!! abes, meols kene tidur sekatil dgn dikqieqie dulu ke baru boleh bagi pendapat.. chooiiii
Quote matchstick 13-8-2019 12:13 PM
aku tgk masa dia duet tu sama level je...budak ya tuan tu nyanyi sedap n dek qiqi pun sedap, x memalukan macam nabila si penyamar tu

tapi penyanyi lelaki yg terkeluar sblm tu suara lagi sedap drpd kedua2 org ni..penuh penghayatan dia nyanyi.
Quote beta_carotene 13-8-2019 12:14 PM
cicicumel replied at 13-8-2019 10:58 AM
sori yer..episod Haqeim paling bosan so far... control gila.. juri pon tak best..

haqiem as usual ...

BABI kann?? pastu x abis2 nyalahkan bell.. even dia singkirkan akak kedai makan yg suara ala2 dato ct tu pun heols salahkan bell padahal akak tu pairing dgn fadlan hazim.. choiii

yang penting.. mula2 dah poyo.. "saya tak setuju dengan semua juri" githoooohhhh

meols perasan shuk, jihan, bell, seelan semua berpakat nak menganjing si poyo ni
Quote cicicumel 13-8-2019 12:25 PM
beta_carotene replied at 13-8-2019 12:14 PM
BABI kann?? pastu x abis2 nyalahkan bell.. even dia singkirkan akak kedai makan yg suara ala2 dato ...

So mmg heols akan singkir smua peserta pompuan uols sbb dia nk duet ngan laki sahaja ok.. wpon mgkin peserta tu penyanyi sebenar.. kelas dik qiqi... syariah compliance sgt ok.. hehe...

btw ep plg happening masih lagi milik Floor 88 mggu lepas.. dr awal smpai akhir kelakar hahahah
Quote hantamal 13-8-2019 12:31 PM
Knowing dikqieqie mmg la sejenis pendiam...
Iols tgk ICSYV pun rasa mcm bosan hahahaaa..
Tp trending nok..
Yg floor88 yg ceria gaban tu x trending plak,adake pelik? Siap ada sherry kot...

Yg penting dikqieqie chill2 je mancing udang tme org kutuk2 suara dia..alaaa chill sudeh lahhh..dia pun tau dia sejenis diam & dia taknak buat perangai gila2 tkut org kecam katanya..
Last2 kena kecam jugak haha pape je lahh
Quote laksmanabentan 13-8-2019 12:58 PM
kosserrrr itu pun kecohhh...
Quote harkktuih 13-8-2019 01:04 PM
Masa penyingkiran mula2, dgn yakin ya xnk dgr nasihat org lain.. Bila terbukti salah tersingkirkan penyanyi sebenar, lepas2 tu terus sebuk nk follow apa org cakap
Quote doubleA 13-8-2019 02:13 PM
iols dengar ok la, tapi dik qieqie punya suara sedap lagi. dorang duet bunyi harmoni je. over la acik/bbnu tu cakap budak tu lagi sedap dari dik qieqie

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.298645 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top