CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengejutkan! Kuala Lumpur Bandar Ke-4 Penduduk Kerja Berlebihan

8-8-2019 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4980| Komen: 40

Description: Agak mengejutkan apabila sebuah kajian terbaharu mendapati Kuala Lumpur berada di tempat keempat sebagai kota yang penduduknya bekerja secara berlebihan.Projek MM melaporkan, sebuah syarikat berpangka ...
Agak mengejutkan apabila sebuah kajian terbaharu mendapati Kuala Lumpur berada di tempat keempat sebagai kota yang penduduknya bekerja secara berlebihan.

Projek MM melaporkan, sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, Kisi menyenaraikan Tokyo di tangga pertama, diikuti Singapura (kedua) dan Washington (ketiga).

 

“Kajian ini bukan dibuat sebagai pengukur kelayakan hidup di kota, bukan juga bagi menunjukkan kota terbaik untuk bekerja, sebaliknya bertujuan menjadi panduan bagi bandar-bandar menanda keupayaan mereka supaya menyokong keperluan hidup rakyat dengan memperbaiki aspek kehidupan untuk meringankan tekanan kerja,” kata Kisi.

Kajian tersebut bertajuk 'Keseimbangan Pekerjaan - Kehidupan Bandar 2019' dan turut menyenaraikan keseluruhan 40 negara yang memiliki keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan. 


Menerusi kajian itu, 5 buah kota dipilih sebagai lokasi yang paling seimbang antara pekerjaan dan kehidupan. 

Kredit foto: Kisi

Helsinki di Finland menjadi kota terbaik manakala Munich (tempat kedua) seterusnya Oslo (Norway), Hamburg (Jerman) dan Stockholm (Sweden).

Dapat dilihat perbandingan statistik yang menunjukkan warga Helsinki bekerja purata 40.2 jam seminggu manakala, warga Kuala Lumpur bekerja 46 jam seminggu. 

Manakala, minimum cuti di Kuala Lumpur hanya 8 hari berbanding Helsinki 30 hari. - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gujiwa 8-8-2019 04:35 PM
eh penduduk bumi di malaysia semua pemalas..
Quote kualibesi 8-8-2019 04:40 PM
akak 5.25 handbag atas meja, 5.30 chowww - pemalas kn
Quote buragazz 8-8-2019 05:00 PM
Aku seminggu 49.35.. hadap je la nak,.. kat melaka je pun..
Quote jalfa 8-8-2019 05:02 PM
salah ni....kat Malaysia raykat tahu goyang telo sambil tunggu dedak je
Quote Itzy 8-8-2019 05:15 PM
Kalau tak silap masa belajar dolu2 pasal corak budaya kerja negara dunia, greece antara negara paling malas atau kerja ambil lewa. Penduduk di sana suka masuk kerja ikut suka hati masuk lewat balik awal. Kat malaysia pun ada yg macam ni tapi takde la jadi budaya semua orang. Kat sana jadi budaya sampai company dri negara luar contoh jepun atau pening kepala dengan sikap mereka.
Quote ninja boy 8-8-2019 05:33 PM
Selayaknya bendera belang2 ada bulan bintang matahari kerja siang malam. Yg takdak bulan bintang aman2 kerja siang aja Dan tidur malam yg lena. Boleh gituh
Quote lattehazelnut 8-8-2019 06:02 PM
Public holiday byk
Quote Victorioussss 8-8-2019 07:33 PM
Majorito penduduk bumiputera. Majoriti bumiputera adalah melayu. Majority melayu adalah pekerja

Yet atuk cakap bangsa ni pemalas
Quote crazybeach 8-8-2019 09:06 PM
kerja berlebihan tapi gaji tehtapp tak berlebih yach
Quote Foxey 8-8-2019 09:38 PM
Memang pun keje berlebihan kita ni, kalau dibandingkan dengan negara2 barat.
Quote diggerr 8-8-2019 10:34 PM
Masih dilabel pemalas{:cryrun
Quote auntyjems 8-8-2019 10:36 PM
Waaa tak sangka! You should be proud of us atok!
Quote RatuDunia94 8-8-2019 11:34 PM
Negara sweeden tu selalu terbaik dr segi kualiti hidup..
Quote damsel_fiji 8-8-2019 11:54 PM
Kerja terlebih2 pun tetap matawang menjunam.. tgk jiran thai kerja rilek2 happy go lucky takdelah acah2 tiru jepun cam Malaysia ni tp currency strong juga
Quote cmf_premierleag 9-8-2019 12:54 AM
kowser la nak keje lebih masa
jadahnya lps opis hour dan ms weekend pun grup wassap opis memekak2 bos babi bagi arahan suruh buat itu ini
ingat kita ni robot ke
gi mampos la bos2 spesis mcm ni
aku harap ada pencurik masuk rumah boss malam2 ms ko tgh sibuk wasaap staf ko
Quote cmf_premierleag 9-8-2019 12:55 AM
damsel_fiji replied at 8-8-2019 11:54 PM
Kerja terlebih2 pun tetap matawang menjunam.. tgk jiran thai kerja rilek2 happy go lucky takdelah ac ...

khueeen
keje lebih masa pun tp currency mcm hanjeng
nak cikcur kat negara lain pun x senang ya
kalo x aman2 jah masuk telen jap ms wiken
Quote ultra78 9-8-2019 05:46 AM
Malaysia overworked tapi gaji rendah
Quote Simunggu 9-8-2019 07:24 AM
gujiwa replied at 8-8-2019 04:35 PM
eh penduduk bumi di malaysia semua pemalas..

apa bukti kamu cakap mcm tu??? tun cakap ya???
Quote shi_jewel 9-8-2019 07:55 AM
penduduk malaysia ramai yang part time biz secara online...grab driver...carboot seller.. etc

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.110443 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top